Redzuan Berhasrat Rebut Jawatan Naib Presiden Bersatu


Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka Mohd Redzuan Md Yusof berhasrat untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden parti itu pada pemilihan parti itu tahun ini.
Mohd Redzuan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata keputusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan, permintaan, serta sokongan ahli akar umbi di peringkat negeri dan pusat.

Loading… Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata jawatan Naib Presiden Bersatu merupakan platform terbaik bagi membawa aspirasi dan amanah golongan akar umbi ke peringkat tertinggi dan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
“Saya berhasrat memperkasakan kepimpinan parti, menerusi sokongan akar umbi yang diterima demi memperjuangkan kepentingan orang Melayu, agama, bangsa dan negara.
“Pada masa sama, saya juga akan mempertahankan Ketua Bahagian Masjid Tanah pada pemilihan kali ini, kerana sebelum ini jawatan itu dilantik oleh pucuk pimpinan tertinggi parti dan saya adalah antara 12 pengasas Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas,” katanya kepada pemberita selepas Hari Penamaan Calon dan Penyerahan Borang Bersatu Melaka 2019 di Melaka, hari ini.
Jawatan Ketua Bahagian Masjid Tanah turut dicabar Anggota Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Setiausaha Bersatu Bahagian Masjid Tanah, A Lukman Ab Ghani.
Mengulas cabaran itu, Mohd Redzuan berkata beliau bersikap terbuka selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan Bersatu dalam kepimpinan parti itu, dan berharap pencabar dapat menunjukkan kepimpinan lebih baik, memartabatkan perjuangan orang Melayu dengan nilai integriti, bersih, amanah dan tidak membunuh karektor pencabar lain dengan mengadu domba dan fitnah.
Sementara itu, Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka yang juga Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen (gambar, bawah) berkata beliau turut dicadangkan akar umbi untuk bertanding kerusi Naib Presiden Bersatu, namun perkara itu masih dalam peringkat pertimbangan.
“Ada permintaan daripada akar umbi, untuk saya menawarkan diri sebagai Naib Presiden dan saya secara peribadi menghargai sokongan itu, terutama daripada Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara terbuka menyatakan sokongan itu,” katanya.
Mohd Rafiq yang juga Ahli MPT Bersatu berkata, keputusan sama ada mahu bertanding sebagai naib presiden atau tidak, akan diumumkan dalam masa terdekat.
Mohd Rafiq berkata beliau yang akan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Tangga Batu dicabar oleh ahli biasa Bersatu Melaka Dzulkarnain Saiful Nathan.
Bersatu memperuntukkan tiga kuota bagi jawatan naib presiden yang pada ketika ini disandang Abdul Rashid Abdul Rahman dan Abdul Rashid Ansari, manakala satu lagi dikosongkan Hamidah Osman, yang meletakkan jawatan seterusnya mengumumkan keluar parti pada 16 Sept 2017.
Pencalonan bagi pemilihan Bersatu bermula hari ini disusuli mesyuarat peringkat cawangan mulai 15 Feb sehingga 29 Mac, dengan mesyuarat di peringkat bahagian pula dijadualkan pada 18 April.
Perhimpunan Agung Bersatu pula akan diadakan selama empat hari bermula 25 Jun ini yang turut akan menjalankan pemilihan buat pertama kali, sebelum perhimpunan berlangsung.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/01/redzuan-berhasrat-rebut-jawatan-naib-presiden-bersatu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penerbit Filem Cabar Syed Saddiq Rebut Jawatan Ketua Pemuda Ppbm

Penerbit Filem Cabar Syed Saddiq Rebut Jawatan Ketua Pemuda Ppbm

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 295 hits
Razalif Mohd Zain menghantar borang pencalonan pemilihan PPBM hari ini GEORGE TOWN Penerbit filem yang juga ahli perniagaan Razalif Mohd Zain hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan ketua Pemuda PPBM i Bersatu Malaysia pada pemilihan p...
Presiden Pks Sebut Kapal Asing Boleh Ambil Ikan Di Natuna Asal Izin

Presiden Pks Sebut Kapal Asing Boleh Ambil Ikan Di Natuna Asal Izin

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 243 hits
Ia menjelaskan boleh saja negara lain mengambil kekayaan alam di Indonesia seperti ikan Namun mereka harus terlebih dahulu meminta izin kepada pemerintah Indonesia dan tidak diperbolehkan untuk mencuri
6 Potret Mewahnya Rumah Presiden Ke 6 Sby Di Jakarta

6 Potret Mewahnya Rumah Presiden Ke 6 Sby Di Jakarta

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 231 hits
Mengintip rumah mewah SBY pemberian pemerintah yang berlokasi di Jakarta Selatan
Shahrir Samad Ahmad Maslan Didakwa Sprm Presiden Umno Beri Sokongan Moral

Shahrir Samad Ahmad Maslan Didakwa Sprm Presiden Umno Beri Sokongan Moral

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 263 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bagi memberikan sokongan moral kepada Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan ...
Diperiksa Polisi Soal Memiles Cucu Presiden Soeharto Akui Terima Dua Mobil

Diperiksa Polisi Soal Memiles Cucu Presiden Soeharto Akui Terima Dua Mobil

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 247 hits
Dikonfirmasi soal statusnya di MeMiles Ari mengaku jika dirinya adalah member dia juga mengakui telah menerima hadiah dari MeMiles berupa dua mobil yang sudah diserahkannya ke polisi
Peralihan Kuasa Majlis Presiden Tidak Berfungsi

Peralihan Kuasa Majlis Presiden Tidak Berfungsi

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 229 hits
Peralihan kuasa menjadi perkara yang semakin meluas dibicarakan dalam kalangan rakyat NGO Otai Reformasi tidak terkecuali menganjurkan forum bertajuk Dr M lepas jawatan Mei 2020 malam tadi di bilik persidangan restoran Amjal Kuala Lumpur Me...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jep Syukur Dapat Hadiah Bermakna Dedah Anak Disahkan Autisme

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await