Berpada Padalah Sensasikan Isu Lgbt



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
LGBT: Jangan jadikan Barat sebagai acuanKITA semua mementingkan hak kita sebagai individu. Ini tidak salah. Memang kita digalakkan dan dibolehkan untuk mempertahankan hak kita.
Dalam perlembagaan negara pun hak individu dijamin. Jadi tidak salah kalau individu menuntut hak untuk dirinya dan kumpulannya.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Tetapi apabila hak individu atau minoriti bercanggah dengan hak masyarakat maka timbullah persoalan: Yang mana lebih utama, hak individu atau hak masyarakat?
Pada pandangan saya, kalau hak individu itu hak fundamental seperti soal makan, pakai, pelajaran, kesihatan dan beragama maka memanglah hak individu itu penting dan wajib dipertahankan. Kita bolehlah anggap semua hak yang disebutkan itu sebagai hak hidup mati.
Itulah sebabnya orang yang disyaki membunuh atau mencuri berbilion ringgit sekali pun diberi hak mempertahankan diri di mahkamah.
Bagaimanapun, yang nampaknya dihebohkan oleh masyarakat kita sekarang adalah mengenai hak individu yang berbentuk "rahsia dan persendirian".
Antara hak individu yang berbentuk "rahsia dan persendirian" yang hebat diperkatakan adalah hak dan kegiatan golongan yang disebut sebagai LGBT.
LGBT adalah singkatan bahasa Inggeris bagi Lesbian, Gay, Bi-sexual dan Transgender yang dipopularkan di Barat sekitar tahun 1990-an.
Dalam bahasa Melayu tidak ada singkatan serupa. Tapi maksudnya lebih kurang begini: Perempuan berahikan perempuan (lesbian), lelaki berahikan lelaki (gay), lelaki atau perempuan berahikan kedua-dua jantina (bi-sexual) dan lelaki berperwatakan perempuan manakala perempuan berperwatakan lelaki (transgender).
Dari segi jantina tidak ada pertikaian mengenai orang yang terlibat dalam kegiatan LGBT ini, iaitu mereka sama ada lelaki atau perempuan. Tidak ada gender ketiga.
Dua hari lalu beberapa orang kami dalam pasukan media Tun Dr Mahathir Mohamad berbual dengan beliau mengenai hal ini kerana kita semua bimbang dengan arah tuju isu itu.
Yang terbaru, sepasang wanita Melayu berusia 32 dan 22 tahun disebat di hadapan kira-kira 100 orang penonton di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu setelah didapati bersalah “cuba melakukan perhubungan” seks di dalam kereta di tempat awam di Dungun pada kira-kira jam 1.50 petang 8 April lalu.
Kepada yang belum baca berita ini, cubalah baca dan buat penilaian sendiri tentang patut atau tidak patut kejadian dan perbuatan ini.
Dulu Lain
Kita bercakap tentang bagaimana dahulu pun ada kegiatan seperti ini, tetapi tidak dihebahkan atau diperbesarkan apatah lagi pengamalnya menuntut hak agar diberi keistimewaan dan pengiktirafan.
Walaupun perbezaan usia saya dan Tun Dr Mahathir lebih 20 tahun namun kita melalui pengalaman yang sama sepanjang mengenai hal-hal berkaitan LGBT ini. Cuma waktu itu tidak disebut LGBT.
Di utara kita guna istilah seperti pondan, darai, ponen, lembut dan seumpamanya. Kita tidak memandang rendah atau memuja orang yang berkecenderungan seperti itu.
Mereka tidak menuntut hak dan keistimewaan sepertimana berlaku sekarang. Dan pastinya lah mereka tidak melakukan hubungan sesama jenis di khalayak ramai.
Bagi penduduk utara Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis ketika itu mereka amat biasa dengan kumpulan muzik “ghazal party” yang menghidangkan lagu-lagu Arab dengan iringan tarian gelek.
Yang mempersembahkan tarian gelek ini adalah lelaki lembut berpakaian wanita. Bagaimanapun, mereka ini akhirnya, sama ada secara paksaan atau sukarela, kembali menjadi lelaki dan berumah tangga.
Ghazal Party paling hebat waktu itu ialah Ajinda Ghazal Party dari Kepala Batas, Pulau Pinang.  Hari ini, yang merumitkan keadaan kita bukan sahaja pengamal LGBT menuntut pengiktirafan dan kebebasan bahkan disokong pula oleh orang yang bukan daripada golongan itu kononnya kerana menghormati hak asasi manusia.
Di negara Barat, perkara ini sudah menjadi biasa sehingga pemimpin politik yang terlibat dengan LGBT pun mempamerkan kecenderungan mereka secara terbuka. Malah ada beberapa buah negara yang pemimpin politiknya berkahwin sejenis.
Namun di negara kita yang pelbagai kaum dan Islam adalah agama persekutuan, kita tidak lah boleh meniru bulat-bulat apa yang dilakukan di Barat.
Cuma disebabkan semua orang mengaku mereka ada hak maka terpulanglah kepada mereka memilih jalan mana yang mereka mahu untuk menghalalkan kegiatan mereka.
Macam mana pun mereka tetap tertakluk kepada undang-undang dan adat resam masyarakat iaitu apabila hak individu bertembung dengan hak masyarakat tentulah hak masyarakat lebih utama.
Khusus kepada orang Islam, saya harap mereka janganlah menjadikan isu LGBT ini sebagai satu lagi perkara yang akan menambah buruk imej Islam dan pentadbiran yang diterajui oleh orang Melayu.
Semua orang Islam tahu bahawa Allah SWT hanya mengizinkan perhubungan sah di antara lelaki dan perempuan.
Ibu bapa, ahli keluarga, guru, anggota dan pemimpin masyarakat, pihak berkuasa agama dan kesihatan semuanya mempunyai tanggung jawab membendung amalan ini.
Wallahuaklam.













Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2018/09/berpada-padalah-sensasikan-isu-lgbt.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Gay Nik Abduh Saran Mujahid Agar Cipta Kamus Sendiri

Isu Gay Nik Abduh Saran Mujahid Agar Cipta Kamus Sendiri

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mencipta kamus sendiri bagi menjelaskan maksud bahawa tidak semua daripada lebih 300 000 gay yan...
Pelakon Mia Ahmad Enggan Komen Isu Rumah Tangga Bermasalah

Pelakon Mia Ahmad Enggan Komen Isu Rumah Tangga Bermasalah

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 751 hits
31 Oktober 2018 12 23 PM KUALA LUMPUR Rumah tangga pelakon Mia Ahmad dikatakan sedang mengalami pergolakan apabila suaminya Mohd Izham Tarmizi dikatakan curang dalam keadaan dirinya s
Isu Haiwan Ternakan Tak Sudah Di Dungun

Isu Haiwan Ternakan Tak Sudah Di Dungun

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 288 hits
DUNGUN Perkara berbangkit membabitkan haiwan ternakan berkeliaran masih lagi belum menemui penyelesaian Seharusnya pihak PBT lebih peka mengenai keselamatan dan kesejahteraan orang awam Sekiranya berlaku apa apa kemalangan serta kerugian ya...
Sivarasa Ku Nan Cari Penyelesaian Saman Isu Ceramah Di Masjid

Sivarasa Ku Nan Cari Penyelesaian Saman Isu Ceramah Di Masjid

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 355 hits
Diterbitkan 30 Okt 2018 Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sivarasa Rasiah dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sedang mencari penyelesaian terhadap saman yang difailkan oleh ahli parlimen PKR it...
Bersuara Isu Zamani Farahdhiya Dikecam Peminat

Bersuara Isu Zamani Farahdhiya Dikecam Peminat

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 417 hits
Menerusi kemaskini terbaru menerusi Twitter penyanyi Farahdhiya meluahkan rasa tidak adil terhadap layanan yang diterima Zamani di pentas Gegar Vaganva baru baru The post appeared first on
Jokowi Jawab Isu Kenaikan Harga Sembako Dipikir Saya Enggak Pernah Ke Pasar

Jokowi Jawab Isu Kenaikan Harga Sembako Dipikir Saya Enggak Pernah Ke Pasar

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 267 hits
Jokowi mengaku terakhir kali menyambangi sebuah pasar di Semarang Jawa Tengah Di sana dia menanyakan langsung harga sembako kepada pedagang
Isu Tanah Tengku Adnan Dipanggil Sprm Lebih 12 Kali

Isu Tanah Tengku Adnan Dipanggil Sprm Lebih 12 Kali

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 288 hits
30 Oktober 2018 1 10 PM KUALA LUMPUR Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendedahkan beliau telah dipanggil lebih 12 kali oleh Suruhanjaya
Cek 6 Isu Penculikan Anak Viral Di Medsos Cuma 1 Sesuai Fakta

Cek 6 Isu Penculikan Anak Viral Di Medsos Cuma 1 Sesuai Fakta

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 283 hits
Beberapa hari terakhir masyarakat terutama para orangtua dibikin resah dengan maraknya kabar penculikan anak dengan beragam modus di media sosial Polri menyatakan informasi tersebut hoaks alias kabar bohong Tim patroli siber Polri telah men...
Lebih Baik Focus Isu Nafkah Dan Hak Isteri Diabaikan Bukan Permudahkan Poligami Ajer

Lebih Baik Focus Isu Nafkah Dan Hak Isteri Diabaikan Bukan Permudahkan Poligami Ajer

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 466 hits
Oleh Nak permudahkan poligami pula Lebih baik fokus pada isu nafkah dan kebajikan si isteri Kadang ada si isteri yang diabaikan tidak mendapat hak yang sepatutnya dan ditindas sehingga tertekan dari segi mental Tapi orang tak peduli sangat ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi