Raya Tetap Meriah Tahun Ni Duduk Jauh Jauh Pun Boleh Dapat Duit Raya Dari Saudara Mara
Ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020, boleh dikatakan macam-macam perubahan berlaku ketika tempoh PKP ini yang Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin gelar sebagai Norma Baharu. Ini termasuklah kaedah pembayaran tanpa tunai.
Source : uktech.news
Pembayaran tanpa tunai adalah salah satu saranan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19 di negara ini. Selepas bulan Ramadan, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sudah pasti tradisi sebelum ini di Malaysia memberi duit raya ingin diteruskan. Kini, dalam tempoh PKPB anda masih boleh memberikan duit raya kepada ayah, ibu, isteri, anak-anak dan saudara-mara menggunakan GrabPay e-Duit Raya menerusi aplikasi Grab.
Source: Grab Malaysia
Bermula dari 24 May hingga 6 June 2020, anda akan diberi ganjaran 50 mata GrabRewards apabila anda membuat transaksi (e-Duit Raya) dengan minimum RM5 melalui GrabPay kepada keluarga, sanak saudara atau kawan anda (hanya terhad bagi 1 transaksi setiap hari untuk 3 hari sahaja).Dan kalau anda menjadi lima pengguna tertinggi dengan pemindahan atau transaksi GrabPay e-Duit Raya terbanyak kepada pengguna berbeza menerusi aplikasi Grab kepada saudara-mara dan keluarga anda akan menerima 20,000 mata GrabRewards. Bi bawah adalah cara-cara untuk menggunakan GrabPay e-Duit Raya :
Source: Grab Malaysia
Dengan perayaan Hari Raya tahun ini yang mungkin berlainan, Grab telah menyediakan pelbagai usaha untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia dapat memenuhi semua keperluan dan persiapan Raya mereka dari keselesaan kediaman mereka tepat pada waktunya untuk perayaan.
Source: Grab Malaysia
Bukan boleh bagi duit raya je guna aplikasi Grab ni. Inginkan juadah lain selain dari ketupat di Hari Raya ni? Anda boleh memesan pelbagai jenis juadah dari pilihan pasta-pasta yang lazat hingga kek yang enak dari GrabFood untuk dihidangkan kepada keluarga anda. Selain itu juga, anda juga boleh dapatkan diskaun RM30 (dengan perbelajaan minimum RM150) apabila anda membeli belah baju raya dari FashionValet melalui GrabPay dengan kod promosi “GRABFASHIONRAYA”, membeli barang keperluan masakan Raya dan kurma Yusuf Taiyoob yang terkenal dengan kod promosi “RAYAMART” untuk nikmati diskaun 30% dari GrabMart, dan tak terlupa juga pelbagai jenis pilihan biskut raya yang lazat untuk dihadiahkan kepada orang yang anda sayangi dari penjual homesellers melalui GrabExpress Ramadan.
Source: Grab Malaysia
Grab sentiasa ingin memastikan tradisi dan budaya ketika musim perayaan dapat diteruskan walaupun dalam tempoh PKPB ini. Jom sama-sama memastikan sambutan perayaan kali ini lebih bermakna dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
The post Raya Tetap Meriah Tahun Ni, Duduk Jauh-Jauh Pun Boleh Dapat Duit Raya Dari Saudara-Mara appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/05/23/raya-tetap-meriah-tahun-ni-duduk-jauh-jauh-pun-boleh-dapat-duit-raya-dari-saudara-mara/