Rendaman Halba Kurangkan Kuning Baby


Bismilah,
Assalamualaikum



Rendaman Halba Kurangkan Kuning Baby | 3 hari Selepas lahirkan baby eshal, nurse datang ke rumah untuk cek keadaan sha dan baby, lepas itu nurse bagitahu baby kena kuning, nampak raut muka eshal pun dah tahu kuning, so besoknya sha pergi klinik ibu dan anak batu 2, selepas ambil darah baby di tumit kaki, keputusan bacaan kuning eshal adalah 184, agak tinggi juga tapi tak perlu sampai masuk wad sebab bacaan itu kurang dari berat semasa dia lahir iaitu 2.97kg. selepas 3 kali cek bacaan kuning, menurun mendadak dari 171 ke 126. So hari ini sha nak kongsikan beberapa tips untuk kurangkan kuning baby
Baca : Pengalaman Melahirkan Anak Kedua Secara Induce
Biasanya 70% diantara baby yang telah dilahirkan akan mengalami masalah demam kuning, edan dan eshal pun termasuk dalam golongan tersebut. Demam kuning biasanya terjadi apabila bilirubin berlebihan dalam darah. Ketika dalam kandungan, hati ibu yang akan membuang bilirubin ini, selepas baby dilahirkan, maka baby itu sendiri akan membuang lebihan bilirubin, namun, hati baby masih belum mampu sepenuhnya untuk melawan bilirubin maka terjadilah demam kuning. Biasanya demam kuning terjadi selepas 2-3 hari kelahiran
Bagaimanapun, antara langkah pencegahan untuk mengelakkan demam kuning adalah dengan memberi susu ibu yang kerap sehingga baby tersebut mengeluarkan najis dan air kening yang banyak, kerana bilirubin akan keluar melalui najis dan air kencing. Doktor dan nurse selalu pesan dekat ibu yang telah bersalin agar kerapkan menyusu baby sejam-2 jam sekali ini bertujuan agar mempercepatkan kuning baby hilang secara alami

Petua Hilangkan Kuning Bayi Dengan CepatWalaupun dengan kerap ibu menyusukan baby, bacaan kuning baby tetap meningkat, apakah susu ibu itu sendiri tidak dapat melawan demam kuning baby? biasanya ibu yang baru pertama kali melahirkan anak, belum ada air susu yang mencukupi, namun ibu jangan risau sedangkan doktor sendiri cadangkan pengambilan susu formula yang terpilih untuk memastikan si baby tidak kelaparan, sementara susu ibu meriah 2-3 hari selepas kelahiran, tapi pastikan ransangan terhadap susu ibu tetap dibuat setiap beberapa jam, maksudnya disini, tetap berikan susu kepada baby walaupun air susu ibu kurang
1. Pengambilan Susu s26 - Dari anak pertama lagi, sejujurnya sha berikan susu formula seperti S26 kepada anak sha, begitu juga dengan anak kedua, untuk pengetahuan susu ini membantu mengurangkan kuning baby sebab susu ini berunsurkan soya. Pastikan ibu memilih susu s26 berwarna unggu, harga sekitar RM50-60 untuk 400g, memang agak mahal tapi ianya untuk sekejap sahaja, apabila baby sudah hilang kuningnya, maka ibu perlu susukan baby dengan susu ibu sepenuhnya.

2. Susu Kambing Hi Goat - Jangan sesekali berikan baby minum susu kambing, susu kambing hi goat ini, ibu yang minum, 2 kali sehari, dipercayai boleh mengurangkan kuning baby apabila mulai minum semasa kandungan 7 bulan, tapi sha minum lewat 5 hari sebelum bersalin haha, harga dalam RM20 untuk 15 sachets, bau pun tak hamis, boleh ja diminum.

3. Sengkuang Cina - Banyak sangat khasiat sengkuang cina ni, antaranya adalah untuk hilangkan kuning baby, sha minum sehari 1 tin, tapi better minum buat jus dari buah yang asli, tapi suruh husband cari dekat pasar, memang tak jumpa, so minum ja lah yang dalam tin ni, hati-hati memang gula tinggi walaupun dia cakap dekat situ less sugar, sha minum tambah air putih sikit, sedappp..
4. Rendaman Halba - Ok ini sha baru iktihar buat sehari sebelum baby eshal cek kuning, sha pun tak tahu adakah mandian dari rendaman halba ini yang membuatkan bacaan kuning eshal mendadak turun dari 171-126, alhamdulilah syukur juga. tapi apa saja cara yang tidak mudaratkan kepada baby, memang sha akan cuba demi hilangkan kuning baby, kebetulan banyak stok halba dekat dapur, so why not sha cuba kan?Info Mengenai Kebaikan Halba korang boleh jenguk entry Kebaikan Halba dalam Kehidupan Kita
Sebenarnya banyak lagi petua yang korang boleh ikut tapi sha tak pasti berkesan atau tidak, lagi satu korang janganlah pilih petua yang bagi baby minum, dan makan contohnya anggur hitam tu, kesian perut baby kan masih kecil, apapun kerapkan menyusu baby, yakin bahawa korang mampu susukan baby sampai 2 tahun. Tambahan lagi korang mesti kuat minum air putih tau..
Jangan lupa berdoa dan niat hilanglah kuning baby sebelum buat apa-apa, mujarab doa seorang ibu..so sha doakan dipermudahkan urusan korang, agak susah juga ni turun naik hospital bila anak kena demam kuning kan, sha lagi turun naik tingkat 3 rumah sha haha..sabar ja la, hopely kuning baby eshal turun sampai bawah 100 selesa ni sha cek kuning lagi..doa kan ya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.opzzpinky.my/2020/07/rendaman-halba-kurangkan-kuning-baby.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baby Aidan Dah Kuning Seminggu

Baby Aidan Dah Kuning Seminggu

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 347 hits
Hari ni dah hari ke 9 baby Aidan masih lagi kat wad Pagi tadi pergi hantar susu kat dia tanya staff nurse berapa bacaan kuning pagi ni Nurse jawab 17 Aduhai semalam dah 16 Naik pulak 1 anak tangga ye Main main betul Abang abang dah tak saba...
Kuning Baby Aidan Dah Turun Boleh Discharge

Kuning Baby Aidan Dah Turun Boleh Discharge

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 407 hits
Hampir 2 minggu ulang alik jadi despatch untuk deliver susu ibu untuk baby Aidan Penat memang penat Tapi memandangkan ibu nya lagi penat nak kena kumpul susu badan setiap 2 jam semata mata nak bagi anak minum maka rasa penat aku tu beransur...
Rendaman Halba Lemon Madu Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Tingkatkan Tenaga Ibu

Rendaman Halba Lemon Madu Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Tingkatkan Tenaga Ibu

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 386 hits
Halba sejenis rempah yang digunakan dalam masakan tetapi khasiatnya untuk kesihatan begitu banyak Dengan harganya yang murah sangat berbaloi untuk diamalkan Bagi golongan wanita halba ini sangat bagus untuk kesihatan dalaman jika diamalkan ...
Donut Labu Gebu Versi Baby Hanya Guna Sukatan Cawan Memang Superb

Donut Labu Gebu Versi Baby Hanya Guna Sukatan Cawan Memang Superb

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 1005 hits
Makanan bayi antara menu yang paling susah untuk difikirkan sebab memerlukan mama untuk kreatif bermain dengan bahan bahan Bagi mama yang buntu untuk menyediakan juadah buat bayi anda anda boleh mencuba resipi donat labu versi bayi yang dik...
Nasi Lemak Strawbery Versi Baby Resipi Paling Ringkas Mama Nak Buat Tanpa Garam Gula Sesuai Untuk Anak

Nasi Lemak Strawbery Versi Baby Resipi Paling Ringkas Mama Nak Buat Tanpa Garam Gula Sesuai Untuk Anak

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 489 hits
Nak bagi anak yang masih kecil makan nasi lemak takut tak sesuai Maklum sahajalah bahan bahan yang digunakan bimbang akan membuatkan perut si kecil meragam Tapi kadang kesian tengok anak anak terliur je bila mama dan papa makan nasi lemak d...
Tetap Cantik Bergaya Dah Nampak Baby Bump Farah Nabilah Ramai Puji Nampak Berseri

Tetap Cantik Bergaya Dah Nampak Baby Bump Farah Nabilah Ramai Puji Nampak Berseri

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 329 hits
Seri ibu mengandung memang auranya lain daripada yang lain Macam pelakon Farah Nabilah yang kini sedang hamil anak pertama Dia yang berkongsi gambar terbarunya di Instagram baru baru ini berjaya mencuri perhatian ramai Pada Jun yang lalu Fa...
Muhammad Ali Nuruddeen Haemangioma Baby

Muhammad Ali Nuruddeen Haemangioma Baby

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 286 hits
Bismillah Salam buat semua dah lama tak bersiaran dan bercerita hari ni rasa terpanggil nak bercerita tentang Ali anak Ros yg nombor 2 tu alhamdulillah Ali selamat dilahirkan pada 5 Feb 2020 yang lalu and now he is 5months old Ali sihat dan...
Syukur Alhamdullilah Bella Astillah Selamat Lahirkan Anak Kedua Baby Princess Dah Wefie Dengan Mama

Syukur Alhamdullilah Bella Astillah Selamat Lahirkan Anak Kedua Baby Princess Dah Wefie Dengan Mama

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 295 hits
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah telah selamat melahirkan bayi keduanya pada pagi tadi Berita gembira itu dikongsikan oleh isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini menerusi akaun Instagram miliknya Bella telah memuat naik sekeping gambar be...
18 Year Old Charged With Throwing Newborn Baby Out Of Apartment

18 Year Old Charged With Throwing Newborn Baby Out Of Apartment

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 341 hits
Magistrates court assistant registrar Nur Fadrina Zulkhairi leaving the maternity block of the Penang Hospital in George Town today GEORGE TOWN An 18 year old woman who allegedly threw her newborn baby out of her apartment in Air Itam last ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities