Really Banjir Meleleh You
Beberapa hari lepas Kjee teringin nak makan cheese cake. Opkos pernah buat sendiri. Tetapi bahan tak ada. Nak keluar beli, malas. Beli untuk buat dan makan sendiri rasa macam tak berbaloi. Semua bahan mahal
Tetapi rezeki Allah swt jarang salah alamat. Tetiba CP, adik angkat Kjee text me. MH (Panggilan manjanya kepada kakak angkat nya ini. Jangan sesapa berani tanya panggilan penuh) nak makan kek? Kjee terkedu seketika. Ibunya CM pernah beritahu CP memang terer baking. Oh rupanya dia nak bagi kek yang kawan dia jual
"Sedap MH. My mom cerewet bab kek ni. Tetapi kali ini dia punyalah suka. Makan sikit-sikit pastu simpan dalam esbok. Takut habis. Terai dan bagitau CP. Esok kita antar."
Esoknya lepas Zohor, CP antar. Tak masuk. Depan Gate aje sebab PKP. UP yang terima. Kjee seperti biasa, lambai-lambai ala Miss Universe dari dalam rumah
Sebaik sahaja kek masuk, Kjee terus capai. Alahai comel-comel jer rupanya dalam packaging yang cute. Siap ada sudu cenonit. Ewah first suap, second suap nak ke third suap teringat abang sebelah. 'Eh you kan diabetic. Makan tu ingat2 lah sikit!' Come on babe. Chek boleh makan lah. Tak manis. Just nice! Really and seriously bukan setakat tak manis giler tapi sedap
Lapisan atas cheese tu compliments the cake. Macam-macam perisa cake ada. Red velvet, choklat, orange ... Hah korang tengoklah kat foto bawah. Dan semua sedap walaupun Kjee hanya dapat rasa 5 jenis aje.
Wah ini sudah bagus. Harga mampu makan. Rm6 aje sebekas. Tapi kalau nak buat sendiri, mau spend tak kurang rm50 tapi dapat rasa satu flavour aje. Hebatlah orang sekarang masa PKP ni. Otak creative buat bisnes camni. Bisnes cake yang boleh buat orang asyik teringat. So kalau korang yang hantu cheese cake macam Kjee, jangan lepas peluang nak menikmati cheese cake ini. Kat foto bawah ni ada nombor nak contact penjualnya. Really meleleh air liur!!
Ohh ada tiga saiz. Ahhh ini sudah bagus. Korang contact aje lah nak tahu harga ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dapurkakjee.com/2021/06/jom-makan-kek.html