Realiti Bila Ada Anak Kecil


Sepanjang tempoh perkahwinan dah masuk 11 tahun ni, alhamdulillah Allah murahkan kami suami isteri dengan rezeki anak. Berderet pulak tu sampai dah 5 orang. Produktif sungguh. Hahaha. Bukan takde yang mengata kat belakang 'buat anak je kerjanya' kat aku ni ha. Maklum le surirumah kan mostly skeptical katanya takde kerja asyik mengangkang je. 🙄
Tapi ada aku kesahhhhh? Memang tak la. Hahaha. Lantak korang la nak kata apa pun. Sendiri yang nak topup tabung dosa. Sikit pun tak jejas hidup aku. Lagipun kami tak pernah susahkan sesiapa pun sampai nak mengemis mintak duit cukupkan makan pakai anak-anak.


Tak Merancang Ke?Kita merancang macam mana pun, kalau Allah nak bagi rezeki, takkan la kita nak menolak. Wajib terima seadanya dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersyukur. Ramai pasangan yang teringin sangat nak anak, tapi Allah hold dulu rezeki depa. Semuanya ada hikmah.
Aku sendiri pun bukan takda usaha merancang. Mesti la ada untuk jaga kesihatan badan dan juga mental aku ni ha. Untuk yang sulung memang tak rancang dan unexpected. Bunting pelamin orang cakap. Tak sempat honeymoon pun. Masa kenduri belah lelaki rupanya dah ada penghuni dalam rahim aku.
Rezeki anak yang dapat selepas yang sulung pun ada yang unexpected, ada yang memang dah bersedia. Yang kedua dan ketiga, unexpected sebab aku ambil perancang. Yang keempat dan kelima memang aku dah bersedia. Tapi itulah, memang aku rancang nak 5 anak sebelum umur 40 tahun. Allah bagi ngam-ngam 10 tahun kahwin dapat 5 anak. Alhamdulillah.
Kalau tanya bab perancang, macam-macam kaedah dah aku ambil. Makan pil perancang, cucuk depo, dan juga kondom. Implan dengan IUCD je aku takmau. Takut!
Aku kan sebenarnya bersyukur je sebab Allah bagi aku rezeki rahim yang kuat dan subur. Mungkin sebab tu rezeki dapat anak Allah permudahkan. Siapa aku nak menolak pemberian Dia? Allah beri bukan saja-saja dan kosong. Semua anak yang dikurniakan datang sekali dengan pakej amanah dan tanggungjawab yang kami suami isteri kena pikul bersama sepanjang hayat. Siap dapat yang istimewa sekali Allah bagi. Alhamdulillah.


Cenggini la situasi aku dengan 5 ketul anak bertuah tu. Abang Adan (Jun 2014), Si Encem Iman (Feb 2016), Cik Merah (Dis 2017), budak Ali (Jun 2021), budak Umar (Feb 2023)


Cabaran Dan Dugaan Bila Ada Anak KecilBila dapat anak kecil, memang akan ada cabaran dan dugaan yang kita kena hadap. Takde nya boleh nak santai-santai ye. Semuanya bermula masa dalam kandungan lagi sebenarnya tau. Tapi bila dah dilahirkan, bertambah la cabarannya. Ingat senang ke nak handle seketul baby? 
Sebab itu la kena ada teamwork antara suami isteri. Tak boleh serah semuanya kat isteri je. Suami bila dah jadi bapak, kena belajar handle anak juga. Itu benih dari hang kot. Si isteri tu pun sama macam hang tau. Dah kahwin baru nak adapt handle anak sendiri. Sama-sama kena belajar urus anak kecil okay. 
Ini antara tugas dan tanggungjawab bersama suami isteri bila ada anak kecil :1. Mandikan, basuh berak, siapkan pakai baju. Takde alasan geli sebab lembik atau takut nak pegang nanti tulang patah. Baby memang la kecik dan lembik. Tapi kena belajar sentuh dan pegang anak tu untuk diuruskan
2. Siapkan susu (bancuh susu formula @ panaskan susu badan yang diperah). Suami tak boleh mengelak bab ni ye. Kena bantu isteri. Belajar
3. Bergilir tidurkan @ pujuk anak yang menangis atau meragam

Aku bagi satu contoh situasi yang kebiasaannya ibu ayah kena hadap bila ada anak yang masih kecil. Anak bangun mengamuk pukul 3 pagi. Meragam sebab nak menyusu tapi tak boleh akibat hidung tersumbat. Haaa, ini pun dah mencabar kewibawaan tau.
Kalau suami tak bantu pujuk anak, ingat isteri tu tak stress ke kena hadap sorang-sorang? Jadi tolonglah bergilir ye.
Inilah yang dinamakan kerjasama suami isteri sama-sama jaga anak. Hadap karenah anak bersama. Sama-sama tak cukup tidur. Nanti reward diri sama-sama juga atas penat lelah handle anak tu.
Andaikata dalam situasi PJJ (perkahwinan jarak jauh) atas sebab tuntutan kerja dan anak dalam jagaan isteri sepenuhnya, macam mana pulak kisahnya? Haaa, yang ni paling suami kena bertanggungjawab dan main peranan sebaiknya.
Kena pastikan setiap hari keep in touch bertanya khabar si isteri. Bila isteri mengadu keletihan yang dia rasa, jadilah pendengar yang baik. Comfort hati isteri dengan kata-kata semangat yang menenangkan. Bila dapat peluang balik, bantu isteri pulak jaga anak bagi isteri reward dengan rehat sekejap. As simple as that. 
Begitulah give and take dalam apa jua situasi dalam rumahtangga. Terutama sekali bab jaga anak.


Encik CH yang mamai datang jadi penyelamat tolong pujuk budak Ali mengamuk pada jam 3 pagi sebab marah hidungnya tersumbat tak boleh nak menyusu. Kenangan betul. Masa ni budak Ali setahun lebih kot umurnya.


Tanggungjawab Siapa Sebenarnya Untuk Uruskan Anak?Dah tentulah tanggungjawab bersama. Mana boleh salah sorang. Anak tu tak wujud kalau takde buat hubungan intim. Dah 'bercinta' tanpa protection, Allah izin maka berlaku la persenyawaan dan wujud la anak tu. Jadi, bila anak dah lahir kena la sama-sama uruskan anak

Tapi itulah. Dari dulu memang ada je spesis suami yang lepas tangan bab pengurusan anak. Semua hempuk kat isteri. Sebab itu ramai isteri yang burn out. Bila ada isteri yang meluah rasa tekanan secara public contohnya macam kat slot luahan radio, dihentam pulak kata penting diri tak layak jadi ibu. Masalahnya suami yang ignore dia. Tak pernah pun ambil peduli. Dia meluah la kat lain melepaskan tekanan yang ditanggung. Hantu betul suami yang takde hati perut cemni. Bila ada yang 'tegur' sikap tagune depa tu, pandai pulak nak naik darah. 🙄
Kenyataannya kalau dapat suami jenis tak membantu handle anak, memang boleh gila dan burn out teruk. Macam kebanyakan yang isteri-isteri kat luar sana alami. Kesian depa. Ada suami tapi tak function sebagai ayah pada anak-anak. Semua serah kat isteri. Tapi itulah ujian kehidupan yang terpaksa sesetengah isteri kena hadap. Semoga Allah sentiasa bagi depa kekuatan.
Rezeki aku, Allah tanam rasa tanggungjawab dalam diri encik CH untuk dia jaga amanah dan rezeki anak sebaiknya. Alhamdulillah. Mahal sangat rezeki ni. Aku memang tak mewah harta dunia dari suami. Tapi dikurniakan kemewahan dari segi lain. Suami yang 'kaya' dengan rasa tanggungjawab. Itu pun dah cukup membahagiakan aku. Aku rasa sebab tu agaknya aku happy nak beranak berderet. Hahaha.
Memang encik CH yang banyak handle anak sebenarnya sejak dari lahir. Tugas aku cuma susukan masa depa kecik sampai umur 2 tahun atau lebih,  masakkan makanan, uruskan pakaian, bagi kasih sayang. Yang lain-lain memang semua encik CH yang uruskan sejak kami dah tak PJJ lepas 6 bulan si Encem Iman (anak kedua) lahir. Eh? Bila tulis macam ni baru aku nampak besarnya pengorbanan encik CH. Huhu. Tenkiu abang!


Anak-anak kena bonding dengan ayah untuk develop EQ jadi lebih baik.


Persediaan Jadi Ibu AyahBila kita dah ambil keputusan untuk berkahwin, memang akan termasuk 'pakej' jadi ibu ayah selain suami isteri. 
Yang lelaki sebelum nak kahwin, prepare diri untuk jadi suami dan ayah yang bertanggungjawab. Besar amanah yang orang lelaki kena pikul sebenarnya tau. Bukan setakat bagi nafkah zahir dan batin je okay?
Untuk perempuan pulak, kena belajar kawal emosi dengan baik sebab memang itu kelemahan kita yang paling besar. Bila dah kahwin memang akan banyak episod yang menduga emosi kita dari segala aspek.
Sebenarnya kan, aku dan encik CH pun pernah je buat silap. Jadi, kami sama-sama belajar dari kesilapan yang pernah berlaku masa mula-mula dapat pangkat mak ayah waktu hidup PJJ di awal perkahwinan. Anak sulung lah yang terpaksa berkorban jadi objek 'eksperimen' kami masa tu. Kesian dia kan? Huhu.
Pendek kata, kita memang kena bersedia. It's a long journey. Banyak yang kita kena belajar setiap masa sepanjang perkahwinan dan perbaiki yang mana compang-camping.
Perjalanan aku dan encik CH pun jauh lagi dan pasti banyak liku yang akan kena hadap tanpa henti. But we have to learn no matter what happen. Gituhhh. Walaupun grammar ke laut kita hentam je selit-selit ayat omputih dalam karangan. Baru nampak bijak. 😆
Hakikatnya kita takkan pernah sempurna tapi kita boleh belajar saling melengkapi kekurangan masing-masing. Semoga Allah selalu bantu kita dalam urusan anak-anak. Tanpa bantuan Dia kita takkan mampu nak hadapi semua cabaran dan dugaan dalam menggalas tanggungjawab sebagai ibu ayah.


Bisik-bisik :: Anak-anak salah satu jalan untuk kita topup tabung pahala buat bekalan di akhirat nanti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2024/11/realiti-bila-ada-anak-kecil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Dampak Positif Menulis Bagi Anak Usia Dini Sd Smp Sma Dan Mahasiswa

5 Dampak Positif Menulis Bagi Anak Usia Dini Sd Smp Sma Dan Mahasiswa

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 68 hits
BloggerBorneo com Mengasah keterampilan menulis sejak usia dini memberikan banyak manfaat positif bagi perkembangan anak baik secara intelektual maupun emosional Di setiap jenjang pendidikan dari anak usia dini hingga perguruan tinggi menul...
Demi Suami Baharu Tergamak Tinggal Lima Anak

Demi Suami Baharu Tergamak Tinggal Lima Anak

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 126 hits
Mary Victoria Dassam hmetro com myMARINA Ibrahim mengunjungi kanak kanak yang menjadi mangsa pengabaian ibu bapa di Skudai di sini Johor Bahru Ibu berusia 30 an tergamak menjadikan rumah ibu bapanya sebagai tempat untuk membuang lima anakny...
Shuib Bawa Anak Anak Tunai Umrah Mohon Maaf Jika Ada Khilaf

Shuib Bawa Anak Anak Tunai Umrah Mohon Maaf Jika Ada Khilaf

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 87 hits
Usahawan dan pelawak sensasi Shuib Sepahtu mendedahkan sudah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah bersama isteri dan anak anaknya Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib di Insta Storynya bapa kepada empat cahaya mata ini ju...
Anak Lima Tahun Asyik Buat Sepah Mama Jangan Stress Itu Fasa Anak Membesar

Anak Lima Tahun Asyik Buat Sepah Mama Jangan Stress Itu Fasa Anak Membesar

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 105 hits
Anak sepahkan rumah kita jadi stress walhal itulah dunia anak bermain Ingatkan masa masa anak bermain ini hanya sementara sahaja dan ia perkara normal bagi anak lima tahun dan ke bawah Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan Pn Wawa Shauqi ...
Lelaki Warga Asing Cuba Culik Kanak Kanak Di Rawang Dipercayai Rindukan Anak

Lelaki Warga Asing Cuba Culik Kanak Kanak Di Rawang Dipercayai Rindukan Anak

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 126 hits
KUALA LUMPUR 28 Okt Seorang lelaki warga Nepal yang cuba menculik seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun di Rawang pada Selasa lepas dipercayai berbuat demikian kerana terlalu merindui anaknya Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd...
Kacak Sungguh Qalif Khan Anak Lelaki Linda Jasmine Copy Paste Wajah Ibunya

Kacak Sungguh Qalif Khan Anak Lelaki Linda Jasmine Copy Paste Wajah Ibunya

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 120 hits
Kacak Sungguh Qalif Khan anak lelaki Linda Jasmine copy paste wajah ibunya Berusia 24 tahun wajah kacak Qalif mencuri perhatian ramai Kacak Sungguh Qalif Khan Anak Lelaki Linda Jasmine Copy Paste Wajah Ibunya Qalif Khan merupakan anak hasil...
Seorang Bapa Membonceng Skuter Dibawa Oleh Anak Perempuan Bawah Umur Tanpa Topi Keledar Mendapat Kecaman

Seorang Bapa Membonceng Skuter Dibawa Oleh Anak Perempuan Bawah Umur Tanpa Topi Keledar Mendapat Kecaman

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 193 hits
Budak bawa skuter bapa boncengKOSMOTangkap layar menunjukkan gadis itu menunggang skuter di tengah jalan sambil dibonceng oleh bapanya InstagramNEW DELHI Perbuatan seorang bapa di India membenarkan anak perempuannya menunggang skuter di jal...
Leeyana Rahman Bakal Timang Anak Perempuan Reda Tak Ada Rezeki Geng Boy

Leeyana Rahman Bakal Timang Anak Perempuan Reda Tak Ada Rezeki Geng Boy

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 159 hits
Tahniah diucapkan buat pemilik jenama Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman dan suami Muhammad Hafiz Abdul Hamid yang bakal menimang seorang lagi cahaya mata perempuan dalam hidup mereka Ibu dua cahaya mata yang mesra di sapa Yana ini mengi...
10 Tips Mengatur Keuangan Untuk Anak Muda Yang Hobi Belanja Tetap Hemat

10 Tips Mengatur Keuangan Untuk Anak Muda Yang Hobi Belanja Tetap Hemat

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 192 hits
BloggerBorneo com Siapa di sini yang suka belanja online atau sering ngeluarin uang buat barang barang yang keliatan lucu dan menarik di media sosial Bagi sebagian anak muda terutama Generasi Z belanja sudah jadi hobi atau bahkan bentuk pel...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi