Raya Bujang Pkp 3 0 Pertama Kali Beraya Tanpa Mak Abah
Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini 2021 sememangnya sangat menyedihkan bagi Cik iena dan Deqnor. Ini merupakan pertama kali kami beraya tanpa mak dan juga abah serta adik beradik yang lain. Jika sebelum ini semasa PKP 1.0 Cik iena dan Deqnor masih lagi beraya bersama keluarga kerana beberapa minggu sebelum raya dibenarkan untuk merentas daerah.
Dikesempatan itu lah kami balik ke Batang Kali, Walaupun batang Kali di Negeri Selangor dan bukan di Kuala Lumpur namun ianya dikira rentas daerah bukan negeri. Jadi kalau kerajaan benarkan rentas daerah kami boleh balik batang kali. Jika rentas daerah tak dibenarkan kami tak boleh balik.
Jadi raya tahun ini kami beraya 2 orang sahaja di Maxim Residence Cheras. Sebelum raya kami ada merancang untuk ajak kawan kawan yang bujang datang beraya pada raya pertama. Lauk pun dah di beli. TIba tiba kerajaan umumkan pkp 3.0 dan tiada aktiviti ziarah raya dibenarkan.
Maka dengan itu terpaksalah batalkan rancangan tersebut. Beraya berdua sahajalah kami di rumah. Walaupun beraya bujang still sediakan juadah raya seperti biasa tapi yang simple je dan sikit je. Sebab duduk berdua je kan.
Deqnor masak rendang ayam, Cik iena masak kuah kacang and nasi impit. Malam raya pula syarikat ada hantar lemang dan rendang daging untuk semua staff. Syarikat tau ramai pekerja yang stay bujang yang tak dapat balik kampung. Mesti rindu masakan raya macam rendang and lemang.
View this post on Instagram A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena)
Selesai makan dan video call bersama keluarga dan rakan rakan kami pun nak hilangkan bosan buat video tukar tukar baju raya boria. INgatkan tahun ni dapat beraya. Banyak baju raya boria nya. Tapi tak semu kami tukar kain and tudung sebab malas. Yang mana sesuai dengan kain and tudung hitam tu tak yah tukar haha.
Hari raya berikutnya kami turun joging dan skipping di level 7. Kemudian kami di kejutkan dengan berita yang arwah paklang sakit tenat pada hari ahad 16 Mei 2021. Hari yang sangat kelam kabut dan sibuk dengan urusan memohon permit pergerakan perintah kawalan pergerakan. Memang susah tau tak. Ini gara-gara artis, instafamous dan golongan kayangan yang salah guna permit rentas negeri.
VLOG RAYA PKP
Okay Cik iena kongsi gambar raya bujang PKP buat kenang kenangan
RAYA PKP 3.0 PERTAMA
Zalia Balloon Sleeves Floral Kurung
Zalia Balloon Sleeves Floral Kurung
Zalia Balloon Sleeves Floral Kurung
Zalia Balloon Sleeves Floral Kurung
Zalia Balloon Sleeves Floral Kurung
Zalia Balloon Sleeves Floral Kurung
Zalia Balloon Sleeves Floral Kurung Beli Zalia Balloon Sleeves Floral Kurung : https://t.productlink.io/a0536m0 Lubna Printed Organza Wrap Top
Lubna Printed Organza Wrap Top
Lubna Printed Organza Wrap Top
Lubna Printed Organza Wrap Top
Lubna Printed Organza Wrap Top
Lubna Printed Organza Wrap Top
Lubna Printed Organza Wrap Top
Lubna Printed Organza Wrap Top
Lubna Printed Organza Wrap Top Beli Lubna Printed Organza Wrap Top : https://t.productlink.io/a0536m1
Baju Kuning ni dah habis takde link
Zalia Pleated Peplum Top Kurung Set
Zalia Pleated Peplum Top Kurung Set
Zalia Pleated Peplum Top Kurung Set
Zalia Pleated Peplum Top Kurung Set
Zalia Pleated Peplum Top Kurung Set
Zalia Pleated Peplum Top Kurung Set
Zalia Pleated Peplum Top Kurung Set
Zalia Pleated Peplum Top Kurung Set
Zalia Pleated Peplum Top Kurung Set
Zalia Pleated Peplum Top Kurung Set
Inilah kerja kami raya pertama, tukar tukar baju boria raya untuk bergambar and buat video. Sangat bosan okay raya bujang tanpa keluarga ni.
RAYA PKP 3.0 KEDUA
Raya kedua takde aktiviti, makan tidur makan tidur dan joging
RAYA PKP 3.0 KETIGA
raya ketiga 15 Mei , so iena pergi mynynews shopping sebab ada extra 5X point. Baju raya ni dari zalora juga.Koleksi PETRA tapi dah habis so takde link nak kongsi
Macam biasa nak hilangkan bosan turun joging
RAYA PKP 3.0 KEEMPATDapat Perkhabaran Arwah paklang, abang kandung kepada mak sakit tenat. Start hari ni takde kongsi gambar di social media dan satu hari suntuk raya ke 4 takde insta story.. Sebab sibuk uruskan urusan permit rentas daerah/negeri.
Raya Berikutnya suram selepas dikabarkan pemergian Arwah paklang tercinta pada 18 Mei 2021.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ienaeliena.com/2021/05/raya-bujang-pkp-30-pertama-kali-beraya.html