Realiti Pembelian Secara Talian Atau Online Betul Ke
Assalamualaikum dan salam sejahtera
REALITI PEMBELIAN SECARA TALIAN ATAU ONLINE . BETUL KE ? Siapa yang macam ni ? Say yes !! Ambil penuh troli tapi tiba masa nak bayar cuma pilih satu or dua item sahaja untuk di bayar .. Opss !!! Perangai macam ni korang jangan pulak terbawa-bawa ke pasaraya yer !! Setiap slot korang terjah ada aje gatal tangan nak dicapai masuk dalam troli bergerak . Sedar tak sedar troli hampir penuh dengan barang-barang . Itulah yang dikatakan nafsu yang tak dapat dikawal bila membeli . Sampai dekat kaunter bayaran baru pulak menyesal ambil barang terlebih hat . Paling sedih bila wang ringgit cukup-cukup untuk beli barang yang kita perlukan . Tak pasal-pasal bayar satu or dua item jer di kaunter bayaran . Longgokkan barang lain tersimpan dalam troli tu, terpaksa la staff pasaraya tersebut susunkan kembali . Malu satu hal , menyusahkan staff-staff disitu satu hal .
Itu situasi di pasaraya . Jangan korang amalkan sikap begitu , lain lah kalau korang buat pembelian melalui talian contohnya di shopee mahupun lazada . Korang boleh "add to cart" seberapa banyak barang yang korang nak . Simpan dalam troli sahaja, kalau korang tak nak proceed "checkout" pun tak mengapa . Tak ada siapa yang nak marahkan korang .
Baca ini juga : Apa yang menarik di Shopee 8.8 ?
CCL pun salah seorang daripada pengguna pembelian online . Sejak MCO ni dah lama rasanya tak keluar jalan-jalan untuk "window shopping" . Sekadar cuci mata. Ada barang yang berkenan di mata barulah beli . Tapi itulah , tak dapat nak keluar untuk "window shopping" . Kita shopping dalam talian pun tak ada masalah . Salah satu laman web rasmi yang CCL sentiasa membuat pembelian of course la pilihan CCL adalah "Shopee"
Pembelian dalam talian melalui Shopee ni merangkumi banyak kategori . Boleh pilih mana yang korang suka dan boleh bandingkan dari segi harga dan juga kualiti barang . Kadang memang menjadi habits, sengaja buka Shopee cuci-cuci mata, salah satu boleh menghilangkan stress jugak la sebab tak dapat keluar pergi shoppingkan . Barang yang berkenan di mata boleh je korang simpan kan dalam troli . Mcm CCL , tengah-tengah scroll mata terpandang pada satu barang . So add to cart je, kalau betul-betul satu keperluan atau betul-betul nak bagi rewards pada diri sendiri tak salah kalau nak beli . Tak semestinya setiap hari korang add to cart korang wajib proceed check out kan .
Baca ini juga : Ramai yang tertanya-tanya kenapa Shopee dah tak ada pilihan kurier penghantaran
Kadang ada juga sesetengah orang bajet pengeluaran duit untuk simpanan, untuk bayar bill itu dan ini , duit keperluan dan duit belanja . Kalau ada duit lebih tak salah untuk membuat pembelian dalam talian . Sesetengah orang juga berminat pada satu-satu barang kemudian add to cart, tunggu kalau-kalau barang-barang tersebut ada diskaun sikit ke kan . Jimat dah di situ .
Korang jangan terkejut troli shopee CCL penuh dengan 400 lebih barang . Terdiam dalam troli tu haa . Agak-agak kalau CCL checkout sekali gus mau beribu jugak duit melayang kan .
Korang macam mana pulak . Troli shopee berlambak-lambak tak tu .hehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2021/08/realiti-pembelian-secara-talian-atau.html