Rayer Kecoh Bila Azeez Masuk Dewan Rakyat Tanpa Pelitup Muka


Muhammad Azizul Osman Ahli Parlimen Jelutong, R. Sanisvara Nethaji Rayer bercakap kepada media ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
KUALA LUMPUR – Tidak habis dengan isu penjualan aset Tabung Haji, Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mendakwa Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim memasuki Dewan Rakyat tanpa memakai pelitup muka.

Rayer berkata, Azeez sebelum itu berada di perkarangan Mahkamah Jalan Duta bagi mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam keputusan mahkamah bagi pertuduhan penyewelengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

“Berkenaan isu Covid-19 dan SOP ahli-ahli yang hadir dalam dewan. Menteri (Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob) pun ada sini.

“Pagi tadi ada ahli Parlimen telah hadir di perkarangan mahkamah tanpa memakai penutup muka dan gambar itu telah tular di media sosial. Antaranya Ahli Parlimen Baling,” kata Rayer yang bangun memberitahu Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azeez bingkas bangun dan menyangkal dakwaan itu dengan berkata; “Saya pakai mask. Jangan nak menipu.”

Kemudian Rayer berkata dia mahu tanya sama ada SOP telah dipatuhi kepada mereka yang mengiringi Najib di mahkamah hari ini.

Azalina selepas itu berkata, Dewan Rakyat sedang mendengar perbahasan dan seperti enggan melayan perkara itu.

Justeru itu, Rayer mendakwa, tindakan itu berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan ahli-ahli Parlimen yang hadir di Dewan Rakyat hari ini.

“Ahli Parlimen Baling telah hadir tanpa memakai mask dan dia ada di sini. Ini penting demi kesihatan kita,” katanya.

Azalina pula beralasan perkara yang dibangkitkan Rayer tidak ada dalam Peraturan Mesyuarat dan menggesa agar satu peraturan mesyuarat dibangkitkan Rayer.

“Saya tidak dapat beri panduan sekarang sebab beritanya tentang Peraturan Mesyuarat. Saya nak tanya peraturan yang mana?” soal Azalina.

Rayer pula terus mempersoalkan tindakan Azeez yang memasuki Dewan Rakyat tanpa memakai pelitup muka.

“Ia peraturan berkenaan wabak Covid-19 dan nasihat SOP yang telah diberikan menteri. Ini bukan sahaja mengikut peraturan SOP tapi keselamatan terhadap semua ahli dewan. Kalau kita hadir diluar,” kata Rayer.

“Tidak ada dalam peraturan,” jawab Azalina.

Perkara itu berlangsung selama 15 minit sehinggalah Azalina menasihati Rayer berurusan dengan pihak pengurusan Parlimen tentang perkara itu.

“Kalau nak rujuk kepada kedudukan, itu buat oleh Speaker. Kalau mengenai sesiapa yang masuk keluar dewan, yang menjaga adalah bentara dan pengawal keselamatan di luar dewan. Itu tertakluk kepada Ketua Pengarah Parlimen di luar dewan.

“Kalau ada isu tentang sesiapa yang berada tidak sesuai, sila bawa ke Ketua Pengarah Parlimen,” nasihat Azalina kepada Rayer.

“Saya risau akan keselamatan speaker sendiri,” jawab Rayer.

Azalina seterusnya mengucapkan terima kasih dan mengarahkan pembahas seterusnya mengambil tempat.

“Terima kasih. Sila bawa ke Ketua Pengarah di luar. Sila duduk,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/rayer-kecoh-bila-azeez-masuk-dewan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelitup Muka Wajib Dipakai Di Bangunan Dewan Perwakilan As

Pelitup Muka Wajib Dipakai Di Bangunan Dewan Perwakilan As

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 270 hits
Pelitup muka wajib dipakai di bangunan dewan perwakilan AS Dikemas kini 3 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Jul 2020 4 00PM
Tidak Pakai Pelitup Muka Wanita Mengamuk Dihalang Masuk Ikea Video

Tidak Pakai Pelitup Muka Wanita Mengamuk Dihalang Masuk Ikea Video

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 417 hits
KUALA LUMPUR 17 Julai Walaupun kes Covid 19 di Malaysia berkurangan dan Perintah Kawalan Pergerakan semakin longgar namun orang ramai masih perlu memastikan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka di tempat awam Namun sebaliknya berlaku ...
Tak Pakai Pelitup Muka Rakyat Keliru Denda Tetap Kena

Tak Pakai Pelitup Muka Rakyat Keliru Denda Tetap Kena

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 342 hits
Kredit Wan Zamzahidi Wan Zahid Semalam 1 Ogos 2020 penguatkuasaan pemakaian pelitup muka telah bermula dan sebilangan rakyat Malaysia telah dihukum dengan denda RM1000 seorang atas sebab tidak memakai pelitup muka Menjadi banyak persoalan d...
Beri Pelitup Muka Percuma Pelik Ini Reaksi Rakyat Amerika Bila Ditawarkan Percuma Bahkan Mengejutkan Ini Yang Terjadi

Beri Pelitup Muka Percuma Pelik Ini Reaksi Rakyat Amerika Bila Ditawarkan Percuma Bahkan Mengejutkan Ini Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 266 hits
Umum pasti mengetahui Amerika Syarikat merupakan negara yang paling terjejas teruk susulan penularan pandemik COVID 19 yang mana semalam mencatatkan 68 428 kes jangkitan baharu dicatatkan dalam 24 jam
Aku Sepak Kang Dihalang Masuk Gedung Perabot Tanpa Pelitup Muka Gadis Tantrum M4ki Pengawal Keselamatan

Aku Sepak Kang Dihalang Masuk Gedung Perabot Tanpa Pelitup Muka Gadis Tantrum M4ki Pengawal Keselamatan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 328 hits
Aks1 seorang gadis meng4muk di hadapan pintu masuk sebuah gedung perabot popular mencvri perhatian netizen Menerusi sepotong video yang ditularkan di Twitter dan Facebook seorang gadis berpakaian dres merah jambu paras paha did kwa mem4ki h...
Pemakaian Pelitup Muka 29 Individu Dikompaun Rm1 000 Dalam Masa 24 Jam Di Johor

Pemakaian Pelitup Muka 29 Individu Dikompaun Rm1 000 Dalam Masa 24 Jam Di Johor

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 289 hits
JOHOR BAHRU 2 Ogos Seramai 29 individu telah dikenakan kompaun RM1 000 atas kesalahan tidak memakai topeng pelitup muka di Johor Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata statistik yang dikeluarkan itu adalah berdasarkan peman...
Gagal Pakai Pelitup Muka 26 Dikompaun Di Johor

Gagal Pakai Pelitup Muka 26 Dikompaun Di Johor

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 316 hits
Keputusan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam bermula hari ini diumumkan oleh Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob pada 23 Julai lepas JOHOR BAHRU 26 kompaun dikeluarkan terhadap orang awam di Kota Tinggi kerana gagal memakai peli...
Pelantikan Ahli Politik Di 17 Syarikat Sejak Mac Dewan Rakyat Diberitahu

Pelantikan Ahli Politik Di 17 Syarikat Sejak Mac Dewan Rakyat Diberitahu

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 325 hits
Kementerian Kewangan berkata pelantikan ahli politik itu dibuat ke atas 17 buah syarikat berkaitan kerajaan KUALA LUMPUR Ahli politik dilantik untuk 17 buah syarikat milik Kementerian Kewangan berdasarkan kemampuan dan kepakaran mereka Dewa...
Awas Sibutramine Dalam Ubat Kurus Boleh Membunuh

Penemuan Tunggul Kayu Bawah Tanah Lombong Arang Batu

Terengganu 26 Ditahan Lombong Emas Dan Mineral Secara Haram Rampasan Cecah Rm2 11 Juta

456 200 5 000 Hongkong456 Pgslot Top 2 By Lino Hongkong456 Co 8 Feb 2568

Himpunan Doa Pilihan Sebelum Berbuka Puasa

The Morphing Of Sapura Energy S Rm1 1b Lifeline Extension Into Madani Style Strategic Investment

Pengertian Simpati Dan Empati

Menu Berbuka Resepi Ayam Kukus Sambal Embe


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Is The Law And Order System Waning

Blood Moon Rising Total Lunar Eclipse Tonight

Shipowners File Police Report After Vehicles Stolen From Storage Facility

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb

Lewat Hari Ni

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025