10 000 Jurutera Tempatan Akan Dilatih Di Bawah Program Semikonduktor Arm Amirudin


10,000 Jurutera Tempatan Akan Dilatih Di Bawah Program Semikonduktor Arm – Amirudin
SUBANG JAYA, 28 Julai (Bernama) Seramai 10,000 jurutera tempatan dijangka mendapat latihan dalam bidang semikonduktor melalui program latihan oleh syarikat reka bentuk semikonduktor dari United Kingdom, Arm dalam tempoh 10 tahun, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata inisiatif itu menyasarkan sekitar 1,000 peserta setiap tahun, dengan kumpulan pertama seramai 400 jurutera telah mendaftar.
“Jadi, jika kita melaksanakan sebanyak dua atau tiga kumpulan, kita boleh mencapai sasaran itu setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program latihan Arm On-Demand di sini hari ini.
Program itu merupakan kerjasama strategik dengan Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM) yang bertujuan mempercepatkan hasrat membangunkan cip buatan tempatan dalam tempoh lima hingga 10 tahun, sebagai tindak balas kepada permintaan global yang semakin meningkat untuk kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pusat data.
Kemuncak acara itu ialah majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Arm, ASEM dan 20 universiti di Malaysia yang melambangkan komitmen bersama untuk memajukan pendidikan dan penyelidikan dalam bidang semikonduktor.
Program itu juga menghimpunkan peserta dari lebih 40 universiti dan jurutera yang mewakili lebih 80 syarikat dalam sektor semikonduktor dan teknologi, mencerminkan minat dan komitmen negara yang kukuh terhadap pembangunan bakat dalam reka bentuk cip termaju. Amirudin berkata latihan berkenaan yang menumpukan kepada reka bentuk litar bersepadu (IC) peringkat awal (front-end IC design) telah bermula awal tahun ini dengan kursus IC Design Bahagian 1 di Puchong dan sejak itu telah meletakkan Malaysia sebagai pemain IC peringkat awal yang terkemuka dan mampan dalam industri semikonduktor.
Setakat ini, Amirudin berkata kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan antara RM5 juta hingga RM10 juta setiap tahun bagi memacu rantaian nilai semikonduktor di peringkat awal.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi telah meningkatkan sokongannya daripada RM60 juta kepada RM100 juta, sekali gus menunjukkan keyakinan di peringkat nasional terhadap inisiatif itu dengan jumlah pelaburan dijangka melebihi RM100 juta dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.
Amirudin juga percaya Program Arm On-Demand akan menukar Selangor dan Malaysia daripada bergantung sepenuhnya kepada pelaburan langsung asing untuk ke arah membangunkan kepimpinan yang akan membentuk syarikat pemula niaga yang kemudiannya boleh menjadi syarikat terkemuka Selangor dan Malaysia untuk melabur dan mengeksport ke negara lain. “Kita juga mesti membayangkan sebuah ekosistem teknologi di mana kita tidak hanya mengeksport, tetapi juga mewujudkan ruang dan tempat di mana syarikat Malaysia dapat bergerak naik dalam rantaian nilai ekonomi untuk menggunakan dan menjadi pengguna cip-cip ini.
“Kita mesti bergerak ke arah memiliki harta intelek supaya cip-cip ini bukan hanya dilabel sebagai ‘Dipasang di Selangor’, tetapi ‘Direka di Selangor’, ‘Buatan Malaysia,” kata Amirudin.
Beliau berkata cita-cita itu akan diperincikan dalam Rancangan Selangor Kedua (RS-2) yang akan dilancarkan tahun depan, sambil beliau menyatakan keyakinan bahawa bidang semikonduktor serta kejuruteraan elektrik dan elektronik akan diberi keutamaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 31 Julai.
Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han.
BACA: Thailand, Kemboja Setuju Untuk Gencatan Senjata – PM Anwar
Sumber: BERNAMA
The post 10,000 Jurutera Tempatan Akan Dilatih Di Bawah Program Semikonduktor Arm – Amirudin appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/28/10000-jurutera-tempatan-akan-dilatih-di-bawah-program-semikonduktor-arm-amirudin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Dan Arm Latih 10 000 Jurutera Tempatan Dalam Rekabentuk Cip Semikonduktor

Selangor Dan Arm Latih 10 000 Jurutera Tempatan Dalam Rekabentuk Cip Semikonduktor

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 193 hits
SHAH ALAM 28 Julai 2025 Kerajaan Negeri Selangor melancarkan satu inisiatif besar dalam usaha melonjakkan Malaysia sebagai hab utama reka cip semikonduktor di rantau ini melalui program latihan jurutera bertaraf antarabangsa yang dikenali s...
Lebih 100 000 Rakyat Imarah Program Kedah Berselawat 2 0

Lebih 100 000 Rakyat Imarah Program Kedah Berselawat 2 0

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 136 hits
Lebih 100 000 Rakyat Imarah Program Kedah Berselawat 2 0 ALOR SETAR Lebih 100 000 rakyat Kedah hadir mengimarahkan program kerohanian Kedah Berselawat 2 0 di Stadium Darul Aman semalam Perkara itu dikongsikan oleh Urus Setia Penerangan Daru...
Saya Tak Jangka Malaysia Rupanya Seperti Ini Lelaki Dari As Kongsi Realiti Sebenar Layanan Masyarakat Tempatan

Saya Tak Jangka Malaysia Rupanya Seperti Ini Lelaki Dari As Kongsi Realiti Sebenar Layanan Masyarakat Tempatan

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 195 hits
Seorang lelaki berkulit gelap berasal dari Amerika Syarikat berkongsi pengalamannya ketika melancong ke Malaysia dan akui pada mulanya mempunyai tanggapan yang negatif terhadap negara ini Ujarnya menerusi video di TikTok dia menjangka akan ...
Atlet Tempatan Palestin Maut Akibat Kebuluran Di Gaza

Atlet Tempatan Palestin Maut Akibat Kebuluran Di Gaza

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 145 hits
AgensiSaif Hijazi 13 yang menghidap kekurangan zat makanan serius dan sebahagiannya lumpuh akibat serangan peluru terbaring di atas katil ketika gambarnya dirakam di Hospital al Shifa Gaza baru baru ini Gambar APGAZA Seorang remaja lelaki P...
Rm178 200 Lesap Jurutera Ditipu Pelaburan Saham Dalam Talian

Rm178 200 Lesap Jurutera Ditipu Pelaburan Saham Dalam Talian

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 141 hits
RM178 200 lesap jurutera ditipu pelaburan saham dalam talian Foto hiasan PASIR GUDANG Seorang jurutera kerugian RM178 200 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan melalui aplikasi WhatsA...
Kkm Laksana Bayaran Bippw Bukti Komitmen Hargai Kepakaran Tempatan Dr Dzulkefly

Kkm Laksana Bayaran Bippw Bukti Komitmen Hargai Kepakaran Tempatan Dr Dzulkefly

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 195 hits
Pegawai perubatan yang memulakan tempoh pengalaman kerja diselia selepas tamat latihan kepakaran kini layak menerima Bayaran Insentif Pakar Pra Warta serta merta dengan kadar sama seperti Bayaran Insentif Pakar Menteri Kesihatan Dr
Suspek Tikam Polis Di Jalan Yew Disyaki Bawah Pengaruh Dadah Direman 7 Hari

Suspek Tikam Polis Di Jalan Yew Disyaki Bawah Pengaruh Dadah Direman 7 Hari

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 160 hits
Suspek tikam polis di Jalan Yew disyaki bawah pengaruh dadah direman 7 hari Berita disiarkan BH Online semalam KUALA LUMPUR Lelaki yang menikam seorang anggota polis dalam kejadian di Pasar Pudu Jalan Yew di sini semalam dipercayai bertinda...
Belajar Pandang Ke Bawah Agar Hati Tak Lupa Bersyukur

Belajar Pandang Ke Bawah Agar Hati Tak Lupa Bersyukur

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 163 hits
Dalam hidup ini kita terlalu biasa memandang ke atas Memandang siapa yang lebih kaya siapa yang lebih berjaya siapa yang hidupnya nampak sempurna di mata dunia Tanpa sedar kita mula membandingkan diri Kita rasa kurang Rasa tak cukup Seolah ...
Rm67 Bilion Diperuntukkan Untuk Pendidikan Di Bawah Rmk13

Rm67 Bilion Diperuntukkan Untuk Pendidikan Di Bawah Rmk13

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 112 hits
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM67 bilion kepada sektor pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke 13 menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini Menurut beliau peruntukan besar itu ...
Tajuddin S Merdeka Reflection In A Sea Of Faces I Was Never Apart

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Klia Airspace To Close August 26 31 For Merdeka Malaysia Airlines Retimes Flights Urges Passengers To Arrive Early

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Easy Beef Jerky Ramen Noodles Recipe

Tvet Pilihan Kerjaya Masa Depan Di Promasterskill Academy

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Drama Rumah Tanpa Luka

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly