Reedem Kali Kedua Jawab Survey Yougov
Reedem Kali Kedua Jawab Survey Yougov | Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar. Terima kasih kepada korang yang baca dan komen dekat entri Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam. Hari ini Cik Ash nak berkongsi dengan korang semua mengenai Jawab Survey dengan Yougov.
Sebelum ini Cik Ash kongsi hanya jawab survey dapat point kita boleh tebus duit dalam nilai Singapore Dollar. Selain duit kita juga boleh tebus voucher dan macam-macam lagi. Menarik tak bila dengar hanya jawab survey jer pun dah boleh dapat duit. Siapa lagi nak bagi kan. Kita kena berusaha mencari. Jangan malas kena rajin baru dapat. Jawab survey Cik Ash mengisi masa lapang. Kumpul-kumpul point sampai 5000 dah boleh reedem paypal RM70 kali kedua pulak. hihihihi.
Untuk kali kedua ambik masa sekejap pulak mengumpul mungkin Cik Ash rajin jawab survey hahaha.. Dulu-dulu join tapi malas nak jawab kena tanya soalan kan.
Klik reedem tu sebelum nak klik reedem tu korang kena pastikan segala maklumat alamat rumah, nombor telefon, serta alamat email paypal yang kita berdaftar itu adalah betul ya. Perlu kena chek dengan teliti untuk alamat email itu sebabnya kalau salah isikan akibatnya pembayaran yougov ke accout paypal kita tertangguh pulak kan...bila semua dah betul klik la reedem akan keluar dalam gambar seperti di bawah ini
Dalam beberapa saat kemudian anda akan dapat email daripada yougov dalam gambar seperti di bawah ini di dalam email ini kena tunggu selama 30 hari untuk melihat wang tersebut masuk ke dalam account paypal kita... Cik Ash reedem point yougov ni pada 15 Jun 2019 dan menunggu tidak lama mana pada 28 Jun 2019 bila buka accout paypal dan email ada dapat katanya duit paypal dah masuk hihihi.
Apa tunggu cepat-cepat la daftar YouGov untuk menjawab survey dan kumpul-kumpul point dan boleh dapat duit ataupun lain-lain lagi. Selalunya undangan survey daripada yougov satu hari dengan nilai point dalam 50-150 point per survey. Survey tersebut selalunya pertanyaan secara umum sehingga ianya sangat mudah untuk kita jawab dalam masa 5 hingga 15 minit
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cikash.com/2019/07/reedem-kali-kedua-jawab-survey-yougov.html