Rawatan Susulan Bagi Penyakit Gusi
Catatan terdahulu berkaitan rawatan penyakit gusi saya :
10 Februari 2022 | Rawatan ‘Root Surface Debridement’ 103 Mac 2022 | Rawatan ‘Root Surface Debridement’ 228 Mei 2022 | Penilaian Selepas Dua Bulan
Petang semalam (Jumaat, 28.10.2022), sekali lagi saya berjumpa doktor gigi bagi menjalani rawatan susulan berkaitan penyakit gusi yang saya alami. Janji temu sepatutnya pada penghujung bulan Ogos lalu, tetapi bertukar masa beberapa kali atas beberapa sebab (kadang Dr. Freeda tak ada dan kadang saya pula yang tak dapat hadir). Sudahnya, rawatan susulan yang sepatutnya dibuat selepas tiga bulan jadi berjarak lima bulan. Tapi itu bukanlah masalah besar, sebab ianya hanyalah rawatan susulan
Alhamdulillah, semalam dapat juga saya hadir setelah menggantikan slot pesakit lain yang tak dapat hadir. Pihak klinik sangat profesional dalam menguruskan slot rawatan, semuanya diatur dengan baik. Jadinya kalau ke klinik, tak perlulah kita menunggu lama untuk mendapatkan rawatan dan ruang menunggu tak dipenuhi dengan pesakit yang sedang menunggu
Bagi rawatan susulan kali ini, ada tiga perkara dilakukan :Ukur gigiScalingRepair splinting gigi atasMenurut Dr. Freeda, secara keseluruhannya gusi saya sudah kembali sihat (gusi yang sihat adalah gusi yang mampu memegang kukuh gigi). Tetapi ada sebatang gigi yang tak dapat dipegang kukuh oleh gusi disebabkan keadaan penyusutan gusi yang teruk. Buat masa sekarang, pilihan yang ada hanyalah gigi tersebut perlu kekal memakai ikatan gigi (splinting) supaya kukuh tidak bergoyang
Disebabkan tiada masalah serius, maka rawatan susulan berikutnya hanya perlu dibuat setiap enam bulan sekali. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Walaupun gusi yang dah susut tak mungkin pulih seperti asal, tetapi sekurang-kurangnya gusi saya sudah bebas daripada penyakit gusi
Rawatan kali ini selesai dalam tempoh kira-kira 50 minit. Caj dikenakan sebanyak RM400. Untuk rekod, ini merupakan kali ke-9 saya mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Periodontik & Pergigian Freeda Woon di sepanjang tahun 2022. Insya Allah janji temu berikutnya pada bulan April 2023
Pukul 4.17 petang - pemandangan dari atas Jambatan Kedua Pulau Pinang sewaktu dalam perjalanan balik ke rumah. Awam gelap dan hujan rintik-rintik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2022/10/rawatan-susulan-bagi-penyakit-gusi.html