Reformasi Menyeluruh Selesaikan Isu Beras Putih Tempatan


hmetro.com.my
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
[email protected]
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Kuala Lumpur: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sudah merombak strategi melalui pelaksanaan reformasi menyeluruh dalam industri padi dan beras bagi menyelesaikan isu beras putih tempatan (BPT).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pelaksanaan itu dilakukan secara berfasa sejak Oktober 2024 yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing industri, memperkukuh kebajikan pesawah serta menjamin bekalan beras negara.

"KPKM peka dan prihatin terhadap isu pembekalan BPT di pasaran yang mula timbul sejak pertengahan tahun 2023.

"Pelbagai pendekatan intervensi sudah dilaksanakan oleh KPKM bagi memastikan keberadaan bekalan BPT untuk memenuhi keperluan rakyat walaupun industri berdepan dengan pelbagai faktor yang mempengaruhi kos dan produktiviti pengeluaran padi dan beras negara.

"Hasil daripada sesi libat urus dengan pemain industri, pengilang dan pemborong beras berdepan dengan kenaikan kos pengeluaran dan menghadapi kesukaran untuk menjual BPT pada harga kawalan maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan sejak tahun 2008, iaitu pada harga RM2.60 sekilogram," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai langkah kementerian bagi mengembalikan semula BPT ke pasaran tempatan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pada masa ini, perincian mengenai langkah yang bakal diambil mengenai BPT sedang dimuktamadkan dan akan dimaklumkan setelah mendapat persetujuan oleh kerajaan.

"KPKM turut membuat penilaian jangka pendek, sederhana dan panjang sekiranya langkah itu dilaksanakan bagi memastikan industri padi dan beras terus mampan dan berdaya saing.

"Justeru, KPKM memerlukan sedikit masa lagi sebelum satu penyelesaian tuntas dapat diumumkan kepada semua pihak.

"Diharapkan segala usaha yang sedang dilaksanakan mendapat sokongan daripada semua pihak demi kebaikan serta masa depan industri padi dan beras negara," katanya.
Disiarkan pada: Februari 6, 2025 @ 10:16am

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/reformasi-menyeluruh-selesaikan-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Mahu Beras Tempatan Nasib Petani Perlu Dibela

Rakyat Mahu Beras Tempatan Nasib Petani Perlu Dibela

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 165 hits
harakahdaily netFebruary 6 2025Datuk Idris AhmadKUALA LUMPUR Pesawah adalah golongan yang sangat sabar dalam kehidupan mereka dan jika ingin menghayati kehidupan sebagai ahli tasawuf belajarlah daripada pesawah kata Datuk Idris Ahmad Beliau...
Saya Akan Jawab Semua Isu Padi Beras Di Parlimen Mat Sabu

Saya Akan Jawab Semua Isu Padi Beras Di Parlimen Mat Sabu

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 200 hits
bharian comOleh Januari 25 2025 12 34pmPresiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu pada sidang media selepas perasmian Konvensyen Nasional 2024 AMANAH hari ini NSTP Faiz AnuarKLANG Sesi libat urus yang lebih teliti membabitkan semu...
Beras Tempatan Dijadikan Beras Import

Beras Tempatan Dijadikan Beras Import

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 163 hits
Aku dah explain dulu harga beras import sebenarnya murah kerana ada MOU dgn pengeluar dari India sebelum banjir besar Kjaan tidak kawal harga beras putih import kerana itu harganya jadi mahal hanya bagi subsidi beras tempatan Harga beras im...
Isu Ham Di Universiti Malaya

Isu Ham Di Universiti Malaya

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 205 hits
Isu Ham di Universiti Malaya ini Sebenarnya kita boleh sahaja ambil langkah yang objektif dan sederhana Keadaan jadi teruk bila kita terlalu ekstrim Ekstrim dalam mempertahankan ekstrim dalam memerli Sebagai Muslim kita tahu ini isu agama k...
Restoran Makanan Tempatan Dan Antarabangsa Di Dalam Putrajaya Marriot Hotel

Restoran Makanan Tempatan Dan Antarabangsa Di Dalam Putrajaya Marriot Hotel

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 290 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Posting sebelum ni Maha ada kongsikan staycation Maha dan kawan kawan di Kalau korang belum baca lagi pengalaman paling me...
Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 379 hits
Seperti yg telah aku nyatakan dalam tulisan sebelum ini bahawa kenyataan serta tindakan yg cuba dilakukan oleh beberapa pimpinan dari DAP ini lebih kepada isu dalaman parti berkenaan seolah olah sedang muncul satu kumpulan dari dalam DAP yg...
Hiburan Polis Rakam Keterangan Harith Iskander Berkenaan Isu Ham

Hiburan Polis Rakam Keterangan Harith Iskander Berkenaan Isu Ham

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 465 hits
Keterangan pelawak dan pelakon Harith Iskander telah dirakam oleh pihak polis berhubung hantaran di akaun Facebooknya mengenai isu ham yang didakwa menghina agama Islam Memetik laporan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pih...
Takaful Malaysia Catat Prestasi Berdaya Tahan Dengan Pendapatan Rm1 85 Bilion

Kotak Packaging Barang Kemas Custom Eksklusif Elegan Tingkatkan Nilai Produk Anda

Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Putting Merit Over Race The Only Option For Progress

How To Spot Genuine Free Money Offers In The Casino World

Sukan Sea Pekak 2025 Pelari Pecut Negara Sapu Bersih Acara 100m Berita Harian

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Koci Kuih Kacang Hitam Sarapan Pagi Hari Ini

Yummy Beef Meatball Recipe Blw

Schizzo Redux Walzwerk S Made To Order Bmw R 12 Caf Racer

Penumpang Cemas Flap Sayap Pesawat Patah

Doa 23 September 2025

Zahra Janjiku Padamu Chord