Raya 2023 Awal Sehari Ini Penjelasan Jupem Berkenaan Hilal Syawal


Raya 2023 Awal Sehari? Ini Penjelasan JUPEM Berkenaan Hilal Syawal
Pusat Astronomi Antarabangsa berpengkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan akhir Ramadan pada tahun ini jatuh pada hari Khamis bersamaan 20 April 2023.
Laporan portal Gulf News bagaimanapun menyebut beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin sukar melihat anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas.
Berita berkenaan menyebabkan ramai yang menyangka Hari Raya Aidilfitri di Malaysia tahun 2023 ini akan disambut lebih awal sehari, iaitu pada 21 April berbanding tarikh jangkaan pada 22 April 2023.
 Isu ‘raya awal’ yang hangat dibincangkan dalam kalangan umat Islam negara ketika ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.
Sementara itu, berikut dikongsikan penjelasan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM berkenaan perbandingan hilal Syawal 2022 dan Hilal Syawal 2023 yang mungkin dapat memberi gambaran tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Raya Awal Sehari? JUPEM Kongsi Perbandingan Data Hilal Syawal 2022 Dengan Data Hilal Syawal 2023 Data hilal yang dihisab (hitung) sentiasa dirujuk semasa menentukan tarikh baharu dalam sesuatu bulan hijri. Data hilal pada setiap tarikh 29 haribulan hijri dianalisa untuk mengetahui samada ia memenuhi syarat Kriteria Imkanur-Rukyah atau sebaliknya yang menentukan jumlah hari dalam bulan tersebut hanya 29 hari atau 30 hari.
Bagi penentuan tarikh baharu tiga bulan utama yang melibatkan ibadah besar iaitu bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah akan ditentukan melalui kedua-dua kaedah hitungan (hisab) dan cerapan hilal (rukyah).
Kriteria Imkanur-Rukyah merupakan satu kriteria yang digunakan sebagai asas yang menggambarkan ciri hilal yang dianggap boleh dilihat dengan mata kasar atau bantuan alat optik. Kriteria yang digunakan adalah melibatkan dua elemen iaitu tinggi hilal dan jarak lengkung antara hilal dengan matahari semasa waktu maghrib (matahari terbenam).
SYARAT MINIMA HILAL BOLEH KELIHATAN
Syarat minima hilal boleh kelihatan menurut kriteria ini mestilah di ketika matahari telah terbenam kedua-dua syarat mestilah dipenuhi iaitu tinggi hilal di atas ufuk tidak kurang dari 3° dan jarak lengkung antara matahari dan bulan tidak kurang dari 6.4° (6° 24’).
Pemahaman masyarakat terhadap data hilal adalah penting supaya dapat mendapat gambaran potensi hilal kelihatan atau sebaliknya terutama melibatkan tiga bulan utama semasa cerapan hilal dilakukan.
Pengetahuan ini boleh dijadikan panduan kepada orang awam untuk memahami samada hilal bagi sesuatu bulan itu berada pada tahap mustahil boleh dilihat atau sukar dilihat atau mudah kelihatan.
Gambaran tersebut dapat difahami dengan mengetahui beberapa ciri antaranya seperti berikut:
a) ketinggian hilal di atas ufuk;
b) jarak antara hilal dengan matahari;
c) umur hilal dari berlaku ijtimak sehingga hilal terbenam;
d) tempoh hilal berada di atas ufuk; dan
e) sejauh mana data hilal tersebut menghampiri kriteria imkanur-rukyah.
Hilal yang mempunyai ciri-ciri kritikal hampir memenuhi syarat minima Kriteria Imkanur-Rukyah sering mendapat perhatian pencerap kerana menjadi cabaran dan harapan kemungkinan hilal dapat dilihat sekaligus menjadi satu pencapaian rekod baharu dalam cerapan hilal untuk digunakan dalam penilaian saintifik bagi tujuan penambahbaikan Kriteria Imkanur-Rukyah jangka masa panjang di masa hadapan.
Dalam keadaan dimana hilal yang berada di bawah Kriteria Imkanur-Rukyah berjaya dilihat, ia akan memberi kesan kepada perubahan tarikh bulan baharu berbeza dengan kalender hijri yang telah diterbitkan sebagaimana berlaku pada bulan Syawal tahun 2022.
Analisa Data Hilal Syawal 2022 & 2023 Analisa data hilal Syawal tahun 2022 menunjukkan bahawa tinggi hilal 5° 27’ adalah berada jauh melebihi syarat minima (3°).
Manakala jarak lengkung hilal ke matahari adalah 5° 57’ yang hampir memenuhi syarat minima (6° 24’).
Hasil cerapan mendapati bahawa hilal Syawal 2022 telah berjaya dilihat dan penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 adalah lebih awal sehari berbanding tarikh yang telah ditetapkan di dalam kalender.
Analisa data hilal Syawal tahun 2023 menunjukkan bahawa tinggi hilal adalah 2° 18’ berada di bawah kriteria minima (3°), manakala jarak lengkung hanyalah 2° 41’ sahaja berada jauh di bawah kriteria minima (6° 24’).
Data ini menggambarkan hilal berada pada posisi sukar dilihat kerana jauh di bawah syarat minima.
Walau bagaimanapun sebagai umat islam yang beriman adalah wajib mengimani bahawa segala ketentuan adalah di atas kehendak Allah SWT.
Telah menjadi ketetapan di negara ini bahawa cerapan hilal rasmi dijalankan pada 29 haribulan hijri bagi tiga bulan utama dan sekiranya hilal kelihatan maka keesokannya ditetapkan sebagai 1 haribulan bulan baharu sebaliknya jika tidak kelihatan maka keesokan harinya adalah dilanjutkan kepada 30 haribulan.
Perbincangan Jawatankuasa Fatwa Tentang Tarikh Hari Raya 2023 Ramalan Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bahawa 1 Syawal di kebanyakan negara adalah pada 21 April, akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar.
“Jadi saya rasa kita kena tunggu. Kita akan bincang di peringkat Jawatankuasa Fatwa, seboleh-bolehnya kita nak mengelakkan apa yang berlaku pada tahun lepas tidak berulang supaya tidak terkejut (sambut raya).
“Saya tidak mahu mendahului dan serah kepada kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk keputusan,” katanya kepada media selepas majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam melaksanakan program kebersihan, di sini hari ini.
Di Malaysia, pengisytiharan tarikh 1 Syawal dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu.
Portal Gulf News melaporkan Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di UAE mengumumkan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.
Bagaimanapun, menurut laporan itu beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas.
Laporan itu juga memaklumkan kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan Syawal pada 21 April (Jumaat) sebagai hari pertama Aidilfitri.
Dalam pada itu, ditanya persediaan yang perlu dilakukan umat Islam untuk berdepan sebarang kemungkinan, Mohd Na’im meminta umat Islam agar bersabar kerana penentuan tarikh hari raya terletak kepada kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
“Bagaimanapun ada satu kaedah dalam syarat yang menyebut ‘tindakan pemerintah yang bertanggungjawab itu didasarkan kepada kepentingan awam’. Jadi saya ingat itu kriteria yang akan digunakan nanti untuk memudahkan rakyat,” katanya.
Menunggu Pengumuman Rasmi Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Kebelakangan ini terdapat maklumat telah tersebar di media sosial berkenaan tarikh hari raya tahun 2023 adalah lebih awal sehari berbanding kalender sehingga masyarakat tertanya-tanya serta menimbulkan kegusaran sesetengah pihak.
Justeru orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dalam membuat kenyataan sehingga boleh menimbulkan kerunsingan dalam masyarakat.
Sebaiknya adalah menyerahkan penetapan tarikh baharu bagi sesuatu bulan hijri terutama melibatkan ibadah puasa, perayaan hari raya dan hari raya korban kepada pihak berwajib setelah keputusan cerapan hilal diseluruh negara diperolehi dan pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Kredit: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/raya-awal-sehari-2023/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=raya-awal-sehari-2023

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polemik Idul Fitri 2023 Dan Penetapan 1 Syawal 1444 H

Polemik Idul Fitri 2023 Dan Penetapan 1 Syawal 1444 H

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 587 hits
Kapan Idul Fitri 2023 1 Syawal 1444 H Anda mau ikut Muhammadiyah ataukah ikut pemerintah Ada potensi berbeda antara Jumat ataukah Sabtu
Ibu Bapa Rayu Kpm Benar Sekolah Cuti Raya Awal

Ibu Bapa Rayu Kpm Benar Sekolah Cuti Raya Awal

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 360 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Kalau tahun lalu saya terpaksa tempuh hampir 20 jam balik Kelantan kalau tahun ini masih raya mengejut tidak mustahil akan alami situasi sama atau lebih lama atas jalan Demikian ujar seorang kerani swasta Aini Ameer...
Bantuan Khas Awal Persekolahan 2023 Meingankan Beban Ibu Bapa

Bantuan Khas Awal Persekolahan 2023 Meingankan Beban Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 498 hits
Syukur kepada Allah swt apabila Furqan yang berada di tahun 1 kini mendapat Bantuan Khas Awal Persekolahan 2023 Rezeki anak anak yang bersekolah tahun 1 bagi sesi 2023 Apa yang bezanya sesi persekolahan diberikan wang bantuan sebanyak satu ...
Jawatan Kosong Amanah Raya Berhad Bagi Bulan April 2023

Jawatan Kosong Amanah Raya Berhad Bagi Bulan April 2023

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 224 hits
Jawatan Kosong Amanah Raya Berhad Bagi Bulan April 2023 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Hari ini ini berkongsikan satu maklumat yang terbaru berkaitan dengan satu kerjaya yang telah dibuka oleh satu badan yang besar dan diakui ti...
Watsons Raya 2023 Rahsia Gaya Raya Chord

Watsons Raya 2023 Rahsia Gaya Raya Chord

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 271 hits
D m F C oh aidilfitri C menjelma kembali A m masa indah yang F kita cari cari C segak bergaya F happy satu famili A m rahsia ini F hey kami nak kongsi C F salah dan silap marilah memaafi A m F hilangkanlah sengketa C dari hati F yang keruh ...
Jangkaan Raya Awal Beri Cuti Khas 19 April Kpm Diberitahu

Jangkaan Raya Awal Beri Cuti Khas 19 April Kpm Diberitahu

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 407 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kementerian Pendidikan diminta memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April mengambil kira jangkaan 1 Syawal mungkin 21 April sehari awal berbanding ketetapan asal Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebang...
Senarai Iklan Raya 2023

Senarai Iklan Raya 2023

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 526 hits
Senarai Iklan Raya 2023Senarai Iklan Raya 2023 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Pejam celik pejam celik hari raya Tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri dan pastinya ramai yang menunggu apa iklan raya tahun 2023 Kebias...
Trend Raya 2023 Todak Fusion Di Mid Valley Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur

Trend Raya 2023 Todak Fusion Di Mid Valley Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 443 hits
Trend Raya 2023 anjuran Todak Fusion Sdn Bhd Di Mid Valley Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur Jom shopping di Trend Raya yang berkonsepkan trendy Antara barisan jenama yang akan berada di Trend Raya adalah Wawa Cosmetics Elrah Exclus...
Tudung Sofearose Alun Raya 2023 Beli Dan Menang

Tudung Sofearose Alun Raya 2023 Beli Dan Menang

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 285 hits
TUDUNG SofeaRose ALUN RAYA 2023 BELI DAN MENANG Yeayyyy Tudung raya mummy dari SofeaRose dah sampai Buka kotak je terus pakai Tak sempat iron pun tak apa Cantik terletak elok on point betholl shawl TUDUNG SofeaRose ALUN RAYA 2023 BELI DAN M...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever