Reformasi Belum Habis Dr Badrul Amin
Pengerusi Pro98 Reformis Dr Badrul Amin Bahron menolak tuduhan Reformasi telah mati dan reformis sudah berkubur
Katanya proses Reformasi seperti meneroka kebun, yang bermula dengan penggunaan parang, cangkul dan kapak suatu masa dulu.
“Reformasi tidak pernah terkubur… tidak pernah,” katanya dalam sidang media Gabungan NGO Reformis Malaysia.
Katanya, jika dulu reformis turun ke jalan raya, kini perjuangan itu diteruskan menerusi media sosial seperti kumpulan WhatsApp, Facebook dan blog.
“Mungkin inilah eranya. Apabila kita telah menjadi pembangkang semula. Berada di atas tak sama dengan berada di bawah.
“Lagi tekan, lagi kita akan lawan, insya-Allah!” tegasnya dalam sidang media semalam.
Terdahulu pengerusi Pro98 Reformis itu diminta mengulas pandangan seorang hadirin yang berpendapat gerakan Reformasi sudah tidak lagi wujud ketika ini.
“Reformasi dah hilang, dah habis!” luah pemuda berkenaan.
GRM merupakan gabungan yang baru dibentuk beberapa hari lalu. Ia menggabungkan 10 NGO, iaitu Persatuan Rapat Rakyat (Rapat), Jingga 13 Malaysia, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM), Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (Pahlawan), Gerakan Reformasi Veteran ATM, Persatuan Media Sosial Malaysia (Permassa), Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (Gasak), dan Pertubuhan Gerakan Pejaung Negara Malaysia (GMPN).
Kebanyakan NGO berkenaan memang dikenali sebagai pertubuhan penyokong tegar Anwar Ibrahim dan mendukung desakan agar presiden PKR itu dilantik sebagai perdana menteri.
Timbalan Pengerusi Otai Reformis 98, Mustapa Mansor, turut bersetuju dengan Badrulamin.
Merujuk anologi diberikan, kata Mustapa, dalam “kebun yang banyak berbuah” itu, memang ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan.
“Reformis tidak mati. Reformasi juga tidak mati. Reformasi tetap menyala, selagi reformis masih bernyawa,” katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/28714