Sedap Ke Makanan Dekat Kafe Kleptokrat Yang Tengah Viral Tu
Assalammualaikum
Allah.. Lama betul Eyza tak menulis. Rindu sebenarnya nak pot pet pot pet kat sini tapi apakan daya busy nau nau
Ni pun Eyza curi-curi update masa anak tengah tido. Kang kalau dia bangun, dia pun nak tulis jugak
Jumaat lepas Eyza sempat la pergi Kafe Kleptokrat yang tengah viral sekarang ni. Kebetulan hari tu Eyza bertugas dekat Hotel Kuarantin. Dekat sangat hotel dengan kafe, kita lunch la kat situ
Kami sampai dalam pukul 12.20 tghr macam tu. Kafe Full dan katanya kena tunggu dalam sejam. Ok, kitaorg pun xde apa yang nak rushing. Tunggu je la. Alhamdulillah, x sampai sejam kami dapat tempat. Tepi Pool pulak tu. Berbaloi
Makanan kat sini kebanyakkannya adalah dari Negeri Johor. Ada lontong Kering, Soto dan Bakso antara signature Johor. Tapi sayang masa Eyza pergi tu Laksa Johor takde. Padahal tu yang paling Eyza teringin nak makan
Konsep kat sini kena order dan bayar dulu baru duduk dekat meja. Dah takde laksa Johor, Eyza pun order la Nasi Lemak Rendang Daging
Dalam setengah jam jugak menunggu makanan. Kalau rasa boring tunggu, boleh la bergambar dulu sekeliling kafe sebab tempat dia cantik
Alhamdulillah semua makanan kami order sedap. Puas hati sangat. Sambal dengan rendang Nasi Lemak sedap sangat-sangat cuma nasi lembik sikit. Tapi Eyza rasa kombinasi dia memang mabeles la. Puas hati. Kawan-kawan Eyza pun cakap makanan diaorang sedap. Next time nak rasa Lontong Kering pulak
Pendapat Eyza tentang Kafe ni ialah berbaloi untuk pergi sebab tempat cantik dan makanan sedap. Dari segi harga lebih kurang je dengan Harga Kafe Hipster yang lain. Kalau mahal tapi sedap memang berbaloi. Eyza akan singgah lagi nanti. Harap kafe ni dapat kekalkan servis dan rasa makanan sampai bila-bila
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://eyzamiel.blogspot.com/2021/03/sedap-ke-makanan-dekat-kafe-kleptokrat.html