Razlan Yakin Hafizh Kekal Bersaing Kejuaraan Dunia


Agak mengecewakan apabila mendapat berita KTM Tech3 telah menawarkan kontrak kepada Brad Binder untuk berlumba mewakili kumpulan KTM Tech3 pada tahun 2020.
Ini bermakna pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin disingkirkan daripada pasukan KTM Tech3.
Tahun ini tahun yang malang buat Hafizh Syahrin setelah beralih daripada motosikal Yamaha kepada motosikal KTM. Bukan dia sahaja, malahan Johann Zarco pun tak beraksi baik setelah bertukar motosikal. Dikatakan motosikal KTM ni tidak mesra penunggang sebagaimana motosikal Yamaha. Salah satu kelemahannya adalah susah ambil selekoh.
Selain itu rekaan tempat duduknya juga dikatakan punca penunggang sukar mengawal motosikal KTM, terutama pelumba bertubuh kecil dari Asia.
Apa-apa pun bos Hafizh Syahrin lebih tahu apa yang terbaik untuk pasukannya. Malangnya dia tak mahu beri peluang lagi kepada Hafizh Syahrin. Tedi harap pasukan mereka akan kalah selepas ini!
 
KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah masih mempunyai ruang untuk beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia biarpun tempatnya bersama pasukan yang beraksi dalam kelas MotoGP, Red Bull KTM Tech3 diambil pelumba Afrika Selatan, Brad Binder untuk musim 2020.
Pengumuman dibuat pasukan malam tadi, mengejutkan peminat sukan permotoran negara tatkala Hafizh yang masih berbaki 10 pusingan musim ini dikatakan akan kembali turun beraksi dalam kelas pertengahan, Moto2.
Begitupun, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali yang menjadi tunjang kepada penyertaan Hafizh dalam kelas perdana itu berharap peminat sukan dua roda tanah air supaya kekal tenang di saat beliau yakin pelumba pertama Asia Tenggara dalam kelas MotoGP itu akan kekal beraksi di pentas kejuaraan dunia.
"Dalam musim panas ini, ia adalah satu tempoh yang menyaksikan adanya pelumba masuk dan keluar daripada pasukan untuk 2020 dan saya yakin Hafizh akan kekal dalam Kejuaraan Motosikal Dunia tetapi sama ada dia kekal dalam kelas perdana, itu mungkin tampak sukar kerana buat masa ini tiada tempat kosong.
"Bagaimanapun, masih ada beberapa peluang dan tawaran untuk Hafizh ke Moto2. Saya pasti Hafizh akan membuat keputusan tepat berdasarkan keadaan ketika ini dan kami di SIC akan melakukan yang terbaik untuk membantunya," kata Razlan.
Hafizh mula melangkah ke kelas perdana MotoGP pada 2018, menyertai pasukan Tech3 yang ketika itu menggunakan motosikal Yamaha YZR M1 dan menamatkan saingan musim di tangga ke-16 dengan 46 mata keseluruhan. Bagaimanapun selepas pasukan mengambil keputusan bekerjasama dengan pengeluar KTM bermula musim ini, Hafizh tampak bergelut dengan jentera KTM RC16 di saat pasukan dan dirinya masih dalam proses 'mengenali' motosikal dari Austria itu.
Oleh Sukhairi Thani | 11 Julai 2019


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2019/07/razlan-yakin-hafizh-kekal-bersaing.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yakin Ada Khasiat Ladang Biak 6 Billion Ekor Lipas Antara Terbesar Dunia

Yakin Ada Khasiat Ladang Biak 6 Billion Ekor Lipas Antara Terbesar Dunia

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 317 hits
Lipas merupakan serangga yang sering ditakuti oleh kebanyakan manusia Ketakutan yang dialami bukanlah kerana serangga itu berbahaya namun disebabkan rasa geli terhadapnya Namun begitu disebalik kebencian rata rata orang terhadap serangga it...
Golkar Tak Yakin Sandiaga Uno Akan Rehat Dari Dunia Politik

Golkar Tak Yakin Sandiaga Uno Akan Rehat Dari Dunia Politik

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 207 hits
Menurutnya bisa saja Sandi masih mengikuti kegiatan di Partai Gerindra Kata Ace dalam situasi tertentu bisa saja Sandiaga ikut terlibat lagi
Malaysia Ungguli Penjagaan Kesihatan Terbaik Di Seluruh Dunia

Malaysia Ungguli Penjagaan Kesihatan Terbaik Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 385 hits
Malaysia sekali lagi mengukir nama dipersada dunia setelah menduduki tempat pertama dalam penjagaan kesihatan terbaik di dunia dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dan juga mempunyai infrastruktur canggih Rekod ini dapat d...
Terkorbannya Seorang Ibu Mangsa Pertama Meninggal Dunia Akibat Kes Pencemaran Pasir Gudang

Terkorbannya Seorang Ibu Mangsa Pertama Meninggal Dunia Akibat Kes Pencemaran Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 394 hits
Baru baru ini insiden pencemaran udara di Pasir Gudang telah menyaksikan ratusan pelajar dan guru daripada beberapa buah sekolah mengalami sesak nafas dan diberikan rawatan Isu pencemaran tersebut bukan sahaja menjejaskan warga sekolah mala...
Jangan Lalai Ibadah Saat Nikmat Dunia Menumpuk Ini Akibatnya

Jangan Lalai Ibadah Saat Nikmat Dunia Menumpuk Ini Akibatnya

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 286 hits
Bentuk syukur seorang muslim saat mendapatkan nikmat dunia bermacam macam Ada yang merasa cukup dengan mengucapkan hamdalah ada juga yang langsung tergerak hatinya untuk berbagi kepada lainnya dan ada juga yang berkomitmen untuk menambah ja...
Bayi Tercekik Roti Meninggal Dunia Selepas 4 Hari Menerima Rawatan

Bayi Tercekik Roti Meninggal Dunia Selepas 4 Hari Menerima Rawatan

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 305 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia dua tahun yang dilaporkan koma selepas tercekik roti di rumah pengasuhnya pada 1 Julai lalu telah meninggal dunia Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata pihaknya menerima lap...
Fakta Fakta Seputar Gunung Piramid Bondowoso Lokasi Pendaki Thoriq Ditemukan Meninggal Dunia

Fakta Fakta Seputar Gunung Piramid Bondowoso Lokasi Pendaki Thoriq Ditemukan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 419 hits
Kabar terbaru hari ini datang dari pencarian pendaki yang hilang di Gunung Piramid Thoriq Rizki Maulidan Thoriq Rizki Maulidan adalah remaja pendaki yang hilang di Gunung Piramid Kabupaten Bondowoso Jawa Timur Setelah melakukan pencarian se...
Lirik Lagu Sahabat Dunia Akhirat Nada

Lirik Lagu Sahabat Dunia Akhirat Nada

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 1390 hits
Kumpulan nasyid Nada muncul dengan lagu Sahabat Dunia Akhirat Anggota kumpulannnya terdiri daripada Nik Muhammad Zaim Ammar Mukhlis Solihin dan Ku Muhammad Firdaus Lirik lagu Sahabat Dunia Akhirat NADA Sahabat Terkenangku masa lalu Kau slal...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Our Soft Offer

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord

Lyla Kamu Cantik Kamu Baik Chord

Isuzu Is Set To Build New Facility In The United States For 280 Million

Awal Kisah Cinta Angga Yunanda Shenina Cinnamon Terungkap Dekat Sejak Proyek Film Penyalin Cahaya

Resepi Terung Balado Untuk Berbuka Puasa Ramadhan Nanti