Rebut Kuasa Binasa Umat




oleh Dr Ahmad Sanusi Azmi
KEMELUT politik yang melanda Muslim pada hari ini seharusnya menjadi titik muhasabah buat umat Islam. Benarlah apa yang disabdakan Rasulullah SAW bahawa perebutan kuasa, cintakan dunia dan pertelagahan dengan pemimpin menjadi faktor merosakkan umat Islam.
Nasihat ini pernah disampaikan Rasulullah SAW kepada sahabat. Baginda menjelaskan kepada mereka bahawa umat Islam satu hari nanti menjadi buih di lautan.
Mereka diratah oleh umat yang lain. Sahabat bertanya: “Apakah umat Islam ketika itu sedikit.” Rasulullah menjawab: “Tidak.” Bahkan menurut hadis berkenaan, umat Islam ketika itu ramai, tetapi mereka seperti buih di lautan.
Mereka dihanyutkan ke sana dan ke mari kerana lemahnya jiwa mereka. Rasulullah lalu menjelaskan bahawa yang menjadikan umat Islam lemah kerana terlalu mencintai dunia dan takut mati. Hadis Riwayat Abu Daud
Perhatikan bagaimana Rasulullah SAW mendidik kita bahawa dek kerana gilakan dunia dan kuasa pemerintahan, umat Islam menjadi lemah dan binasa.
Bahkan di dalam hadis berkenaan, Rasulullah SAW memberikan amaran apabila umat Islam lemah, Allah mencabut rasa takut musuh kepada umat Islam. Ini bererti, umat Islam menjadi satu bangsa yang dipandang rendah dan tidak dihormati.
Jika ditelusuri sejarah umat Islam yang lalu, kita dapati bagaimana perebutan kuasa menjadikan mereka umat berpecah dan lemah.
Mereka lupa kuasa pemerintahan satu amanah. Perkara ini disampaikan Rasulullah SAW kepada Saidina Abu Zar.
Menurut sebuah hadis, Abu Zar pernah meminta kepada Rasulullah SAW agar diberikan jawatan dalam pemerintahan. Rasulullah dengan tenang menasihatkan Abu Zar agar jangan meminta-minta kuasa pemerintahan bahkan Rasulullah menegaskan: “Sesungguh kuasa pemerintahan ini adalah amanah dan ia menjadi kehinaan (buat mereka yang gagal menunaikannya) di hari akhirat kelak.” Hadis Riwayat Muslim
Dalam sebuah hadis yang lain pula, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa umat terdahulu pernah menjadi binasa disebabkan pertelagahan mereka dengan pemimpin mereka. Mereka terlalu banyak mempersoalkan tindakan pemimpin dan bertelagah dengan pemimpin mereka.
Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku di kalangan umat Islam, Rasulullah SAW berpesan kepada kita bahawa: “Sesungguhnya binasa umat terdahulu dari kamu atas perbuatan mereka yang banyak mempersoal serta bertelagah dengan pemimpin mereka.” Hadis Riwayat Muslim
Menghayati hadis di atas, sebahagian sarjana Muslim amat bimbang untuk memegang apatah lagi berebut untuk menjadi pemimpin.
Mereka sedar bahawa kuasa pemerintahan adalah amanah yang besar yang menyebabkan mereka terjerumus ke dalam kebinasaan sekiranya tidak ditangani dengan baik.
Atas dasar itu, seorang tokoh sufi yang terkenal berpesan bahawa sifat gilakan kuasa ini merosakkan peribadi seseorang.
Sifat gilakan kuasa menyebabkan seseorang menjadi hasad dengki bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Kata Fudail ibn Iyyad: “Tidak ada seorang lelaki yang gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia terjebak dengan hasad dan kejahatan, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain.”
Malah, al-Imam Abu Daud al-Sijistani, seorang tokoh hadis yang terkenal, melihat sifat ini sebagai satu daripada penyakit atau menggelarkan sebagai syahwat tersembunyi.
Beliau pernah ditanya apakah yang dimaksudkan dengan nafsu syahwat yang tersembunyi. Lalu dia berkata: “(mereka yang) cintakan kuasa.” Atas dasar itu al-Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yang cintakan kemasyhuran dan kepimpinan ini adalah mereka yang sukar dipercayai.
Jangan mementingkan posisi dan kedudukan kita sendiri sehingga mengabaikan tanggungjawab yang paling utama bagi seorang pemimpin iaitu memelihara Islam dan Muslim. Semoga Allah membimbing kita.
Penulis adalah Timbalan Pengarah Institut Sains Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/02/rebut-kuasa-binasa-umat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rebut-kuasa-binasa-umat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Peralihan Kuasa Rombak Kabinet Agenda Malam Ini

Isu Peralihan Kuasa Rombak Kabinet Agenda Malam Ini

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 265 hits
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini mungkin lebih tertumpu kepada cadangan rombakan kabinet berbanding perlaihan kuasa yang dilihat agak mudah diselesaikan FMT dalam tinjauan kepada dua pemimpin PH membayangkan rombakan kabi...
Dakwaan Yusoff Rawther Disiasat Semula Menjelang Mesyuarat Peralihan Kuasa

Dakwaan Yusoff Rawther Disiasat Semula Menjelang Mesyuarat Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 285 hits
POLIS memanggil semula bekas pembantu penyelidik Anwar Ibrahim Muhammed Yusoff Rawther susulan arahan Jabatan Peguam Negara Arahan itu dikeluarkan supaya membuka semula siasatan ke atas satu laporan yang dibuat terhadap seorang pembantu pre...
Android 11 Turut Hadir Dengan Kawalan Gestur Fungsi Butang Kuasa Talam Notifkasi Baharu

Android 11 Turut Hadir Dengan Kawalan Gestur Fungsi Butang Kuasa Talam Notifkasi Baharu

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 230 hits
Android 11 Developer Preview telah pun dilancarkan semalam Ia hadir dengan pelbagai perkara menarik yang mana anda boleh baca di artikel yang ditulis semalam Ya keseluruhan Android 11 setakat ini masih mirip dengan Android 10 Tetapi Google ...
Ph Serah Pada Dr M Tarikh Peralihan Kuasa

Ph Serah Pada Dr M Tarikh Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 349 hits
Diterbitkan Hari ini 12 21 pagiBERITAMajlis Presiden PH menyerahkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa selepas Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di ibu negara Nov depan Bercakap pada sidan...
Keputusan Peringkat Pbt Bukan Kuasa Mutlak Ydp

Keputusan Peringkat Pbt Bukan Kuasa Mutlak Ydp

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 316 hits
SHAH ALAM 20 FEB Keputusan pada peringkat pihak berkuasa tempatan bukan dibuat secara mutlak oleh yang dipertua sebaliknya adalah keputusan hasil muafakat kata YDP Majlis Perbandaran Subang Jaya Jadi tidak timbul isu YDP atau ahli majlis be...
Peralihan Kuasa Jangan Lebih Sudu Dari Senduk Husam

Peralihan Kuasa Jangan Lebih Sudu Dari Senduk Husam

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 337 hits
N FAISAL GHAZALI Keputusan mengenai peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim sudah diletakkan asas oleh kedua dua pemimpin tersebut kata Pengerusi PH Kelantan Senator Husam Musa Tegasnya tida...
Peralihan Kuasa Belum Mesyuarat Tun M Telah Buat Keputusan Nak Jadi Macam Bn Juga Kah

Peralihan Kuasa Belum Mesyuarat Tun M Telah Buat Keputusan Nak Jadi Macam Bn Juga Kah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 323 hits
Tun M berkata Saya bersedia untuk meletak jawatan BILA BILA MASA Tun M juga berkata Apa pun keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH saya akan letak jawatan SELEPAS APEC Sesiapa yang pening kepala sila makan panadol sekarang Pada Jumaat ini M...
Nyanyuk Atau Ini Ugutan Serah Kuasa Selepas Sidang Apec

Nyanyuk Atau Ini Ugutan Serah Kuasa Selepas Sidang Apec

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 330 hits
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kesediaannya pada bila bila masa untuk melepaskan jawatan kepada Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikannya sebelum ini Bercakap pada sidang media di Puspanitari Tun Mahathir berkata be...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik