Rayer Kalau Berani Mari Berdebat Isu Jasa Mic


Kasthuri Jeevendran
Sivarrajh dan Rayer.
KUALA LUMPUR – Datuk Sivarraajh Chandran mencabar Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berdebat mengenai jasa dan sumbangan parti MIC selama lebih 60 tahun di negara ini di luar Dewan Rakyat.

Sivarraajh yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands mendakwa Rayer sebelum ini licik dan hanya berani berdebat di Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan belanjawan yang hanya mempunyai masa kurang daripada 20 minit sahaja untuk berbahas.

Ketika ditemui MalaysiaGazette, Sivarraajh menyatakan kesanggupan untuk berdebat dengan Rayer berdasarkan fakta kukuh berhubung jasa serta sumbangan MIC kepada masyarakat India selama parti terbesar India bertapak di Malaysia.

“Saya tiada masalah, kita ada fakta. Kita ada bukti tentang sumbangan, jasa, pengorbanan serta pembelaan yang kita lakukan untuk kaum India di negara ini, kita ada living examples. Parti ini berteraskan perjuangan untuk masyarakat India selama ini. Mari berdebat.

“Apa yang telah dilakukan oleh mereka yang banyak ‘bunyi’ ini selama ini? Anda hanya membangkang dan melakukan provokasi selama ini. Kini kerajaan dalam tangan anda, apakah logik akal untuk terus menjadi pembangkang dan menuding jari?

“Ini adalah masa keemasan anda untuk lakukan apa yang tidak mustahil yang selama ini anda laungkan itu. Biar kami pula menjadi ‘semak dan imbang’ untuk anda. Cukuplah buat gangguan serta provokasi, cukup-cukuplah tuding jari. Pergi bekerja sekarang,” tegas Sivarraajh.

Dalam pada itu, Naib Presiden MIC itu juga lantang menyoal apakah yang telah terjadi dengan setiap janji untuk kaum India yang telah banyak mengundi kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 lepas.

“Dulu sebelum PRU-14, dalam manifesto janji akan bina Sekolah Menengah Tamil yang pertama, apa sudah jadi? Realitinya program pra sekolah sedia ada di sekolah-sekolah Tamil tiada peruntukan spesifik.

“Barisan Nasional (BN) pada Belanjawan 2018 telah beri peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bina 50 pra sekolah di sekolah-sekolah Tamil. Tidak cukup dengan itu, SEDIC juga telah beri peruntukan khas bagi tujuan pembelian perabot dan kelengakapan lain.

“Berkali-kali saya tanya sebelum ini, apakah yang sudah jadi dengan Malaysian Indian Blue Print, setiap kali tanya jawapan hanya retorik tidak berkesudahan. Saya tanya rancangan, dia jawab tentang hendak audit akuan.  Kuota pengambilan tujuh peratus ke universiti awam dan perkhidmatan awam entah ke mana.

“Dalam media terutamanya akhbar Tamil, muka depan kononnya kerajaan peruntuk RM4 bilion untuk tempoh 10 tahun akan datang, ini bermakna RM400 juta setiap tahun. Jadi mengapa tahun ini hanya RM150 juta sahaja? Apa jadi kepada bakinya? Ini adalah jumlah sangat rendah berbanding kerajaan BN,” tegasnya.

Sivarraajh memberitahu, sejak enam tahun lepas, BN melalui SEED telah membantu 28,215 usahawan India mendapatkan bantuan modal dan pinjaman berjumlah RM1.176 bilion.

“Sebanyak 70 peratus atau 26,825 orang dari jumlah tersebut adalah usahawan kecil yang mendapat RM347.5 juta manakala 30 peratus lagi adalah usahawan industri kecil dan sederhana yang menerima pinjaman berjumlah RM828.9 juta. Seramai 3,500 usahawan India juga menerima manfaat program latihan SEED.

“Seluruh kepimpinan PH menjaja cerita kononnya kerajaan BN mengabaikan masyarakat India, hakikatnya siapa yang abai siapa? Kini kuasa sudah sampai kepada anda, mengapa kini semuanya hanya retorik dan mustahil untuk dilakukan?

“Jangan terus ingat anda boleh jadi pembangkang dan hanya bercerita retorik untuk menang serta racuni pemikiran rakyat, anda kini adalah kerajaan yang mempunyai semuanya untuk lakukan apa yang anda kata tidak mustahil sebelum ini.

“Melalui belanjawan ini sahaja kita sudah nampak siapa sebenarnya yang menzalimi siapa? Siapa yang abaikan masyarakat India yang sebenarnya telah memberi anda kemenangan besar pada PRU lepas, kami bukan komuniti yang hanya sekadar memberikan anda undi semata-mata setiap kali menjelangnya PRU,” tegasnya.

Kelmarin, Sivarraajh ketika berbahas mengenai Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat telahn mempertikaikan kerajaan PH yang gagal menunaikan janji terhadap kaum India telah ‘diganggu’ oleh Rayer beberapa kali.

Sivarraajh beberapa mengulangi persoalan mengapa PH begitu berbangga mempunyai empat menteri dalam kalangan masyarakat India namun hal ehwal komuniti kaum itu seolah-olah terbiar daripada segi kebajikan serta peruntukan ekonomi.

Namun demikian, ketika sedang berbahas, beberapa kali Rayer yang juga merupakan bangkit menyoal yang telah ‘dilakukan’ oleh MIC dalam menjaga hal orang India selama ini.

“Saya mahu YB menjawab, apa yang telah dilakukan oleh MIC selama ini? Selama 60 tahun apa yang anda dalam MIC telah lakukan untuk membela masyarakat India?” soal Rayer.

Sivarraajh hanya meminta Rayer untuk tidak mengganggunya membahaskan belanjawan  kerana kesuntukan masa.

Namun demikian, Rayer berkali-kali bangkit dan bertanyakan soalan-soalan yang dianggap menggangu termasuk isu skandal 1MDB, MIC dan kepimpinan yang lepas.

Tindakan Rayer juga mendapat tentangan dalam kalangan wakil pembangkang sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad yang mengajak Rayer keluar dewan untuk minum kopi.

“Saya rasa Yang Berhormat Jelutong (Rayer) perlukan kopi. Jom, saya belanja. Kita minum di luar. Biar mereka terus sesi perbahasan,” selorohnya.- MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/rayer-kalau-berani-mari-berdebat-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Bukan Isu Parti Politik Tetapi Mempertahankan Islam Dan Melayu

Video Bukan Isu Parti Politik Tetapi Mempertahankan Islam Dan Melayu

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 488 hits
Walaupun termaktub dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi kita tak pernah pun edar Al Quran di sekolah bukan Islam Ni ada pulak berani edar bible d sekolah Islam BERTAM Belum reda isu berkaitan pengedaran Bibl...
Aku Tak Yakin Dengan Mahathir Dalam Isu Ini

Aku Tak Yakin Dengan Mahathir Dalam Isu Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 429 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Kelantan akan menjadi milik PH pada PRU15 nanti Beliau berkata biarpun tempoh PRU masih jauh tetapi momentum sokongan rakyat terhadap PH terutamanya Bersatu di negeri ini semakin kuat Jumlah men...
Tengku Amir Shah Kecewa Tindakan Anggota Fas Tidak Mahu Selesaikan Isu Berbangkit

Tengku Amir Shah Kecewa Tindakan Anggota Fas Tidak Mahu Selesaikan Isu Berbangkit

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 339 hits
10 November 2018 6 49 PM SHAH ALAM Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan tinda
Isu Ptptn Dan Wan Saiful Wan Jan Nothing To Hide

Isu Ptptn Dan Wan Saiful Wan Jan Nothing To Hide

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Wan Saiful Wan Jan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat menunaikan janji berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam bergaji bawah RM4 000 ...
Di Tengah Isu Tunggakan Bhp Bolt Pamer Sederet Pencapaian

Di Tengah Isu Tunggakan Bhp Bolt Pamer Sederet Pencapaian

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 234 hits
Bolt nampaknya tak ingin izinnya dicabut oleh Pemerintah Sebab di tengah tengah isu tunggakan biaya hak penggunaan frekuensi 2 3 GHz sebesar Rp 708 4 miliar mereka menyampaikan sederet pencapaiannya dan komitmennya
Saat Bertemu 31 Bupati Jokowi Luruskan Isu Soal Antek Asing Sampai Tka

Saat Bertemu 31 Bupati Jokowi Luruskan Isu Soal Antek Asing Sampai Tka

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 269 hits
Presiden mempertanyakan antek asingnya di mana Begitu juga dengan tudingan antek aseng hanya urusan tenaga kerja asing tutur Mardani
Berpada Padalah Sensasikan Isu Lgbt

Berpada Padalah Sensasikan Isu Lgbt

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 203 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang LGBT Jangan jadikan Bara...
Isu Trofi Cinderella Abk 2018 Pendedahan Bekas Kakitangan Mfl

Isu Trofi Cinderella Abk 2018 Pendedahan Bekas Kakitangan Mfl

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 662 hits
Kenyataan ini diambil terus dari Facebook Danial Khoriri MENJAWAB 8216 PENJELASAN 8217 PENGURUSAN LIGA BOLASEPAK MALAYSIA MENGENAI PERIHAL TROFI 8216 GOLDEN BOOT 8217 ABK 2018 Assalamualaikum dan salam sejahtera saya Danial Khoriri beka
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids