Relevan Lagi Tak Duit Syiling Dalam Urus Niaga Harian


Assalamualaikum..

Selamat pagi...

Hari ni SA nak bincang tajuk yang serius skit,puncanya SA sedang mengemas bag kerja..sekali nampak banyak duit syiling dalam bag...tiba-tiba terfikir tentang relevannya duit syiling ni..menderu-deru idea keluar, lupakan bag dan terus type kat handphone...😆😆
Pernah tak masa tengah kemas rumah, tiba-tiba terjumpa bekas plastik penuh dengan syiling? RM0.10, RM0.20, kadang-kadang ada juga yang rare RM1 lama..SA kat rumah jadi tukang kutip duit syiling dalam bilik atau dalam mesin basuh, SA dapat SA terus masuk tabung. Tapi, persoalannya sekarang… masih relevan ke duit syiling ni dalam dunia yang semakin ke arah cashless
Cashless Dah Jadi Gaya HidupSekarang ni, pergi kedai runcit pun boleh scan QR. Naik bas pun dah boleh guna kad. Kat pasar malam pun ada peniaga yang letak stiker "Terima Duit eWallet". Teknologi dah ubah cara kita berbelanja. Kadang-kadang, keluar rumah dengan dompet kosong pun tak rasa risau asal ada telefon



Tapi Duit Syiling Masih Ada FungsinyaWalaupun cashless tengah trending, duit syiling masih ada tempatnya. 
Cuba fikir:
Bayar parking mesin lama . Ada tempat yang masih guna mesin lama yang hanya terima syiling

Tabung masjid atau derma – Bila nampak tabung derma, kita hulur syiling sebab mudah

Beli di koperasi sekolah / vending machine – Kadang-kadang masih perlukan syiling

Syiling Kadang Buat Kita "Terkeliru"Jujurnya, ada juga yang rasa terbeban. Bawa beg berat sebab penuh syiling. Nak kira pun pening. Pernah tak rasa malu sebab lambat kira syiling kat kaunter? Hehe

Bila Kali Terakhir Korang Pegang Syiling?Kalau nak tahu betapa kita dah jarang guna, cuba fikir bila kali terakhir kita bayar sesuatu dengan syiling? Atau bila kali terakhir kita betul-betul ambil baki syiling lepas beli barang

Syiling Belum Pupus, Tapi…Syiling masih ada tempat dalam urus niaga harian tapi ruangnya makin sempit. Dalam dunia yang makin laju, cashless lebih praktikal. Tapi jangan pandang rendah pada syiling, kadang-kadang nilainya lebih dari yang kita sangka terutamanya bila kita tengah betul-betul tak cukup RM0.20


Korang pula macam mana? Masih guna duit syiling atau dah 100% cashless
SA masih guna syiling, duit tunai dan sesekali cashless bila perlu.

Cashless Bagus, Tapi Sesuai Ke Untuk Orang Tua?Kita mungkin selesa dengan eWallet, QR Pay, scan-scan je bayar... tapi cuba fikir dari perspektif ibu bapa kita. 
Ada antara mereka:Tak biasa dengan aplikasi eWallet.Rasa tak selamat letak duit dalam telefon.Tak yakin nak tekan-tekan bila bayar.Lebih percaya duit fizikal depan mata.Pernah tak mak ayah minta kita bayarkan barang sebab mereka “tak reti scan”? Atau risau kalau tiba-tiba sistem down, tak boleh bayar langsung

Cashless bagus dan mudah, tapi ia belum inklusif sepenuhnya. Untuk generasi yang membesar dengan duit kertas dan syiling, duit fizikal masih rasa paling selamat dan real

Adakah kita terlalu cepat tinggalkan generasi lama dalam dunia digital, semata-mata kerana nak lebih pantas dan mudah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2025/07/relevan-lagi-tak-duit-syiling-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ditanda Dengan Lakaran Aneh Ini Rupanya Sebab Cia Upload Foto Duit Syiling Malaysia Di Laman Rasmi Mereka

Ditanda Dengan Lakaran Aneh Ini Rupanya Sebab Cia Upload Foto Duit Syiling Malaysia Di Laman Rasmi Mereka

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 143 hits
Baru baru ini Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat mengejutkan ramai apabila memuat naik satu hantaran di akaun rasmi X mereka yang memaparkan sekeping gambar mengandungi tiga keping duit syiling Malaysia Apa yang menarik perhatian ramai...
Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 197 hits
17 Julai 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Bersama YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup YB Datuk Armizan Mohd Ali di Silk Ballroom Zenith Ho...
Ulasan Pelantikan Pengerusi Pkr Negeri

Tidur Lena Nikmat Rehat Diwaktu Malam

Merungkai Segenap Dimensi Paku Langsuyar Botani Sosial Dan Nilai Ekonomi

Us Tariff Reduced Without Compromising Red Lines Says Miti

Domain Extension Startup Guide

Ambil Report Card

Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Ikuti Saya Di Media Sosial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Influencer Cantik Mati Dikelar

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Subang Jaya Appoints Itmax Unit As Parking Operator For 10 Years

Gen Z Didn T Miss The Boat They Re Building A New One