Refer Diri Sendiri


Minggu lepas jatuh motor.
Sedang elok aku memandu laluan kiri, ada pakcik tunggu nak melintas dari divider tengah-tengah jalan. Aku perlahankan sikit supaya dia boleh melintas, dia masih tercegat di situ.
Bila dah dekat, terus sahajalah dengan anggapan dia tak mahu melintas, tiba-tiba dia berlari lintas dari arah kanan ke kiri. Kononnya cuba tak nak berlanggar, aku mengelak ke kanan dengan harapan sempatlah pakcik sampai ke seberang. Tapi tak sempat elak habis, hendal kiri masih kena bahu lalu aku pun jatuh tersembam sebelah kanan. Macam biasa, tangan kena hulur jatuh dahulu supaya lindung kepala.
Bangkit dari jatuh, benda pertama adalah periksa pakcik tadi. Mujur dia tak tersembam jatuh juga. Cuma sakit sedikit bahu kiri. ROM bahu dan siku OK, pakcik pun tak nak pergi hospital maka dia terus berlalu pergi. Padahal accident tak jauh pun, depan hospital juga. Kemudian dengan selambanya aku angkat Honda Future dan teruskan perjalanan.
“Diana, isi borang xray satu. Aku accident,” benda pertama aku beritahu eMO di zon hijau. Asalnya aku datang nak ambil alih syif beliau, tengok-tengok aku sendiri jadi pesakit. Teruskan dengan xray kerana aku boleh rasa sakit kali ini tak sama dengan pengalaman sakit jatuh motor berkali-kali sebelumnya.
Hasilnya, closed fracture base of right third, fourth, fifth metacarpal.
Terus sahaja angkat telefon panggil ortho. Bagi mereka buat volar slab dan temujanji klinik. Merasa jugalah kegatalan Plaster of Paris yang selama ini cuma dengar sahaja daripada pesakit.
“Hello Yui, aku nak refer diri sendiri.” Kemudian kami sama-sama gelak di telefon.
Dia balas, “Wei trauma green zone banyak betul hari ini sampaikan eMO sendiri patah tangan.”
Jujurnya malas nak MC. Tapi tangan kanan tangan dominan, bagaimana nak menulis? Sini bukan sistem komputer.
Lain-lain tak ada masalah. Masih boleh buat ultrasound dan baca ECG, aku rasa tak layak MC kerana anggota lain boleh buat kerja macam biasa.
Pengalaman kali ini ajar dua benda;
Satu, pesakit trauma bagilah MC sampai hari esok walaupun cuma soft tissue injury. Hari jatuh tak sakit langsung siap boleh jaga zon hijau empat jam. Ke sana ke sini dengan arm sling sampai pesakit pun bingung siapa doktor sekarang ni? Adrenalin punya angkara. Esoknya menangis dua titik air mata sebab otot kejang dan timbul rasa sakit tempat lain.
Dua, Tramadol tak adalah hebat sangat. Dos PRN tak membantu langsung. Kena makan dua tiga dos berterusan baru rasa kesan tahan sakit.
Follow up hari ini boleh terus rawatan konservatif. Tak perlu operasi. Ada displacement sikit, tapi knuckle height OK, angulation pun acceptable.
MC seminggu dah bosan, macam manalah hidup MC lagi dua minggu sampai temujanji seterusnya. Dr Kuroda tangan kanan kena amputate masih boleh kerja, apalah sangat patah metacarpal.
Tak apalah, yang penting kena minum susu kalsium dan pagi-pagi pergi jalan di taman bina vitamin D. Kena sembuh betul-betul. Selepas ini masih mahu intubate dan CPR guna tangan kanan.
Aku pun dah geram tengok motosikal tersadai depan ETD. Gian nak merempit.
The post Refer Diri Sendiri first appeared on AkuDarahAnakMalaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blog.akudarahanakmalaysia.net/2021/12/refer-diri-sendiri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=refer-diri-sendiri

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Kata Semangat 2022 Untuk Memotivasikan Diri Sendiri

Kata Kata Semangat 2022 Untuk Memotivasikan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 380 hits
Selamat tahun baru 2022 Mudah mudahan sepanjang 2022 ini penuh kebaikan kegembiraan dan kejayaan menanti kita semua Awali tahun 2022 dengan penuh semangat Jangan biar satupun fikiran negatif menganggu fikiran serta melemahkan semangat untuk...
Dugaan Orang Peringatan Untuk Diri Sendiri

Dugaan Orang Peringatan Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 374 hits
DUGAAN ORANG PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt PC percaya setiap sesuatu yang terjadi pasti bukan sia sia dan Allah bukan suka suka uji hamba hambaNYA Walau kadang rasa...
Kan Dah Kena Saman Pentingkan Diri Sendiri Tak Tengok Orang Belakang

Kan Dah Kena Saman Pentingkan Diri Sendiri Tak Tengok Orang Belakang

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 295 hits
Tular di media sosial sebuah video memaparkan sebuah kereta dimana pemiliknya meletakkannya di tengah simpang jalan Berdasarkan daripada video tular tersebut Pihak Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik telah mengambil tindakan dengan m...
Self Reward Diri Sendiri Untuk Tahun 2022 Wani Kayrie Angkat Mercedes Benz Cla180

Self Reward Diri Sendiri Untuk Tahun 2022 Wani Kayrie Angkat Mercedes Benz Cla180

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 431 hits
Impian untuk membeli kereta idaman sememangnya sukar untuk dicapai lebih lebih lagi jika kereta yang diimpikan itu merupakan kenderaan import dari luar negara Namun impian ini dapat dicapai jika ianya diusahakan dengan bersungguh sungguh Sa...
Lelaki Bakar Diri Sendiri Kerana Protes Mandat Vaksin

Lelaki Bakar Diri Sendiri Kerana Protes Mandat Vaksin

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 406 hits
ANGGOTA polis dan bomba berjaya memadamkan api sebelum menahan lelaki yang cuba membakar diri sendiri di dalam sebuah kereta Metro Uk MELBOURNE Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di dalam sebuah kereta ketika melakukan protes mengena...
Reward Diri Sendiri Dengan Samsung Galaxy A52

Reward Diri Sendiri Dengan Samsung Galaxy A52

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 270 hits
AssalamualaikumReward Diri Sendiri Dengan Samsung Galaxy A52 Sebelum ni saya ada kongsikan telefon bimbit jenama Vivo untuk Cik Aisyah Boleh baca di Sebagai pengguna Samsung dari dulu saya memang dah selesa menggunakan telefon bimbit jenama...
8 Pesanan Ringkas Buat Diri Sendiri Menjelang Pergantian Tahun Baru

8 Pesanan Ringkas Buat Diri Sendiri Menjelang Pergantian Tahun Baru

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 350 hits
Sedikit peringatan buat diri sendiri menjelang pergantian baru Belajar menerima sesuatu itu tidak akan dapat diubah berhenti berharap kepada sesuatu yang tak jelas Dunia ini cukup rumit untuk di telan Kadangkala kita perlu suntikan baharu d...
Hiburan Tunai Janji Ajak Shiro Beri Smart Tv Milik Sendiri Kepada Mangsa Banjir

Hiburan Tunai Janji Ajak Shiro Beri Smart Tv Milik Sendiri Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 379 hits
Pelawak dan juga penyampai radio tampil mengotakan janji apabila dia memberi televisyen kepunyaanya kepada sebuah keluarga yang telah menjadi mangsa banjir di Jelebu Negeri Sembilan 7 bulan lalu Aku Budak Nakal Ucapan Sweet Ajak Shiro Sempe...
Hiburan Ds Vida Risau Bantuan Tidak Diagih Dengan Baik Edar Sendiri Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Hiburan Ds Vida Risau Bantuan Tidak Diagih Dengan Baik Edar Sendiri Bantuan Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 354 hits
Risau bantuan tidak diagihkan dengan baik usahawan sensasi mengambil inisiatif untuk turun padang menghulurkan sendiri bantuan terus kepada mangsa banjir di beberapa lokasi terjejas 3 hari laluDS Vida Amuk Di IG Mohon Beri Bantuan Banjir Ke...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Barang Mykasih 2025

Permohonan Mykasih Rm100 Online 2025

Kemaskini Ekasih Online 2025

Emina Tone Up Cream Affordable Tone Up Cream For Combination Skin

Rahsia Keberkatan Ramadan Rebut 7 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Kenali Anak Usia 2 Tahun Suka Ikut Kepala Sendiri Perangai Berubah Ubah