Raya Dan Puasa Balas Dendam Jangan


 

Seawal sebulan lalu sudah kedengaran ramai orang Melayu menyimpan hasrat untuk sambut Ramadan besar-besaran kali ini. Apatah lagi Aidilfitri.
Memang dituntut agama menyambut Ramadan dengan kesyukuran serta gembira dan mengisi bulan penuh barakah dengan amalan baik dan ibadah. Betul, memang itu orang Melayu mahukan.
Cuma kali ini di samping itu, kedengaran juga orang Melayu mahu sambut secara “extravaganza”. Kalau Ramadan disambut begitu begitu, tentulah Syawal disambut lagi “extra” daripada “extravaganza”.
Maksudnya, ramai mahu menyambut dengan meriah-semeriahnya. Untuk mencakupi apa yang tidak dapat dilalui tahun sebelumnya. Tahun lalu kita tahu Ramadan disambut dengan cara yang tidak pernah disambut. Manakala Adilfitri muram dan sunyi. Tidak pernah terjadi.
Sebabnya kita tahu. Covid-19. PKP ketat ketika itu terpaksa dikuatkuasakan supaya wabak tidak menular. Kita semua terseksa diancam wabak penyakit dan ekonomi.
Oleh itu kali ini ramai yang mahu “ambil” apa yang tak dapat tahun lalu dan “campur” dengan apa yang boleh tahun ini supaya terjadi satu sambutan “mega”. Seolah-olah balas dendam apa yang terlepas tahun lalu.
Ada yang bercadang ambil cuti panjang untuk raya. Macam-macam rancangan dan rencana sudah diatur. Semuanya diatur kerana berpendapat kali ini mereka akan diizin berbuat demikian setelah dilarang tahun lalu.
Yang membuat hasrat itu timbul ialah kerana Bazar Ramadan dibenar dibuka. Kerajaan juga izinkan Bazar Aidilfitri diadakan. Jumlah kes Covid-19 pun sudah menurun. Ada ketika Putrajaya dan Perlis – sebagai contoh – tidak ada satu kes dicatat. Kosong dalam sehari. Alhamdulillah.
Malah, kita juga tidak diingatkan lagi untuk selalu cuci tangan dan jaga kebersihan melalui pesanan SMS Majlis Kelamatan Negara. Tidak seperti tahun lalu apabila kejap-kejap SMS masuk memberi peringatan.
Sehari sebelum saya tulis ini seorang kawan lama memberitahu beliau baru pulang dari sebuah “mall” di ibu kota.
“Terkejut aku tengok ramai ibu bapa Melayu tidak pedulikan SOP selain terpaksa ‘scan’ MySejahtera di pintu masuk dan check suhu. Mak oi, dibiarkan anak-anak tidak pakai ‘mask’ berlari lari ke sana sini, dekat-dekat dengan orang lain dan ada yang main sampai baring-baring di lantai. Pihak pengurusan ‘mall’ nampak macam buat tak tau je,” kata kawan saya.
Jelas itu suasana “happy”. “Mood” raya. Ramai percaya keadaan sudah “OK”. Lantas puasa dan raya kali ini juga akan “OK”. Tahun ini mahu balik kampung. Walaupun kerajaan belum memutuskannya. Pun begitu, Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob sudah minta Kementerian Kesihatan buat keputusan dan umum lebih awal sama ada boleh rentas negeri untuk beraya.
Kata Ismail, pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai buat persiapan dan kurangkan kesesakan pembelian tiket pengangkutan awam.
Betul lah itu tetapi bukankah kementerian hanya boleh membuat keputusan sepenting itu berdasarkan perkembangan terkini?
Kementerian Kesihatan tidak punya geluk jampi Pak Belalang untuk tilik apa yang akan terjadi menjelang Aidilfitri. Bukan begitu?
Tidak salah nak “happy-happy”. Cuma kena berhati-hati. Bukan tujuan saya berkhutbah. Sekadar mengingatkan meskipun jumlah kes Covid-19 menurun tetapi bukan bererti ia sudah tidak ada.
Realitinya Covid-19 masih ada dan terus mengancam. Mengikut statistik kerajaan, sejak akhir-akhir ini, jumlah mula meningkat.
Covid-19 seolah-olah melawan balik usaha yang kita lakukan untuk membasminya. Menurut pakar sains, ada dua atau tiga variasi Covid-19 yang boleh merebak cepat.
Benar sudah ada vaksin. Dua dos diperlukan. Tetapi masih ramai yang satu dos pun belum dapat. Ada juga “frontliner” yang dikatakan belum menerima suntikan.
Bazar Ramadan dan Aidilfitri bagus untuk menolong peniaga yang sengsara sekian lama. Begitu juga pembukaan pelbagai sektor ekonomi. Namun kerjasama semua pihak perlu kerana risiko tetap tinggi. Ada pegawai penguat kuasa mengaku beliau dan pasukannya amat risau kerana bukan senang mengawal keadaan khusus di Bazar Ramadan.
Di beberapa negara Eropah, gelombang baharu terjadi walaupun sebelum ini keadaan dikatakan “hampir pulih”. Kini langkah keras dikuatkuasakan semula.
Di India, beberapa bandar dan wilayah diperintah “lockdown” semula. Minggu lalu saja 250,000 kes baharu dilaporkan. Pada hal India menghasilkan vaksin dengan jumlah yang cukup besar untuk digunakan merata dunia.
Kata BBC, “India has let its guard down”. Dalam erti lain mereka telah cuai dan lalai setelah mempercayai perang Covid-19 sudah dimenangi.
Kita juga seakan mula lalai dan cuai hanya kerana adanya tanda-tanda keadaan memberangsangkan dalam perang memerangi wabak itu.
Menurut laporan Bernama 10 April lalu, Jabatan Kesihatan Terengganu berkata penduduk gemar mengeteh di kedai-kedai kopi selepas solat di masjid dan surau tanpa patuh SOP, mengakibatkan “sekelip mata daerah Besut bertukar status jadi zon merah”.
Menurut FMT pula, pakar kesihatan mengingatkan iktibar dari peningkatan kes di Sarawak sejurus selepas perayaan Tahun Baru Cina pada Februari.
Pakar kesihatan berpendapat risiko orang ramai mengambil sikap sambil lewa ketika perhimpunan perayaan masih membimbangkan.
Berdasarkan perangkaan rasmi, sebelum Tahun Baru Cina, Sarawak melaporkan kira-kira 160 kes sehari. Namun dua minggu kemudian, melonjak kepada 353 kes pada 25 Februari, iaitu selepas sambutan perayaan berkenaan pada 12 dan 13 Februari.
Berkicau bekas menteri semasa pemerintahan BN, Zaid Ibrahim di Twitter: “Kita tidak akan mampu mengatasi Covid-19 pada bila-bila masa dekad ini. Kenapa? Putrajaya melihatnya sebagai ‘political’, kerajaan negeri lihatnya sebagai hal agama, dan Sarawak buat apa yang mereka nak secara sendiri. Tidak ada usaha bersepadu untuk menganggapnya sebagai satu isu kesihatan awam”. Setuju atau tidak terpulang.
Selamat beribadah sepanjang Ramadan yang mulia. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/04/raya-dan-puasa-balas-dendam-jangan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Balas

Jangan Balas

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 311 hits
Jangan Balas Jangan balas jika orang tak suka kita Jangan balas kalau orang hina kita Jangan balas kalau orang dengki kita Jangan balas kalau orang bersaing dan sentiasa cari salah kita Jangan balas kalau orang perli kita Jangan balas kalau...
Kes Pukul Pekerja Something Wrong Suruh Jangan Puasa Kata Menteri

Kes Pukul Pekerja Something Wrong Suruh Jangan Puasa Kata Menteri

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 344 hits
Mangsa mendakwa dibelasah menggunakan rotan sehingga menyebabkan lebam dan mengalami pembekuan darah PUTRAJAYA Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin menyarankan tindakan tegas dikenakan terhadap individu disyaki terlibat kejadian dua pekerja...
Menu Buka Puasa Yang Tepat Sesuai Urutan Jangan Sampai Keliru Kalau Tak Mau Sakit Perut

Menu Buka Puasa Yang Tepat Sesuai Urutan Jangan Sampai Keliru Kalau Tak Mau Sakit Perut

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 374 hits
Siapa yang habis adzan langsung santap nasi saking laparnya Hindari ya bisa bisa perutmu kaget hingga menggangu pencernaan
Jangan Macam Akak Sayang Nak Tinggal Puasa Keguguran Baby Dah Cukup Sifat

Jangan Macam Akak Sayang Nak Tinggal Puasa Keguguran Baby Dah Cukup Sifat

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 388 hits
Berpuasa itu sudah dijanjikan pahala apatah lagi bagi ibu hamil yang menjalani ibadah puasa mengaji Quran berzikir dan bersedekah Pun begitu bagi ibu hamil yang nak berpuasa tolonglah dapatkan green light daripada doktor Bagitau doktor yang...
Paksa Buat Anak Jadi Tak Ikhlas Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Beri Anak Masa

Paksa Buat Anak Jadi Tak Ikhlas Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Beri Anak Masa

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 367 hits
Mendidik anak kecil berpuasa sememangnya perlu namun berikanlah anak kita masa untuk mereka benar benar bersedia Ada kalanya dek kerana rasa takut anak mula bersetuju untuk berpuasa walhal anak masih belum bersedia Jangan biarkan anak kecil...
Balas Dendam

Balas Dendam

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 331 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Lama tak balas dendam ni hahahaha kita dah ajar sekali makan sedap selamanya nak makam sedap selalu hahahahaKalau dah ajar anak tekak ni makan sedap ditambah pula dengan kita tengah berduit hahah lagi m...
Jangan Makan Makanan Ini Ketika Berbuka Puasa Dan Bersahur

Jangan Makan Makanan Ini Ketika Berbuka Puasa Dan Bersahur

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 683 hits
JANGAN MAKAN MAKANAN INI KETIKA BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan ramadan dimana semua umat islam akan berpuasa disiang hari Tentu sudah ada yang merancang berbagai juadah untuk berbuka puasa dan...
Ulangkaji Bab Puasa Tidak Lama Lagi Ramadhan

Ulangkaji Bab Puasa Tidak Lama Lagi Ramadhan

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 267 hits
Assalamualaikum Hi korang Tak lama lagi nak masuk bulan puasa dah ada yang dah ganti puasa ke belum tu sementara SA tengah busy ni SA nak share lagi ulangkaji bab puasa untuk adik adik atau anak anak yang baca blog SA ni Ulangkaji bukan bee...
Berbuka Puasa Ala Kampung Di The Haven Ipoh Perak

Berbuka Puasa Ala Kampung Di The Haven Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 546 hits
Berbuka Puasa Ala Kampung Di The Haven Ipoh Perak Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sedar tak sedar dalam masa dua minggu lagi kita akan menemui bulan mulia bulan Ramadhan Bila tibanya bulan puasa pasti ramai sedang membuat perancangan at...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy