Remaja Ditemukan Lemas Bapa Akui Pandangan Jadi Gelap Tiba Tiba


Oleh MUHAMMAD ZIKRI ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan mati lemas setelah terjatuh di Sungai Benut di Pontian, Johor. -UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRIPONTIAN: Remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bersama bapanya terbabas kerana terlanggar tunggul kayu ditemukan lemas di Sungai Benut, petang tadi.
Mayat Mohd. Akmal Jamaludin, 17, ditemukan oleh unit penyelam bomba pada pukul 4.07 petang kira-kira 50 meter daripada lokasi mangsa dipercayai terjatuh.
Sementara itu, bapa mangsa, Jamaluddin Jamil, 53, yang menceritakan semula kejadian itu berkata, pandangannya menjadi gelap secara tiba-tiba sebelum bot mereka terlanggar tunggul kayu terbabit.
“Keadaan itu menyebabkan anak saya tercampak dan bot kami terbabas ke dalam kawasan pokok bakau.
“Pada awalnya arwah boleh berenang tetapi selepas dua tiga minit dia mula tenggelam dan saya berusaha untuk menyelamatnya dengan meminta tolong tetapi tidak terdaya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Pontian, hari ini.
Terdahulu bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.59 pagi sebelum menghantar tujuh anggota ke lokasi kejadian yang berhampiran Pasar Awam Benut.
Tambah Jamaludin, anaknya sebelum ini tidak pernah mengikut dia menjaring udang di Sungai Pinggan, namun hari ini arwah menyatakan keinginan untuk turut sama sebelum mereka bertolak dari Jeti Nelayan Tampok Laut, pada 9 pagi.
Katanya, ketika sedang menjaring udang, arwah mengalami sakit perut sebelum mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah di Kampung Permatang Sepam Darat.
“Tangkapan ketika ini pun tidak banyak lagi, tetapi disebabkan arwah menghadapi masalah itu, saya bercadang balik ke rumah melalui Sungai Benut,” katanya.
Tambah Jamaludin, Mohd. Akmal baru sahaja keluar dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) tiga minggu lalu setelah terlibat kemalangan motosikal yang menyebabkan dia perlu menjalani pembedahan di bahagian kepala.
Sementara itu ibunya, Jamaliah Sahlan, 52, berkata, pemergian arwah menjadikan dia kini hanya mempunyai tiga anak selepas abang Mohd. Akmal juga telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Katanya, arwah yang merupakan anak bongsu adalah harapan kepada keluarga memandangkan seorang lagi abangnya mengalami sakit angin ahmar dan tidak mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan.
“Nasib kami seperti jatuh ditimpa tangga, arwah adalah harapan kami menggantikan peranan abangnya yang sakit selain kakaknya tetapi arwah juga telah dijemput Allah hari ini,” jelasnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/remaja-ditemukan-lemas-bapa-akui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Terkejut Bapa Tiba Tiba Request Nak Pergi Hospital Di Hari Jadi Dua Kali Berlaku Drama Air Mata

Anak Terkejut Bapa Tiba Tiba Request Nak Pergi Hospital Di Hari Jadi Dua Kali Berlaku Drama Air Mata

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 621 hits
SIAPA yang tidak gembira apabila hari ulang tahun kelahiran disambut oleh orang tersayang Namun bagi seorang bapa perasaannya sebak sehingga menitiskan air mata ketika menjamah sepotong kek hari jadi Menerusi satu video yang dikongsi di apl...
Tiba Tiba Muncul Setelah 27 Tahun Aktor Senior Piet Pagau Akui Bamby Cardino Adalah Anaknya

Tiba Tiba Muncul Setelah 27 Tahun Aktor Senior Piet Pagau Akui Bamby Cardino Adalah Anaknya

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 154 hits
Bukan karena mencari sensasi sang anak pun membeberkan alasan kenapa ia baru mencari sang ayah sekarang
Terkejut Seorang Lelaki Tersepak Budak Di Dasar Kolam Kanak Kanak Lemas Di Kolam Dewasa Tanpa Dipantau Ibu Bapa

Terkejut Seorang Lelaki Tersepak Budak Di Dasar Kolam Kanak Kanak Lemas Di Kolam Dewasa Tanpa Dipantau Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 319 hits
Terkejut seorang lelaki tersepak budak di dasar kolam Kanak kanak lemas di kolam dewasa tanpa dipantau ibu bapaDi musim cuti perayaan ini ada ibu bapa mengambil peluang untuk membawa anak anak pergi bercuti Salah satu tempat yang menjadi pi...
Jenderal Andika Akui Dapat Doa Dari Panglima Tni Hadi Tjahjanto

Jenderal Andika Akui Dapat Doa Dari Panglima Tni Hadi Tjahjanto

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 240 hits
Meutya menjelaskan setelah mendengar visi dan misi dari Andika akan dilanjutkan dengan rapat internal komisi 1 Setelah itu langsung diberikan persetujuan pada hari yang sama pukul 13 00
Hiburan Iman Troye Akui Sedikit Takut Raih Tumpuan Dalam Masa Singkat

Hiburan Iman Troye Akui Sedikit Takut Raih Tumpuan Dalam Masa Singkat

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 418 hits
Terdahulu terdapat artikel yang memaklumkan bahawa kerjaya penyanyi Iman Troye dikategorikan sekadar suam suam kuku pada awal kemunculannya dalam industri seni suatu ketika dahulu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementNamun telahan tersebut melese...
Hiburan Yasmin Hani Akui Belum Bersedia Dedah Status Perkahwinannya

Hiburan Yasmin Hani Akui Belum Bersedia Dedah Status Perkahwinannya

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 368 hits
Baru baru ini pelakon dan pengacara Yasmin Hani meluahkan rasa hati seperti membayangkan beratnya badai yang melanda perkahwinannya bersama suaminya Shahrin Razali ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementYasmin bagaimanapun sangat bersyukur kerana b...
Saya Belum Terima Skrip Musim Kedua Ahn Bohyun Akui Suka Penutup Terbuka Yumi S Cells

Saya Belum Terima Skrip Musim Kedua Ahn Bohyun Akui Suka Penutup Terbuka Yumi S Cells

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 220 hits
Ramai yang dengarnya sudah tidak sabar menantikan sambungan Yumi s Cells betul tak Untuk pengetahuan anda Yumi s Cell membawa kisah seorang kakitangan pejabat biasa yang memberikan sudut pandangan sel otak di dalam kepalanya yang mengawal s...
Terkenal Supel 8 Selebritas Ini Akui Tak Punya Banyak Teman Atau Sahabat Alasannya Beragam

Terkenal Supel 8 Selebritas Ini Akui Tak Punya Banyak Teman Atau Sahabat Alasannya Beragam

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 200 hits
Ada yang pernah dikecewakan ada pula yang hidupnya sibuk bekerja untuk memenuhi kebutuhan keluarga
Dah Tiada Tempat Bermanja Ali Puteh Rindu Arwah Ibu Akui Sunyi

Dah Tiada Tempat Bermanja Ali Puteh Rindu Arwah Ibu Akui Sunyi

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 208 hits
Kehilangan orang tersayang pastinya perit untuk diterima tambahan jika ia melibatkan pemergian ibu bapa tercinta ARTIKEL BERKAITAN Ibu Arwah Abam Bocey Dan Ali Puteh Meninggal Dunia var currentUrlTwo window
Catatan Hujung Minggu

Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad

Jengah Kebun Melihat Tanaman

3 Top Rated Things To Do In Jakarta



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Beware Misplaced Trust In Pseudo Intellectuals

Menu Tengahari Sup Ayam Ala Thai Kobis Goreng

Undang Luak Rembau Selamat Dikebumikan

Siri Oppo Reno12 Akan Dilancarkan Di China Pada 23 Mei

Arab Saudi Mahu Gencatan Senjata Kekal

Kembali Bersama Engku Emran Ini Jawapan Erra Fazira Jika Allah Aturkan Itu Takdirnya