Rendang Ayam
rendang ayam in de making... tugas mak mak sangat lah ni... bila hujung minggu anak2 balik rumah mama, maka sibuk lah nak buatkan lauk untuk bekalan bawak balik nanti.. tak tau lah perasaan mak makn ni, mesti ada jer yang nak ditapaukan, selalunya lauk lah untuk difrozenkan.. bila balik kerja nanti just defrost dan panaskan semula dan masak nasik jer kan... mak mak ni sangat nak memudahkan urusan anak2 kan.. so kali ni buat rendang ayam ni, kka rose guna semuanya bahagian peha... itu part yang nak suka nak makan.
dah siap tapau untuk anak bawak balik, pack kecik2 untuk memudahkan nak frozen n reheat nanti
Bahan-Bahan:1 ekor ayam (saiz besar)1 senduk cili kisar1 mangkuk besar santan pekat1/2 mangkuk kecil ais asam jawa (kak rose guna asam keping)3 sudu besar kerisik2 helai daun kunyit2 helai daun limau purutgaram dan gula secukup rasa1 mangkuk besar minyak, untuk menumisBahan-bahan untuk rempah tumis:2 batang kayu manis3 kuntum bunga lawang5 biji buah pelagaBahan-bahan untuk kisar halus:1 biji bawang besar8 biji bawang merah5 ulas bawang putih2 inci halia3 ketul kunyit hidup2 inci lengkuas2 batang serai
dan tinggal sikit untuk mama menambah lemak, makan dengan pulut kukus ni
Cara-cara untuk rendang:Bersihkan ayam dan toskan.Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://seripayaku.blogspot.com/2021/04/rendang-ayam.html