Redtone Space X Meterai Perjanjian Tawar Perkhidmatan Jalur Lebar Satelit Di Malaysia


 
Setakat September 2023, Starlink telah menghubungkan lebih dua juta pelanggan aktif jalur lebar di lebih 60 negara. (Gambar Freepik)KUALA LUMPUR: REDtone Digital Bhd dan SpaceX memeterai perjanjian penjualan semula bagi menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi yang dihubungkan menerusi satelit Starlink di seluruh Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan infrastruktur digital bersepadu itu berkata, dengan pasukannya yang mempunyai lebih 150 jurutera di seluruh negara, ia mampu membekalkan perkhidmatan jalur lebar Starlink dengan pantas kepada pengguna di lokasi terpencil serta kawasan yang mempunyai kekangan dari segi geografi dan alam sekitar.
Ketua Pegawai Eksekutif REDtone Lau Bik Soon berkata, kekuatan syarikat itu sebagai penyedia penyelesaian rangkaian bersepadu akan membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan berasaskan satelit yang lancar kepada pelanggan kerajaan dan perusahaan.
“Kami menyasarkan sektor yang menunjukkan peningkatan kebergantungan terhadap perkhidmatan satelit seperti minyak dan gas, telekomunikasi, perkapalan dan maritim, perkhidmatan kewangan dan perladangan.
“Sektor-sektor ini dijangka menjadi pemacu penting pertumbuhan pasaran satelit di negara ini dan akan meningkatkan keuntungan syarikat,” katanya.
Lau berkata, REDtone mengorak langkah ke hadapan dalam merealisasikan visi kerajaan untuk mencapai 100% capaian internet di kawasan berpenduduk.
Katanya, kira-kira 3% daripada penduduk negara ini menetap di kawasan yang kurang mempunyai liputan atau tiada sambungan rangkaian internet.
“Kini kami hadir bagi merapatkan jurang jalur lebar itu melalui satelit, untuk mengupayakan pertumbuhan ekonomi, menyediakan akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan, dan meningkatkan keselamatan awam,” katanya.
Menurut kenyataan itu, pasaran satelit dianggarkan bernilai RM19.7 bilion menjelang 2025, berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 10.9%.
Pada masa ini, terdapat 5,000 satelit Starlink di orbit, dan syarikat itu telah mula melancarkan satelit Gen 2 yang membolehkan mereka menyediakan sokongan digital ke setiap sudut, menghubungkan kawasan yang tidak mempunyai rangkaian ketersambungan dan merapatkan jurang digital di negara ini.
Setakat September 2023, Starlink telah menghubungkan lebih dua juta pelanggan aktif di lebih 60 negara.
SpaceX ialah pengeluar roket dan kapal angkasa Amerika Syarikat, pembekal perkhidmatan pelancaran, kontraktor pertahanan dan syarikat komunikasi satelit yang beribu pejabat di Hawthorne, California. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/11/redtone-space-x-meterai-perjanjian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usm Spacein Lancar Satelit Piko Pertama Malaysia

Usm Spacein Lancar Satelit Piko Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 146 hits
Usaha negara untuk mencapai Malaysia Space Exploration 2030 semakin menyinar melalui pelancaran satelit piko pertama Malaysia SpaceANT D pada Ahad jam 2 47 pagi waktu tempatan hasil usaha Universiti Sains Malaysia dan syarikat spin off univ...
Jadual Perlawanan Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026 Piala Asia 2027

Jadual Perlawanan Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026 Piala Asia 2027

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 116 hits
Skuad Kebangsaan akan mengharungi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 Piala Asia 2027 dalam Kumpulan D bagi aksi kelayakan yang bermula 16 November 2023 Harimau Malaya perlu menjadi antara 2 pasukan terbaik dalam kumpulan D andai mahu layak ...
New Promises Same Old Malaysia

New Promises Same Old Malaysia

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 121 hits
The adage change is the only constant may not be totally applicable to Malaysia despite the churn in governments prime ministers and Cabinets over the last five years But that s only in form When it comes to substance everything appears to ...
Ketegasan Malaysia Menegur Dasar Luar A S Isu Kemanusiaan Palestin Tidak Halang Kedatangan Pelabur Dari Sana

Ketegasan Malaysia Menegur Dasar Luar A S Isu Kemanusiaan Palestin Tidak Halang Kedatangan Pelabur Dari Sana

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 140 hits
19 November 20236 Jamadil Awal 1445HYAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Bin Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google Enovix Corporation Microsoft dan TikTok di San Francisco Amerika Syarik...
Purata Gaji Di Malaysia Dijangka Naik 5 1 Kata Kajian

Purata Gaji Di Malaysia Dijangka Naik 5 1 Kata Kajian

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 67 hits
PURATA gaji di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 5 1 pada 2024 menurut Kajian Jumlah Saraan 2023 Mercer yang dikeluarkan hari ini Bagaimanapun pertumbuhan itu lebih rendah berbanding purata 5 2 di Asia yang memperlihatkan pergerakan gaji...
Update Perang Laporan Perang 19 20 Nov 2023 Sehingga Jam 12 Tengahari Waktu Malaysia

Update Perang Laporan Perang 19 20 Nov 2023 Sehingga Jam 12 Tengahari Waktu Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 135 hits
LAPORAN PERTEMPURAN PASUKAN PEJUANG PALESTIN SEPANJANG MALAM TADI SEHINGGA JAM 12 TENGAH HARI WAKTU MALAYSIA 19 20 NOVEMBER 2023 1 MARKAS ANGKATAN BERSAMA PEJUANG PALESTINSerangan roket ke atas Kiryat Shomna Letupan kedengaran di penempatan...
Datang Lagi Sebab Nak Enjoy Brick Fest School Holidays Di Legoland Malaysia

Datang Lagi Sebab Nak Enjoy Brick Fest School Holidays Di Legoland Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 156 hits
Assalamualaikum Selagi Annual Passes tak expired kita plan juga bagi jadi Masuk kali nie dah 5 kali kami masuk Legoland dan akan jadi 6 kali bila kami repeat keesokkan hari pula Anak anak pun dah familiar sangat dengan Legoland kalau masuk ...
Umat Islam Hanyut Dibuai Mimpi Dan Kealpaan Ketua Pemuda Pum Gesa Pembatalan Konsert Coldplay Di Malaysia

Umat Islam Hanyut Dibuai Mimpi Dan Kealpaan Ketua Pemuda Pum Gesa Pembatalan Konsert Coldplay Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 227 hits
Konsert artis luar negara terkenal kumpulan Coldplay itu digesa olah Persatuan Ulama Malaysia untuk dibatalkan dengan segera sebelum berlangsungnya pada 22 November ini
Jenama Barang Buatan Malaysia Yang Terkenal Berkualiti

Jenama Barang Buatan Malaysia Yang Terkenal Berkualiti

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 344 hits
Walaupun kita kebiasaannya memandang tinggi dan kadangkala mengagungkan jenama luar negara sebenarnya banyak jenama barang buatan Malaysia yang terkenal di pasaran Dan jangan terkejut ada jenama yang seringkali dianggap jenama antarabangsa ...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Lirik Luqman Faiz Bahagiamu Tujuanku