Remaja Purba Kafe Bakeri Ipoh
Sewaktu ke Ipoh baru-baru ini, saya dan Encik Suami berkesempatan mencuba makan di Remaja Purba Kafe & Bakeri. Saya tahu berkenaan tempat makan ini hasil carian internet
Kafe ini beroperasi mulai pukul 5 petang. Kami tiba di sini menghampiri pukul 6 petang

Boleh pilih makan di dalam (ruang tertutup) atau di luar (ruang terbuka). Kalau nak makan di dalam, masuk ikut pintu satu lagi (tak kelihatan pada foto). Tapi nampaknya dah penuh di dalam, ruangnya sangat terhad

Ruang makan di luar. Terdapat beberapa buah meja lagi di hadapan kafe. Masa ni hujan baru saja berhenti. Meja dan kerusi semuanya basah dek tempias hujan lebat. Kami pilih satu meja dan minta pelayan kedai lapkan dengan kain
Kami diberi buku menu dan buku pesanan, perlu tulis sendiri pesanan kita dan kembalikannya ke kaunter

Lemon Lime Mojito / RM7.90 dan Honeydew / RM6.90Bila minuman sampai, baru terfikir kenapalah kami pesan dua minuman sejuk di hari yang sejuk selepas hujan begini 😅. Sepatutnya pesanlah satu minuman sejuk dan satu lagi minuman panas
Minuman lemon lime mojito tu sedap tau, silalah pesan yang ini kalau datang sini ya

Kek Red Velvet / RM12Rasanya sedap, cuma tekstur kek sedikit kering

Grilled Chicken Chop / RM17Daging ayamnya lembut berjus dengan sos lada hitam yang cukup memuaskan selera. Sedap

Spaghetti Bolognese / RM17Rasanya berbeza berbanding spaghetti bolognese yang pernah saya makan di tempat lain dan yang saya masak di rumah. Sangat sedap
Seperkara lagi yang menarik berkenaan kafe ini, tempat makannya dihiasi dengan pokok-pokok menghijau. Segar mata memandang. Sambil menikmati hidangan, kita juga dapat menikmati pemandangan indah perbukitan batu kapur (lokasi Lost World of Tambun)
************************************************************
REMAJA PURBA KAFE & BAKERI24, Jalan Sci 1/1, Dataran Sunway,Ipoh, Perak
Facebook | Remaja Purba Kafe Dan BakeriCarian Google Maps | Remaja Purba Cafe and Bakery
Waktu operasi :Setiap hari | 5 petang - 12 tengah malamTutup | Isnin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2023/09/remaja-purba-kafe-bakeri-ipoh.html