Rekod Tertinggi 199 Pesakit Maut Akibat Covid 19


Kali terakhir negara merekodkan kes kematian tertinggi adalah pada 18 Julai dengan 153 kes.


Malaysia sekali lagi merekodkan kes kematian berkaitan Covid-19 tertinggi apabila 199 orang pesakit maut dilapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 84 kes kematian dilaporkan di Selangor membabitkan 63 kematian di hospital manakala 21 jenazah di bawa ke hospital (BID).

"Kuala Lumpur mencatatkan 57 kes kematian, dengan 47 pesakit menghembuskan nafas di hospital dan 10 adalah BID," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, Melaka melaporkan 16 kes kematian, Kedah (12), Negeri Sembilan (tujuh), Johor (enam), Pahang (enam), Terengganu (tiga), Pulau Pinang (dua), Perak (dua), Kelantan (dua) dan masing-masing satu di Sabah serta Sarawak.

"Masing-masing satu kes DIB direkodkan di Melaka dan Kelantan," katanya.

Beliau berkata, jumlah itu terdiri daripada 103 pesakit lelaki dan 96 wanita.

"Kes kematian ini juga melibatkan 173 rakyat tempatan dan 26 warga asing," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kumulatif kes kematian adalah 7,440 bersamaan dengan 0.78 peratus jumlah keseluruhan kes.

Kali terakhir negara merekodkan kes kematian tertinggi adalah pada 18 Julai dengan 153 kes.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 11,985 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan KKM pada Rabu.

"Daripada jumlah itu, 65 kes merupakan kategori lima iaitu berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan ventilator.

"Bagi kategori empat yang memerlukan bantuan oksigen mencatatkan 45 kes dan 178 kes pula dikategori tiga iaitu pesakit mengalami radang paru-paru," katanya.

Menurutnya, sebanyak 5,847 kes merupakan kategori dua iaitu bergejala ringan manakala 5,850 pula kategori satu iaitu tiada gejala.

Beliau berkata, data itu adalah berdasarkan keadaan klinikal pesakit sewaktu baru didiagnosis Covid-19.

"Ada antara mereka kekal pada kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik atau merosot ke kategori lebih tinggi," katanya.

Mengulas lanjut mengenai jangkitan Covid-19, Dr Noor Hisham berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini adalah 951,884.

"Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes positif iaitu 5,550 kes diikuti Kuala Lumpur 1,174 kes. Kedah terus merekodkan peningkatan berbanding Selasa iaitu pertambahan 800 kes baharu.

"Negeri Sembilan (745), Johor (644), Pahang (603), Sabah (474), Melaka (453), Kelantan (386), Pulau Pinang (362), Perak (274), Sarawak (261), Terengganu (171), Putrajaya (51), Labuan (35) dan satu kes di Perlis," katanya.

Ujarnya, terdapat 137,587 kes aktif di seluruh negara dan 927 dirawat di ICU.

"Seramai 459 memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Tambah Dr Noor Hisham, seramai 7,902 kes disahkan sembuh sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya 806,857 kes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/rekod-tertinggi-199-pesakit-maut-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
13 215 Kes Positif Covid 19 Rekod Tertinggi

13 215 Kes Positif Covid 19 Rekod Tertinggi

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 245 hits
Setelah 2 hari negara mencatatkan kes harian tertinggi sekitar 11 000 kes hari ini jumlahnya lebih menakutkan iaitu 13 215 kes positif Ini juga merupakan rekod baharu jumlah kes tertinggi dan ianya berturutan selama 3 hari setakat ini untuk...
Budak 10 Tahun Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Selepas Ibu Bapa Maut Akibat Covid 19 Kuarantin Sendirian Di Rumah

Budak 10 Tahun Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Selepas Ibu Bapa Maut Akibat Covid 19 Kuarantin Sendirian Di Rumah

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 232 hits
Ibu bapa sudah meninggal dunia kerana COVID 19 seorang kanak kanak berusia 10 tahun dilaporkan terpaksa menjalani kuarantin seorang diri di rumahnya Lebih memilukan ibunya dikatakan meninggal dunia dalam keadaan hamil lima bulan pada Isnin ...
Ibu Bapa Maut Akibat Covid 19 Budak 10 Tahun Yatim Piatu Sekelip Mata Terpaksa Kuarantin Sendirian Di Rumah

Ibu Bapa Maut Akibat Covid 19 Budak 10 Tahun Yatim Piatu Sekelip Mata Terpaksa Kuarantin Sendirian Di Rumah

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 315 hits
Ibu bapa sudah meninggal dunia kerana COVID 19 seorang kanak kanak berusia 10 tahun dilaporkan terpaksa menjalani kuarantin seorang diri di rumahnya
Kematian Covid 19 Di Thailand Cecah Rekod Tertinggi

Kematian Covid 19 Di Thailand Cecah Rekod Tertinggi

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 231 hits
Kematian Covid 19 di Thailand cecah rekod tertinggi nbsp Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 10 Jul 2021 11 45PM
50 Pesakit Covid 19 Maut Wad Hospital Terbakar

50 Pesakit Covid 19 Maut Wad Hospital Terbakar

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 201 hits
AGENDA DAILY 50 maut dalam kebakaran di Hospital al Hussain di selatan Iraq awal pagi tadi Gambar AFP Sekurang kurangnya 50 terbunuh dan puluhan lagi cedera setelah wad pengasingan Covid 19 di sebuah hospital di bandar Nasiriyah di selatan ...
Covid 19 Malaysia Catat 138 Kematian Rekod Tertinggi Setakat Ini

Covid 19 Malaysia Catat 138 Kematian Rekod Tertinggi Setakat Ini

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 200 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah SHAH ALAM Jumlah kematian direkodkan hari ini sebanyak 138 kes adalah yang tertinggi sejak pandemik melanda negara kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Menuru...
Rekod Tertinggi 17 405 Kes Covid 19 143 Kematian

Rekod Tertinggi 17 405 Kes Covid 19 143 Kematian

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 231 hits
July 28 2021 7 03 PMPETALING JAYA Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan rekod tertinggi 17 405 kes jangkitan Covid 19 dan 143 kematian dalam tempoh 24 jam Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Twitter jumlah keselu...
Bayi Maut Akibat Covid 19 Ibu Masih Dalam Icu

Bayi Maut Akibat Covid 19 Ibu Masih Dalam Icu

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 196 hits
Jenazah bayi berkenaan dikebumikan di Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah PUTRAJAYA Seorang bayi lelaki berusia 38 minggu dipercayai menjadi korban Covid 19 termuda di negara ini Menerusi perkongsian oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan ba...
Kematian Akibat Covid 19 Di Selangor Naik 100 Peratus Tapi Vaksinasi Masih Amat Lembab

Kematian Akibat Covid 19 Di Selangor Naik 100 Peratus Tapi Vaksinasi Masih Amat Lembab

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 188 hits
ARIF ATANSelang sebulan sahaja kadar kematian akibat Covid 19 di Selangor naik melambung mencecah 100 peratus ketika program vaksinasi di negeri itu dilihat amat lembab Semakan Malaysia Dateline pada data Jabatan Kesihatan Negeri Selangor m...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment