Remaja Berduyun Duyun Dapatkan Vaksinasi


Sebilangan pelajar akan menerima dos pertama mereka di Ranau.
KOTA KINABALU: Remaja berusia 12 hingga 17 tahun berduyun-duyun untuk mendapatkan vaksinasi secara jumpa terus di pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negeri, pada Sabtu, memanfaatkan keputusan Kabinet Negeri yang membenarkan mereka berbuat demikian daripada menunggu cadangan Menteri Kesihatan Datuk Khairy Jamaluddin supaya 80 peratus populasi dewasa di negeri ini diberi vaksin terlebih dahulu.

Kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merasakan ia tidak mampu menangguhkan imunisasi golongan remaja sejak Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa sekolah akan dibuka semula pada Oktober.

Menunggu giliran……. Suasana di Dewan KDCA, Penampang. Ibu bapa di Tawau mengatakan mereka akan mengingkari keputusan Kementerian kerana keselamatan anak-anak mereka lebih penting. Di PPV Dewan KDCA, Penampang, kebanyakan pelajar diiringi oleh ibu bapa atau penjaga mereka tiba di pusat itu sejam lebih awal sebelum pintu dibuka kepada orang ramai pada pukul 8 pagi.

“Saya teruja dan agak takut apabila dimaklumkan oleh ibu bapa dan adik-beradik saya,” kata Shane Aeris, seorang pelajar Tingkatan 2 di SM St Francis.

Dia berkata berita tersebut segera tersebar di kalangan rakan sekelasnya melalui Facebook dan media sosial.

Katanya, ramai rakan sekelasnya memahami kepentingan dilindungi daripada ancaman sebenar penyakit koronavirus yang mengancam nyawa itu.

“Lebih banyak manfaatnya jika kita mendapatkan suntikan ini daripada menolaknya,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menjaga kepentingan serta kebajikan golongan muda.

Dia menggesa mereka dalam kumpulan umurnya untuk mendapatkan vaksin lebih awal.

Dos kedua vaksin Pfizer untuknya ditetapkan pada pertengahan Oktober.


Di Pulau Sepanggar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan, menggesa ibu bapa dan penjaga supaya menggalakkan remaja untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

“Hari ini kita berkesempatan untuk melaksanakan program vaksinasi di sekitar Pulau Sepanggar. Mereka (remaja) sangat gembira mendapat vaksin kerana ia akan membolehkan mereka kembali ke sekolah setelah melengkapkan dos kemudian,” katanya selepas Program Vaksinasi CITF.

Ia dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); Jabatan Penerangan Malaysia; Umno Sepanggar dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karambunai.

Yakub, yang juga Adun Karambunai, berkata: “Setakat ini, kami menganggarkan bahawa lebih dari 80 peratus penduduk di Karambunai telah divaksinasi.

“Ini adalah perkembangan baik untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan negeri pada November ini,” katanya.

Seramai 100 penduduk menerima dos pertama vaksin, termasuk warga emas.

Satu-satunya cara pengangkutan dari pulau ini ke tanah besar adalah dengan menaiki bot dan memerlukan masa 30 minit, bergantung pada keadaan cuaca.


Sementara itu, di RANAU, sekitar 400 pelajar sekolah menengah dan rendah berusia antara 12 hingga 17 tahun menerima dos pertama vaksin Pfizer mereka di PPV Dewan Masyarakat Ranau, pada Sabtu.

Suasana keadaan di klinik Klinik Timbua, Ranau. Kelihatan para remaja sedang menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin. Proses vaksinasi dimulakan pada awal pagi dan bilangannya meningkat pada waktu petang kerana kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan murid sekolah menerima vaksinasi sebelum bermulanya sesi persekolahan secara bersemuka tidak lamam lagi, seperti disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ramai ibu bapa yang menyambut baik inisiatif KPM untuk membenarkan pelajar sekolah berusia 12-17 tahun untuk menerima suntikan bagi mengekang jangkitan Covid-19.

Remaja yang telah menerima vaksin menunjukkan kad vaksin masing-masing. Kelihatan Datuk Yakub Khan (tengah) memberikan sokongan kepada semua remaja yang hadir, kelmarin. “Sebelum ini, hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang perlu menerima suntikan, tetapi sekarang mereka (pelajar sekolah rendah dan menengah) berusia 12 hingga 17 tahun dapat divaksin sebagai perlindungan terhadap jangkitan Covid-19,” jelas Nabin Gandong dari Kg Paka Dua Ranau.

Menurutnya, peluang itu harus diberi perhatian serius oleh ibu bapa atau penjaga pelajar sebagai perkara positif untuk membendung penyebaran wabak Covid-19 daripada terus menjangkiti keluarga, warga sekolah dan masyarakat secara keseluruhan.

Sebelumnya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin memuji inisiatif vaksinasi remaja di Ranau.

“Kanak-kanak yang menerima vaksin mesti ditemani oleh ibu bapa atau penjaga semasa proses vaksinasi, dan mereka mesti membawa kad pengenalan mereka,” kata Joachim yang juga Adun Kundasang dan Menteri Pembangunan Perindustrian.


Di KUNAK, vaksinasi secara jumpa terus (walk-in) menyaksikan sambutan menggalakkan dalam kalangan remaja dan ibu bapa mereka.

Pegawai Kesihatan Daerah Kunak Dr Izaidi Salman Yazid berkata vaksinasi jumpa terus itu dibuka kepada pelajar warganegara dan bukan-warganegara, dan penerima akan diberi vaksin jenis Pfizer-BioNtech.

“Ibu bapa yang mempunyai masa lapang boleh membawa anak-anak mereka untuk suntikan vaksin (di PPV). Bagaimanapun, ibu bapa atau pelajar juga boleh datang ke sekolah masing-masing mengikut jadual vaksinasi yang telah dikeluarkan,” katanya.

Dr Izaidi berkata vaksinasi dijadualkan di tiga sekolah menengah, iaitu SMK Kunak pada 26 September, SMK Kunak Jaya pada 27 September dan SMK Madai pada 28 September.

Menurut Dr Izaidi, terdapat 1,502 pelajar di SMK Kunak, 1,001 pelajar di SMK Kunak Jaya dan 1,138 pelajar di SMK Madai, yang layak untuk vaksinasi.

Pegawai Kemajuan Masyarakat, Rizal Datuk Salim berkata program imunisasi di PPV Dewan Masyarakat Kunak bermula pada jam 8 pagi dan menyaksikan ramai pelajar beratur di bawah khemah yang disediakan di luar PPV tersebut, sebelum masuk untuk mendaftar.

“Anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) juga menjalankan pemantauan ketat prosedur operasi standard (SOP) sepanjang program itu,” katanya.

Rizal mengingatkan ibu bapa atau penjaga yang menemani anak-anak mereka untuk vaksinasi supaya membawa dokumen pengenalan diri.

Wahilda, seorang ibu bukan-warganegara dari Ladang Bongalio, menemani dua anaknya berumur 12 dan 14 tahun ke PPV tersebut.

“Anak perempuan saya Nur Aliah Sapiah, pelajar darjah enam di SK Tun Fuad dan anak lelaki saya Mohd Faiz pelajar tingkatan dua di SMK Madai telah mendaftar untuk suntikan dos pertama vaksin hari ini,” kata Wahida. -DE

SOURCE: Daily Ekspress Via Warta Oriental

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/remaja-berduyun-duyun-dapatkan-vaksinasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ums Mula Vaksinasi Remaja Dengan Vaksin Covid 19

Ums Mula Vaksinasi Remaja Dengan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 293 hits
Taufiq menemani Noraini semasa lawatan ke UMS PPV UMS sambut baik saranan Ketua Menteri sasar 3 000 penerima vaksin remaja 12 17 tahun pada hari pertama KOTA KINABALU Universiti Malaysia Sabah menyambut baik terhadap pengumuman Ketua Menter...
Vaksinasi Remaja 12 Hingga 17 Tahun Di Sabah Bermula Hari Ini

Vaksinasi Remaja 12 Hingga 17 Tahun Di Sabah Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 262 hits
Remaja Labuan mendapat suntikan vaksin Covid 19 mereka pada 11 September 2021 KOTA KINABALU Kerajaan negeri memutuskan untuk memberi suntikan vaksin COVID 19 kepada remaja berusia 12 sehingga 17 tahun bermula hari ini Ketua Menteri Sabah Da...
Vaksinasi Untuk Remaja Di Sabah Dijangka Bermula Oktober

Vaksinasi Untuk Remaja Di Sabah Dijangka Bermula Oktober

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 279 hits
Vaksinasi untuk remaja di Sabah dijangka bermula Oktober KOTA KINABALU Vaksinasi untuk golongan remaja berumur 17 tahun ke bawah di negeri ini dijangka bermula pada Oktober depan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata tindakan itu akan...
Risiko Kematian Tinggi Vaksinasi Lansia Terus Digenjot

Risiko Kematian Tinggi Vaksinasi Lansia Terus Digenjot

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 273 hits
Per 15 September 2021 capaian vaksinasi dosis satu pada kelompok lansia baru menyasar 5 77 orang atau baru mencapai 26 78 persen dari target 21 55 juta orang
Bukti Vaksinasi Wni Dan Wna Dari Luar Negeri Dapat Terdata Di Pedulilindungi

Bukti Vaksinasi Wni Dan Wna Dari Luar Negeri Dapat Terdata Di Pedulilindungi

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 157 hits
Kebijakan ini berlaku baik bagi WNI maupun WNA telah melakukan perjalanan dari dan ke luar negeri
Kami Dah Lengkap Vaksinasi Covid

Kami Dah Lengkap Vaksinasi Covid

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 280 hits
Bagi menangangi penularan pandemik Covid 19 kerajaan Malaysia telah melaksanakan Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Program ini adalah di bawah kawal selia oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID 19 melibatkan dua kemen...
Pemda Diminta Percepat Penuntasan Vaksinasi Pendidik Untuk Mendukung Ptm Terbatas

Pemda Diminta Percepat Penuntasan Vaksinasi Pendidik Untuk Mendukung Ptm Terbatas

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 139 hits
Johnny melanjutkan bahwa dari target sekitar 5 5 juta jiwa guru dan tenaga kependidikan baru Provinsi DKI Jakarta dan DI Yogyakarta yang angka ketuntasan vaksinasinya mencapai lebih dari 90 persen sedangkan provinsi lain jauh berada di bawa...
Paras Antibodi Covid Mengalami Penurunan Besar Dalam Tempoh 4 Bulan Selepas Vaksinasi Menurut Kajian

Paras Antibodi Covid Mengalami Penurunan Besar Dalam Tempoh 4 Bulan Selepas Vaksinasi Menurut Kajian

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 209 hits
Paras antibodi vaksin Pfizer AstraZeneca menurun selepas 4 bulan kajian Duh Penelitian dari India Buktikan Antibodi COVID 19 Turun 4 Bulan selepas Vaksinasi BHUBANESWAR Satu kajian terhadap 614 pekerja kesihatan yang diberi vaksin sepenuhny...
Vaksinasi Lengkap Bukan Alasan Abai Sop Kj

Vaksinasi Lengkap Bukan Alasan Abai Sop Kj

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 183 hits
Oleh NUR HUDA MUSA Gambar hiasan PETALING JAYA Vaksinasi lengkap bukan alasan untuk orang ramai leka dalam melakukan tindakan kesihatan awam kendiri seperti memakai pelitup muka menjaga jarak fizikal dan mencuci tangan dengan kerap kata Men...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat