Reban Ayam Setingkat Konkrit Kapasiti Ayam 20k
Assalamualaikum,
Harini saya nak berkongsi dengan anda mengenai Reban Ayam Konkrit Kapasiti 20k Ayam
Reban yang dikongsikan ini terletak di Negeri Terengganu. Saya adalah kontraktor yang buat reban ayam ini pada tahun 2012
Jalan masuk ke dalam ladang reban. Jalan pun cantik. Tak ada masalah untuk lori nak lalu
Jauh pulak tu nak kena masuk ke dalam
Tara.. Dah sampai ke tempat reban ayam ni. Tanah dah siap tolak
Walaupun tanah ni nampak level, tapi sebenarnya dia tak level. So nak kena levelkan lagi.
Mula mula kita tarik pancang kayu dulu untuk ambil level.
Lepas tu, kita guna backhoe untuk kutip level bagi cun
Secara asasnya, beginilah rupanya reban yang dah dilevel
Tiang konkrit 9' panjang
Next step, lantai lepas tu kita terus naikkan bumbung
Dah nampak rupa bentuk asas reban ayam ni
Pandangan dari belakang
Dah siap reban. Keliling sebelah tepi kita letak longkang 9"
Then kita letak dawai serta kanvas
Bahagian dalam reban. Untuk reban sekarang, syiling kita gunakan aloizink. Ia lebih kuat dan tahan berbanding kita guna aluminium foil macam dalam gambar ni
Pemasangan makanan ayam automatik di dalam reban
Tara.. Dah nak siap.
Pemasangan hopper. Tempat makanan mula masuk di belakang reban
Satu line satu hopper.
Almost there
Dalam reban yang dah siap
Bersihkan kesemua kawasan dalam reban
Persiapan untuk pasang board kipas automatik
Dah siap pasang. Sebelah kiri tu adalah Temperature Controller. Dia yang akan set bagi kipas dalam reban On dan Off secara automatik di dalam reban
Testing kipas. Alhamdulillah. Semua berjalan
Testing Cooling Pad
Siap jalan di tepi reban
Pencelup tayar lori yang nak masuk ke dalam kawasan reban
Ok mungkin ramai yang nak tahu berapa kos reban seperti ini sekarang
Untuk tahun 2021, kos keseluruhan reban ayam ini adalah RM520,000 untuk seunit reban. Kapasiti ayam antara 20k-25k
Saiz reban pula adalah 400' x 50' x 1 tingkat
Rega ini siap sekali dengan bangunan reban, peralatan ayam jenis makanan automatik, stor reban di bahagian luar, longkang, wiring dalam reban dan piping di dalam reban
Harga ni TAK TERMASUK TNB, wiring luar reban ke meter TNB, levelling tanah, gen set, jalan tepi reban, pencelup tayar macam dalam gambar atas tu dan lain lain yang berada di luar reban.
Kalau tuan puan nak buat reban ayam dengan saya, boleh hubungi saya di : 019-5782515
Sekian Terima kasih
Mohd Firdaus Mat SaadPenternak Ayam Daging Sejak 2005Ayam 120,000 SemusimKontraktor Reban Ayam Sejak 2012
Adakah Anda Berminat Untuk Menceburi Ternakan Ayam Daging Secara Komersial?
Ikuti Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online yang saya jalankan.
Untuk makluman anda, semua video ini diletakkan di Youtube secara Unlisted. Semuanya ada 32 siri Video yang saya dah pecahkan ikut topik
Saya dah berjumpa dengan terlalu ramai orang yang bertanya itu dan ini mengenai bisnes ayam. Jadi saya buat video untuk bagi anda mudah faham macam mana nak mulakan bisnes ini.
Cuba baca satu persatu tajuk yang saya dah buat. Jika anda rasa ia sesuai untuk anda. Anda boleh beli Video Kursus Ternakan Ayam Daging ini.
Tengok dulu tajuk tajuk ini, adakah ini yang anda cari
Jika anda serius berminat nak mendalami Ilmu Ternakan Ayam Daging, nak ikuti kursus ternakan ayam ini secara Online.
Klik Sini : KURSUS AYAM DAGING
Atau Whatsapp Saya Di 019-5782515
Video ini BERBAYAR YER. Bukan Percuma. Harap maklum
Semoga impian anda menjadi penternak ayam dipermudahkan Allah
Mohd Firdaus Mat SaadPenternak Ayam Daging Sejak 2005Kapasiti Ayam 120,000 SemusimKontraktor Reban AyamKonsultan Ternakan Ayam Daging
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2021/01/reban-ayam-setingkat-konkrit-kapasiti.html