Remaja Lelaki Ini Tak Malu Jual Kek Jual 50 Bekas Kek Sehari



Minat mendalam dalam bidang pastri sejak bangku sekolah menjadi pendorong buat seorang pemuda mencari rezeki dengan menjual kek biarpun ia biasanya dilakukan golongan wanita.
Wan Muhammad Amin Wan Razali, 20, yang juga pemegang Sijil Kolej Komuniti (SKK) (M) Pastri dari Kolej Komuniti Jeli, tidak menghiraukan ‘suara sumbang’ yang mempertikaikan usahanya mencari rezeki melalui menjual kek.
Katanya, sejak usia tujuh tahun, dia sudah didedahkan dengan cara pembuatan kek kerana sering mengikuti dan membantu ibunya, Sharmila Deraman, 46, bekerja di kedai roti dan kek berdekatan rumah mereka.
“Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, (SPM), saya terus memohon kemasukan ke Kolej Komuniti dengan memilih bidang pastri, malah ia disokong sepenuhnya oleh kedua-dua ibu bapa saya.
“Dengan menggunakan kemudahan media sosial, saya mempromosikan kek seperti Brownies, Red Velvet dan kek Coklat hasil tangan saya melalui Facebook serta Instagram, selain turut dibantu ayah, Wan Razali Wan Jusoh, 54, yang mengedar risalah di sekitar Kota Bharu dan Kubang Kerian.
“Ramai antara pelanggan yang memberi respon positif kerana kek yang saya hasilkan mempunyai tekstur yang lembut, dengan rasa yang tidak terlalu manis serta menggunakan bahan berkualiti tinggi, sekali gus menjadikan pilihan ramai pelanggan” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Temusu, Limbat, Pasir Tumboh, di sini.
Wan Muhammad Amin turut menjadikan Datuk Fazley Yaakub sebagai idolanya dalam bidang pastri dan dia percaya mampu berjaya jika usahanya itu berterusan selain mendapat doa serta sokongan daripada ibu bapanya.
Katanya, ada masanya dia menyiapkan sebanyak 50 bekas kek sehari terutama ketika hujung minggu dan cuti sekolah kerana menerima permintaan yang tinggi.
“Saya menjual kek pada harga RM10 hingga RM60 sebekas bergantung kepada permintaan pelanggan. Selain itu, saya turut menerima tempahan kek bertingkat untuk majlis kahwin dengan harga serendah RM150.
“Ramai dalam kalangan rakan yang mempertikaikan usaha saya kerana beranggapan orang lelaki yang menjual kek adalah mereka yang bersifat lembut, namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk membuktikan kepada mereka bahawa bidang pastri ini boleh dimonopoli golongan lelaki.

“Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan membuka kedai kek di Pasar Ketereh, di sini dan akan memfokuskan sepenuhnya kepada kedai terbabit sebagai langkah permulaan untuk memulakan perniagaan,” katanya yang juga anak keempat daripada lima adik beradik.
Sumber artikel asal : Bharian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rujukanniaga.com/2019/09/remaja-lelaki-ini-tak-malu-jual-kek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jual Susu Badan Harga Antara Rm33 Rm40 Sehari

Jual Susu Badan Harga Antara Rm33 Rm40 Sehari

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 289 hits
Kemboja menghentikan sementara pengeksportan susu badan wanita negara itu oleh sebuah syarikat Amerika Syarikat selepas tersebar laporan mendedahkan kegiatan wanita miskin negara itu menjual susu mereka Syarikat Ambrosia Labs yang berpejaba...
Pulaupinang Remaja Jual Petai Mendaftar Di Usm

Pulaupinang Remaja Jual Petai Mendaftar Di Usm

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 414 hits
Ketika pelajar lain ditemani ibu bapa pada sesi pendaftaran pelajar baharu ke Universiti Sains Malaysia hari ini situasi berbeza pula berlaku bagi Muhammad Izzat Amran Ibrahim 20 kerana desakan kemiskinan Remaja yang berasal dari Gua Musang...
Kek Sempena Hari Merdeka

Kek Sempena Hari Merdeka

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1185 hits
Teringin makan kek sebab sudah lama tidak merasa kek beli Kali terakhir makan kek beli pada bulan Mac yang lalu RM20 jer harga kek ini Tuan jual panggil kek bajet Tempah dengan Cahaya Petunjuk Tak boleh request tema kerana kek bajet Jadi la...
My Birthday Cake Kek Caramel Pelangi Sedap Lembut Dan Tak Hanyir

My Birthday Cake Kek Caramel Pelangi Sedap Lembut Dan Tak Hanyir

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 801 hits
MY BIRTHDAY CAKE KEK CARAMEL PELANGI SEDAP LEMBUT DAN TAK HANYIR Birthday Yezza August is my birthday month Terima kasih pada semua yang sudi wish birthday mummy Lagi sekali Late entry hahaha Ampun busy kerja dude Jumpa orang lagi Kerja I s...
Resepi Kek Red Valvet

Resepi Kek Red Valvet

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 356 hits
Kek red valvet ni kalau nak buat sendiri adunannya memang banyak dan rumit So cara anie simple aje iaitu beli je yang dah ready made hehe X perlu susah payah nak sukat2 bahan Anie biasanya beli bahan kat bangi iaitu kedai yummy atau bake wi...
Agong Terima 29 Kek Sempena Hari Keputeraan Bernama

Agong Terima 29 Kek Sempena Hari Keputeraan Bernama

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 474 hits
Kuala Lumpur 4 Sept Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima persembahan kek bersempena Sambutan Hari Keputeraan ...
Kek Batik Moist Semudah 1 2 3

Kek Batik Moist Semudah 1 2 3

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 1049 hits
Assalamualaikum Hai semua Rasanya dah lama saya tak share resepi Agak sunyi menyepi Bukan tiada entry yang nak dikongsikan tapi sebab kekangan masa blog saya dibiarkan sunyi lagi Kek Batik Moist ni saya buat untuk raya aidilfitri Dah lama e...
Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap Mudah Buat

Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap Mudah Buat

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 551 hits
Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap Mudah BuatTerasa nak makan kek tapi tak ada ketuhar Ini antara resipi resipi kek kukus viral yang ada dikongsi di grup Masak Apa Hari Ni yang sedap dan boleh anda cuba Pasti puas hati Bolehlah cuba buat ...
Sambut Birthday August Babies Blogger Ganu Dengan Kek Sedap Dnialicious

Sambut Birthday August Babies Blogger Ganu Dengan Kek Sedap Dnialicious

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 812 hits
Sambut Birthday August Babies Blogger Ganu Dengan Kek Sedap DNIALICIOUS Happy birthday to us August babies Babies kah Hahahaha Dan masih belum terlambat untuk Sis Gee wish untuk semua rakyat Malaysia SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 62 Prou...
Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Prk Kkb Ini Soal Maruah Mca Wee Tetap Pendirian Tak Bantu Kempen

Abang Dan Kak Ipar Selalu Lepaskan Beban Jaga Anak Kat Ibu Ayah Bila Ibu Cakap Penat Abg Marah Dan Hina Ibu

Selepas Saya Tahu Menegenai Bakal Madu Saya Ni Tak Tahu Kenapa Perasaan Saya Jadi Relex Je