Remaja 14 Tahun Maut Disengat Obor Obor Box Jellyfish
Seorang remaja bernama Mark Angelo Ligmayo, 14 tahun maut diserang obor-obor “Box Jellyfish” di sebuah pantai peranginan di Queensland, Australia pada hari Sabtu 26 Februari 2022.
Mark Angelo Ligmayo meninggal dunia akibat serangan obor-obor- Box Jellyfish. Sumber : Daily Mercury
Remaja tersebut bersama keluarganya sedang berkelah di Pantai Eimeo di Mackay di tengah Queensland, Australia. Ibunya menceritakan saat-saat genting ketika dia keluar dari air di pantai tersebut.
Diserang obor-obor Box Jellyfish ketika mandi
Mark Angelo Ligmayo muncul dari air dengan cengkaman tentakel sepanjang 2 meter, menyebabkan keadaan yang amat gawat di pantai tersebut.
Ibunya, Agnes Guinumtad menceritakan kepada “Courier Mail” apa yang dia boleh lakukan apabila melihat anaknya menjerit kesakitan hanyalah berdoa, sambil mengatakan beliau dapat rasakan kesakitan yang amat sangat dari riak wajah anaknya.
“Saya terus berdoa dan berdoa, saya tidak berhenti berdoa, saya berdoa agar anak saya boleh bercakap sesuatu.”
“Sukar, amat sukar untuk menyaksikan anak anda cuba untuk berjuang mengatasinya, sukar untuk menyakskan anda anda menghembuskan nafas terakhir di dihadapan anda,” bapanya, Nick Guinumtad memberitahu akhbar tersebut.
Mark Angelo hanya berada dalam air di paras pinggang berdekatan dengan gigi pantai sebelum dia muncul di pantai, dengan tangan dan kakinya diselaputi dengan tentakel sepanjang lebih 2 meter.
Serangan Jantung
Setelah rebah di atas pasir pantai, penyelamat dan pengunjung terus membuat CPR dan menyapu cuka (dikatakan cuka boleh meredakan sengatan obor-obor) sebelum ambulans tiba.
Beliau mengalami serangan jantung sekitar jam 2.30 petang sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Mackay Base sejam kemudian.
Menambah kepada situasi menyayat hati ini, keluarga tersebut hanya disatukan kembali Disember tahun lepas.
Mark, adiknya Nickole dan Puan Guinumtad berada di Filipina sejak 3 tahun lepas, akhirnya boleh terbang ke Queensland, di mana bapanya mencari rezeki pada Disember baru-baru ini.
Terpisah akibat Covid
Encik Guinumtad sudah bekerja di Mackay selama 10 tahun, pulang ke Filipina apabila dia mampu kerana keluarganya menanti kelulusan Visa yang membolehkan mereka untuk tinggal bersama di Australia.
Namun Covid-19 menambah tempoh penantian mereka, dengan penutupan sempadan menghalang sebarang pertemuan fizikal.
“Sungguh susah, bertahun lamanya saya menanti untuk bersama keluarga saya di sini,” kata encik Guinumtad.
“Saya hanya menanti untuknya selesai, supaya mereka boleh datang ke sini dan melengkapkannya”
Keluarga Mark Angelo berharap untuk menghantar jenazah anak mereka balik ke Filipina untuk dikebumikan di sana supaya datuk dan neneknya boleh mengucapkan selamat tinggal. Satu laman GoFundMe sudah dibina untuk mengumpul dana bagi menghantar jenazah Mark Angelo pulang.
Kematian Mark adalah insiden kematian yang ketiga akibat sengatan obor-obor sejak 2006. Seorang remaja berumur 17 tahun meninggal berdekatan Cape York pada February 2021.
Sumber berita : news.com.au
Fakta berkenaan Box Jellyfish
Nama Saintifik : Cubozoa
Jenis : Invertebrata
Dier: Karnivor
Nama Kumpulan : Fluther, smack
Purata jangka hayat : Sehingga 1 tahun
Saiz : 10 kaki panjang, 10 inci lebar
Berat : sehingga 4.4 pound
Saiz relatif dengan manusia berketinggian 6 kaki:
Bisa Box Jellyfish
Bisa dari Box Jellyfish dikategorikan sebagai antara yang paling berbahaya dan fatal di dunia, mengandungi toksin yang menyerang jantung, sistem saraf dan sel kulit. Ia dikatakan amat berbahaya sehingga mangsa boleh mengalami kejutan dan lemas atau mati akibat kegagalan jantung sebelum sampai ke darat. Bagi yang terselamat pula boleh mengalami kesakitan yang teramat sangat sehingga berminggu-minggu dan mengalami fobia.
Habitat dan bentuk Box Jellyfish
Habitat utama box Jelly fish adalah di perarian utara Australia dan Indo-Pasifik. Berwarna biru pucat dan lutsinar. Mendapat namanya dari bentuk perut atau locengnya seperti kiub.
Sesungut Box Jellyfish
Sehingga 15 sesungut tumbuh dari setiap sudut loceng(perut) Box Jellyfish dan boleh mencapai 10 kaki panjang. Setiap sesungut mempunyai kira-kira 5000 sel penyengat, yang dicetuskan bukan dari sentuhan seperti kebanyakan obor-obor lain tetapi dari kemunculan bahan kimia yang terdapat di lapisan luar mangsanya.
Adaptasi Peringkat Tertinggi
Box jellyfish adalah yang paling banyak berevolusi. Mereka mempunyai kebolehan untuk bergerak berbanding obo-obor lain yang hanya berhanyut, berkelajuan mencecah 4 knots di dalam air. Merekam juga mempunyai 6 mata dalam satu kluster di keempat-empat sudut loceng mereka. Setiap kluster mempunyai sepasang mata dengan kanta, retina, iris dan kornea. Saintis masih tidak mengetahui bagaimana mereka memproses apa yang dilihat keran box jellyfish tidak mempunyai sistem saraf pusat.
Sumber fakta : National Geographic
The post Remaja 14 tahun maut disengat obor-obor Box Jellyfish appeared first on Radio Senyap.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.radiosenyap.com/2022/02/remaja-14-tahun-maut-disengat-obor-obor-box-jellyfish.html