Remaja Pasangan Kekasih Licik Menipu Koperasi Emas



KUANTAN: Polis menahan sepasang kekasih remaja yang melakukan penipuan dalam urusan pembelian barang kemas secara dalam talian dengan memalsukan slip transaksi pemindahan wang hingga menyebabkan sebuah koperasi perniagaan emas kerugian RM98,921.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek lelaki berusia 18 tahun ditahan pada jam 11:45 malam tadi di sebuah rumah di Dungun, Terengganu yang seterusnya membawa kepada penahanan pasangannya, suspek wanita, 19, di rumah lain di daerah sama.
“Suspek lelaki dipercayai mengedit slip transaksi bank dengan menggunakan aplikasi PDF sebelum menghantarnya (melalui WhatsApp) kepada ejen koperasi yang menguruskan penjualan barang kemas itu kononnya sebagai bukti telah membuat bayaran.
“Suspek wanita pula difahamkan berperanan sebagai penerima kepada barangan kemas itu yang dihantar menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata suspek lelaki juga dipercayai menggunakan salinan kad pengenalan beberapa wanita semasa berurusan dengan ejen berkenaan, yang diperoleh daripada simpanan bapanya yang merupakan ejen syarikat pelaburan, tanpa pengetahuan lelaki berkenaan.
Suspek dipercayai melakukan penipuan itu antara 30 Oktober hingga 11 November sebelum kegiatannya disedari bendahari koperasi tersebut semasa membuat semakan akaun di bank pada 16 November lepas dan mendapati tiada wang bayaran dikreditkan.
Selain Pahang, suspek juga dipercayai melakukan penipuan serupa melibatkan kedai emas di Bandar Baru Bangi, Selangor dan Jitra, Kedah.
“Kita juga percaya suspek lelaki pernah menyewa kereta untuk ke Kuantan bagi mengambil barang kemas daripada ejen koperasi itu dengan menyamar sebagai wanita bertudung dan memakai pelitup muka bagi menyembunyikan identitinya,” katanya.
Resit sewaan kereta itu antara barangan yang dirampas di rumah suspek lelaki di Kemaman, Terengganu bersama 13 resit pembelian barangan kemas, slip transaksi pemindahan wang dalam talian (tujuh keping), seunit penimbang emas, sebuah komputer riba dan pencetak, empat telefon pintar serta wang tunai RM1,150.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA
The post Remaja pasangan kekasih licik menipu koperasi emas appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/23/remaja-pasangan-kekasih-licik-menipu-koperasi-emas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Kekasih Remaja Ditahan Tipu Pembelian Emas Rm98 921

Pasangan Kekasih Remaja Ditahan Tipu Pembelian Emas Rm98 921

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 295 hits
9 total views 9 views today KUANTAN Polis menahan sepasang kekasih remaja yang melakukan penipuan dalam urusan pembelian barang kemas secara dalam talian dengan memalsukan slip transaksi pemindahan wang hingga menyebabkan sebuah koperasi pe...
Pasangan Kekasih Jadikan Hotel Sebagai Sarang Edar Hisap Dadah

Pasangan Kekasih Jadikan Hotel Sebagai Sarang Edar Hisap Dadah

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 469 hits
Pasangan kekasih jadikan bilik hotel edar dadah lepas gianNur Izzati Mohamadam hmetro com myBukit Mertajam Agensi Anti Dadah Kebangsaan Seberang Perai Tengah di sini menahan sepasang kekasih di sebuah bilik hotel di Juru jam 10 pagi semalam...
Adakah Emas Akan Melonjak Naik Semula

Adakah Emas Akan Melonjak Naik Semula

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 303 hits
Emas kehilangan sebahagian besar dari kedudukannya setelah menyaksikan kenaikkan mendadak pada baru baru ini Oleh itu pakar pakar bimbang bahawa trend negatif akan berlanjutan mempercayai bahawa aset pelindung akan mengalami jalan yang suka...
Emas Di Tahap Sokongan Apakah Yang Akan Berlaku Sekarang

Emas Di Tahap Sokongan Apakah Yang Akan Berlaku Sekarang

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 288 hits
Harga emas diperdagangkan hijau pada saat penulisan pada carta H4 tetapi ini hanya boleh menjadi pemulihan sementara kerana tekanan jual tinggi Pasangan mata wang XAU USD telah mencapai sasaran penurunan yang penting jadi pemulihan adalah s...
Wanita Hamil 9 Bulan Warga Emas Redah Banjir Sejauh 500 Meter

Wanita Hamil 9 Bulan Warga Emas Redah Banjir Sejauh 500 Meter

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 304 hits
Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN NURUL Asyikin Mamat ketika ditemui di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Tok Kah Dungun Terengganu hari ini DUNGUN Seorang wanita sarat mengandung sembilan bulan terpaksa meredah banjir sepa...
Video Lumut Warga Emas Maut Dihempap Pokok Kelapa Sawit

Video Lumut Warga Emas Maut Dihempap Pokok Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 344 hits
Seorang warga emas maut dihempap pokok kelapa sawit ketika menunggang motosikal di Kampung Bakar Bata Ayer Tawar dekat sini pagi tadi Dalam kejadian yang berlaku di Lorong Wawasan 2 kampung berkenaan mangsa Mohd Saleh Mat Ali 69 meninggal d...
Emas Akan Mencapai Tahap Tertinggi Pada 2021

Emas Akan Mencapai Tahap Tertinggi Pada 2021

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 356 hits
Penganalisis di Societe Generale yakin bahawa emas akan terus meningkat pada suku pertama tahun 2021 disebabkan oleh beberapa faktor kadar faedah rendah dolar AS yang lemah peningkatan jumlah aset dengan pulangan negatif kenaikan hutang ker...
3 Mindset Simpan Emas Yang Betul

3 Mindset Simpan Emas Yang Betul

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 264 hits
MINDSET yang betul akan menyebabkan tuan puan terpaksa SIMPAN EMAS dengan CARA dan PILIHAN yang BETUL Simpan emas bukan sekadar nak dapat pulangan KEUNTUNGAN semata semata tapi ada yang lebih dari itu iaitu bagaimana nak BIJAK KAYA DAN BERJ...
Cara Kenalpasti Emas Tulen Atau Tiruan

Cara Kenalpasti Emas Tulen Atau Tiruan

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 423 hits
Ilmu Emas hari ini anda tahu tak nak kenal pasti barang kemas anda tu tulen atau tiruan Dah beli mahal mahal tetiba nak gadai baru tahu itu rupanya emas palsu Mari saya kongsikan cara termudah untuk anda uji barang kemas anda Uji barang kem...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Revisited Kimchi Jjigae And Mayak Egg Recipe

What Did Trump Really Do About India During His Term Let S Break It Down