Raya Di Musim Covid Lagi


 Assalamualaikum. Hai!


Hari ni dah 8 Syawal. Masuk minggu kedua di bulan Syawal dah rupanya kita ni. Baby masih bergembira lagi dalam rahim ni. Tak tahu la bila dia nak keluar. Kita tunggu je la dia bagi hint. Semalam genap 38 minggu dah usia kandungan ni. Kebetulan semalam ada check up juga kat Klinik Kesihatan. Nurse duk ingatkan je la untuk bersedia sebab dah cukup term. Kepala baby pun dah enganged kat laluan. Alahai..berdebar pulak. Dah lupa teknik nak meneran walaupun baru 3 tahun lebih dari last pregnancy. Huhu. Doakan semoga urusan bersalin CikSha dipermudahkan ye.


Sebenarnya entri kali ni nak coretkan kenangan Raya Puasa 2021. Haruslah kan kita simpan dalam blog. Update pasal ni cepat sikit dalam blog untuk raya tahun ni. Takde la macam tahun lepas. Dah berkurun baru nak kongsi. Siap combine raya puasa dengan raya haji. Hihi. Kira ni macam dah insaf sikit la kot. Taknak buat entri basi lagi.
BACA JUGA : Memori Raya Di Musim Covid
Alhamdulillah,  syukur Allah masih beri kita kesempatan untuk sambut Syawal dalam keadaan yang aman dan selesa walaupun kena PKP kali ketiga. Nikmat mana lagi yang kita nak dustakan. Memang la sedih sebab tak dapat balik kampung dan berkumpul ramai-ramai dengan adik-beradik dan ibu bapa kita. Tapi tetap kena rasa syukur. Lebih-lebih lagi, kedatangan Syawal kali ni satu dunia digemparkan dengan keadaan hura hara di Palestin. Kesian saudara-saudara seagama kita di sana. Huhu.


CikSha dan encik CH yang disayangi.
Raya Di Terengganu LagiYa. Tahun ni beraya di Terengganu lagi kami sekeluarga. Lagipun kalau ikut giliran memang kali ni Raya Puasa diraikan dengan family belah Terengganu dulu. Onz je. Asalkan dapat sambut kedatangan Syawal demi meraikan 'kemenangan' kita dapat menunaikan ibadah berpuasa dengan sempurna. CikSha dapat puasa penuh sebulan untuk tahun ni. Alhamdulillah. Allah permudahkan walaupun dalam keadaan memboyot ni.


Kalau yang dah lama follow CikSha, mesti dah tahu yang CikSha tinggal sebumbung dengan mertua. Dah masuk 8 tahun pun. Jadi, kami anak-beranak dapat la beraya bersama mertua berdua. Rezeki la tu kan. Mertua pun takda la sedih sangat 5 anak dan cucu-cucu yang tinggal kat Selangor tak dapat balik beraya. 


Kiranya kami sekeluarga jadi 'pengubat' hati depa la. Kakak ipar dan adik ipar yang kerja nurse kat sini pun ada juga. Depa berdua memang balik every weekend. Masa kerja je duduk kat kuarters hospital. So, masih dikira tinggal serumah jugak la walaupun masa weekend je depa ada kat rumah ni. Ada je tu bilik depa kalau nak mai spotcheck. 😆


Menu Raya 2021Kalau tahun lepas CikSha buat Mee Kari Penang sebagai menu utama untuk sambut raya, tahun ni CikSha masak kuah lodeh dan sambal bilis dengan nasi impit je. Tekak makyong teringin sama. Tu yang gigih jugak nak buat walaupun tak larat sangat nak diri lama-lama. Kaki duk 'bengkak' penangan pregnant kali ni. 


Malam raya tu CikSha buat siap-siap sambal bilis dengan rebus nasi impit. Bahan-bahan dan sayuran nak masukkan dalam kuah lodeh pun CikSha sediakan malam tu. Lepas Subuh terus masak je tak payah dah kalut nak potong-potong sayur ke apa. Senang kerja. Juadah pun cepat je tersedia. Dah bersiap mandi sunat Raya dan pakai cantik-cantik, boleh dah mengadap makan sebelum beraya. Hihi.


Makyong pergi shopping bahan-bahan nak masak kuah lodeh.


Inilah menu utama juadah Raya Puasa 2021


Photoshot RayaDalam rumah memang tak berhias apa pun raya kali ni. Rumah besar weh. Makyong tak larat walaupun teringin nak bagi rumah mertua berseri di hari raya. Huhu. Mujur ada adik ipar dengan kak ipar. Depa la yang set up tempat nak beraya dan ambil gambar kenangan. Buat kat porch kereta je. Jadi le tu. Asalkan ada kenangan. 


Memula sesi bersalaman la kan. Takpe. Kami tinggal serumah. Kan boleh 'ziarah' dengan ahli keluarga dalam rumah je kalau ikut SOP. Ada la sesi berbagi duit raya juga. Ingatkan anak-anak je dapat duit raya. Kami mak pak nye pun dapat jugak mertua bagi. Kita bagi kat depa duit raya, depa pun nak jugak bagi kat kita duit raya. Ambik je la kan. Rezeki tu. Hihi. 


Lepas tu sesi ambik gambar la pulak. Berlonggok gambar. Tapi CikSha tak la nak kongsi semua. Ini la antara sebahagian gambar yang CikSha nak kongsi dengan pembaca blog ni dan simpan kat sini sebagai kenangan.


My lovely happy family


Anak-anak dengan mertua


Kami sekeluarga dengan mertua


Bergambar ramai-ramai
Itu la cerita raya puasa untuk tahun 2021 ni. Sambut ala kadar. Ada la buat video call dengan adik-beradik ipar yang kat Selangor tu. Bagi mak ayah mertua happy tengok depa di kejauhan. Mak kat Penang, CikSha call je. Mak CikSha old school. Dia tak pakai smartphone. Hihi. 


Kami kat sini pun ada kirim 'goodies raya' untuk family kat Selangor dan Penang tu sebelum raya. Sebagai tanda ingatan. Itu je la boleh buat kan. Harapnya tahun akan datang dapat la raikan Raya Puasa seperti kebiasaan dengan keluarga kita yang jauh-jauh. InsyaAllah.


Bisik-bisik :: Semakin mengganas dah si covid ni. Entah la bila nak berakhir.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2021/05/raya-di-musim-covid-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raya Covid 2 0 Contribution To Asnaf Fakir And Miskin

Raya Covid 2 0 Contribution To Asnaf Fakir And Miskin

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 272 hits
PAS Miri has held a Ramadan Pilgrimage Program and Hari Raya Contribution to Asnaf Fakir and Miskin which was held around Kampung Tudan and its surroundings The program which is held every year aims to ease the burden on the families concer...
Covid 19 New Cases Surge To 749 Kuching Tops List With 149 Due To Hari Raya Visits

Covid 19 New Cases Surge To 749 Kuching Tops List With 149 Due To Hari Raya Visits

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 277 hits
Bernama file photo KUCHING Sarawak recorded two deaths and 749 new cases due to Covid 19 today with Hari Raya visits resulting in a record number of new cases in Kuching district said the State Disaster Management Committee In a statem
Musim Covid Hantar Berpantang Ke Kampung Susah Suami Kongsi Caranya Jaga Isteri

Musim Covid Hantar Berpantang Ke Kampung Susah Suami Kongsi Caranya Jaga Isteri

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 363 hits
Suami yang hebat di mata isteri adalah yang sentiasa ringan tulang membantu tak berkira dan sentiasa memahami Begitu juga dalam bab menguruskan anak suami tahu apa yang nak dilakukannya Bukan itu je dalam bab isteri berpantang pula suami te...
Covid 19 Surge In Malacca Kelantan Due To Raya Visits

Covid 19 Surge In Malacca Kelantan Due To Raya Visits

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 278 hits
The Covid 19 spike and emergence of new clusters in Malacca over the past few days is believed to be due to Hari Raya Aidilfitri visits said state executive councillor Rahmad Mariman Rahmad who chairs the health and anti drugs committee sai...
Hiburan Reen Rahim Sambut Raya Berseorangan Gara Gara Positif Covid 19

Hiburan Reen Rahim Sambut Raya Berseorangan Gara Gara Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 297 hits
Pelakon jelita Reen Rahim memberitahu bahawa dia terpaksa melupakan hasrat untuk beraya bersama keluarga tercinta kerana dirinya telah disahkan positif COVID 19 dan terpaksa menjalani kuarantin kendiri sejak semalam Reen atau nama sebenarny...
600 Katil Bagi Pesakit Covid 19 Di Pkrc Maeps 2 0

600 Katil Bagi Pesakit Covid 19 Di Pkrc Maeps 2 0

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 362 hits
Petugas petugas sedang sibuk membuat persiapan terakhir di Dewan F di MAEPS Serdang 600 katil bagi pesakit COVID 19 di PKRC MAEPS 2 0 Katil dua tingkat disediakan di Dewan F akan mula beroperasi malam ini P Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid...
Covid 19 Cara Kerajaan Islam Dahulu Menangani Wabak Berbahaya

Covid 19 Cara Kerajaan Islam Dahulu Menangani Wabak Berbahaya

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 445 hits
Di saat saat genting yang negara kita hadapi bahkan dunia yang sangat tenat kini sangat penting untuk kita patuhi saranan ahli agama khususnya ulama dan juga pakar perubatan kerana jika hanya bermodal semangat tanpa ilmu maka akan lebih ban...
Darurat Yang Macamerba Kes Covid Pun Kelaut Mentei Pun Terdiam

Darurat Yang Macamerba Kes Covid Pun Kelaut Mentei Pun Terdiam

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 175 hits
MOHD MUKHLISTeringat ada pakar pelembagaan yang justifikasi tindakan melaksanakan darurat ialah untuk mengelakkan ahli politik bercakaran sesama sendiri demi kuasa Tapi hari ini darurat sudah PKP sampai 3 kali cumanya kes paling tertinggi p...
Sayangi Keluarga Covid 19 Membawa Maut

Sayangi Keluarga Covid 19 Membawa Maut

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 265 hits
Golongan tua yang mempunyai penyakit kronik seperti masalah kencing manis kegagalan fungsi buah pinggang dan lelah dikenalpasti mudah menerima kasan buruk virus Covid 19 sehingga boleh membawa maut Golongan ini biasanya tidak bergerak ke sa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash