Remaja Lelaki Lemas Di Jerantut Feri Sempat Mohon Maaf Melalui Whatsapp Kepada Rakan Sekolah




JERANTUT: Remaja lelaki yang ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan aktiviti memancing di Kampung Jerantut Feri di sini pada Sabtu lalu sempat membuat hantaran melalui aplikasi WhatsApp memohon maaf dengan rakan sekolahnya sehari sebelum kejadian.
Rakan sekelasnya, Aidil Hakim Muhammad Shaiful, 14, berkata, mangsa, Azri Fahmi Bahiudin Zaiful Afindi memohon maaf pada sebelah malam Jumaat lalu kepada semua rakannya secara peribadi sekiranya ada kesilapan dan perkara yang menyentuh perasaan masing-masing.
“Saya terkejut pada petang hari Sabtu apabila menerima perkhabaran sedih ini seolah-olah tidak percaya kejadian menimpa Azri Fahmi,” katanya ketika diitemui di Tanah Perkuburan Mat Kilau, dekat bandar Jerantut hari ini.
Dalam kejadian pada Sabtu lalu, Azri Fahmi dipercayai tergelincir berdekatan sebuah rakit dan terjatuh ke dalam Sungai Pahang dan dihanyutkan arus ketika memancing bersama rakannya.
Mayat pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin tersebut ditemukan pada jarak kira-kira 800 meter daripada tempat dia dilaporkan terjatuh pada pukul 7.45 pagi hari ini oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Menurut Aidil Hakim, arwah juga membuat beberapa hantaran berkaitan kematian melalui aplikasi Tiktok dengan menggunakan akaunnya ‘@azrikecikss’ kepada rakan-rakannya.
“Arwah membuat beberapa hantaran semula melalui aplikasi itu dengan menggunakan akaunnya menulis, “Hmm kenapa  sejak dua hari ni rasa macam diketepikan  + tak sedap hati, apakah aku perlu siap untuk dibaringkan depan imam?,” katanya.
Dia berkata, allahyarham turut membuat hantaran semula, dengan menyebut ‘Bila kematian datang lebih awal ke diriku, maafkan aku wahai sahabat dan wanita yang kucintai’.
Menurutnya, dia juga membaca satu lagi hantaran semula, ‘Ku katakan sekali lagi, aku mencintai mu dengan tulus dan tidak sedikit pun niat dalam hatiku untuk meninggalkanmu’.
Sementara itu, abang mangsa, Azri Aziran Zaiful Afindi, 17, bergegas pulang ke Jerantut setelah selesai menduduki Kertas Bahasa Inggeris Satu dan Dua di Sekolah Sukan Pahang Gambang, Kuantan untuk menghadiri pengebumian adiknya pada pukul 6 petang hari ini. #UtusanMalaysia
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/01/remaja-lelaki-lemas-di-jerantut-feri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja 14 Tahun Dikhuatiri Lemas Terjatuh Ketika Memancing Bersama Dua Rakannya Di Jerantut Feri

Remaja 14 Tahun Dikhuatiri Lemas Terjatuh Ketika Memancing Bersama Dua Rakannya Di Jerantut Feri

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 194 hits
JERANTUT Seorang remaja lelaki Azri Fahmi 14 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Pahang selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti memancing bersama dua orang rakannya di Kampung Jerantut Feri dekat sini Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan P...
Bapa Mangsa Lemas Di Jerantut Feri Dakwa Anaknya Sudah Sebulan Tidak Keluar Bermain Sepak Takraw

Bapa Mangsa Lemas Di Jerantut Feri Dakwa Anaknya Sudah Sebulan Tidak Keluar Bermain Sepak Takraw

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 207 hits
JERANTUT Remaja lelaki Azri Fahmi Bahiudin Zaiful Afindi 14 yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang petang semalam dikatakan sebulan tidak keluar bermain takraw berdekatan rumahnya Bapanya Zaiful Afindi Hashim 43 berkata selalunya anaknya be...
Isteri Orang Didenda Rm2 000 Tawar Khidmat Seks Melalui Whatsapp

Isteri Orang Didenda Rm2 000 Tawar Khidmat Seks Melalui Whatsapp

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 187 hits
BernamaSeorang suri rumah dikenakan denda RM2 000 oleh Mahkamah Majistret di Kota Bharu hari ini setelah mengaku bersalah menawarkan khidmat seks menerusi aplikasi WhatsApp di sebuah rumah tumpangan di Padang Seri Paduka Kubang Kerian Aniza...
Nahas Wce Isteri Sempat Minta Maaf Sebelum Meninggal Dunia

Nahas Wce Isteri Sempat Minta Maaf Sebelum Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 233 hits
Nahas WCE isteri sempat minta maaf sebelum meninggal dunia Wanita yang maut dalam kemalangan di Kilometer 212 3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat arah Selatan di sini hari ini sempat memohon maaf kepada suami sebelum menghembuskan nahas tera...
Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 182 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang warga Nepal ditahan kerana menikam rakan senegaranya sehingga parah akibat perselisihan faham berhubung perlawanan kriket Pemangku Ketua Polis Melaka Md Nazri Zawawi berkata pihaknya menerima laporan pada ...
Video Noh Salleh Potong Rambut Curi Perhatian Netizen Rakan Selebriti Ingat Korea Tadi Last Last Shah Rukh Khan

Video Noh Salleh Potong Rambut Curi Perhatian Netizen Rakan Selebriti Ingat Korea Tadi Last Last Shah Rukh Khan

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 261 hits
Pemuzik yang juga vokalis kepada kumpulan HUJAN iaitu Noh Salleh mencuri perhatian netizen serta rakan selebriti selepas memuatnaik video di media sosial baru baru ini Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram Noh Salleh yang sebelum ini ...
Kisah Membeli Buku Dan Pengesahsn Sekolah

Kisah Membeli Buku Dan Pengesahsn Sekolah

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 242 hits
Assalammualaikum Dunia Hari ini di awal pagi lebih kurang pukul 8 30 pagi dah keluar rumah iyelah tak nak bersesak dan dengan harapan orang tak ramai Ok selesai buku sekolah Sampai sekolah pun tengok tidak ramai kelihatan Para ibu bapa yang...
Henti Sensasi Kenaikan Tambang Kata Pengusaha Bas Sekolah

Henti Sensasi Kenaikan Tambang Kata Pengusaha Bas Sekolah

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 222 hits
Kelmarin menteri pengangkutan berkata kenaikan tambang antara RM5 hingga RM10 dijangka bermula bulan depan adalah persetujuan persatuan bas sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru PETALING JAYA Badan induk persatuan bas sekolah menggesa pih...
Cara Guna Chatgpt Di Whatsapp

Cara Guna Chatgpt Di Whatsapp

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 320 hits
Tahukah anda bahawa anda kini boleh guna ChatGPT terus melalui aplikasi WhatsApp di peranti mudah alih anda Dalam era digital yang semakin berkembang pesat kecerdasan buatan memainkan peranan yang signifikan dalam memudahkan pelbagai aspek ...
Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Having A Strong Company Culture

Haze Faced By Malaysia And Singapore Due To Forest Fires From A Neighbouring Country

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Rafizi Maklumat Dah Cukup Untuk Sprm Siasat Farhash

Anwar S Tribute Pre Election Relief Or Long Term Reform


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord