Masalah Rahim Kendur Kesan Pencegahan Dan Rawatan



(Penulis artikel ini ialah pakar perbidanan dan sakit puan di Hospital Raffles, Klinik Raffles Tampines 1)
Kekenduran rahim atau uterine prolapse adalah satu keadaan apabila organ rahim menurun atau melorot ke bawah memasuki saluran faraj dan kadangkala terkeluar dari ruang faraj.

Keadaaan ini biasanya berlaku akibat kelemahan ligamen dan otot yang menyokong dan 'memegang' rahim pada kedudukan asalnya.

Keadaan ini juga turut boleh berlaku dengan masalah kelemahan di bahagian dinding faraj atau cystocele dan lantai faraj atau rectocele.




Kekenduran rahim boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.

Pertama, kelemahan ringan yang mengakibatkan rahim melorot sedikit daripada kedudukan biasa. 

Kedua, ia berlaku apabila rahim menurun sehingga pintu rahim atau serviks berpangkalan di permukaan saluran faraj.
Ketiga, tahap yang paling teruk apabila sebahagian atau keseluruhan organ rahim terkeluar dari ruang faraj.Keadaan rahim yang terkeluar dari saluran faraj sepenuhnya turut dikenali sebagai masalah tombong atau procidentia.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah kekenduran rahim dan faktor usia menjadi penyumbang utama.
Kekenduran rahim lazimnya menjejas wanita mapan pada peringkat usia yang sudah lanjut.

Setelah mengalami menopaus atau putus haid, ketandusan hormon seks wanita, estrogen, menyebabkan kekecutan dan kelemahan tisu, ligamen dan otot di bahagian pinggul dan faraj yang menyokong organ rahim.

Oleh itu, seperti yang lazim berlaku, keadaan kekenduran rahim biasanya menjejas wanita berusia lebih 60 tahun.
Terdapat kemungkinan bahawa kesulitan dan kecederaan berkaitan dengan kehamilan dan kelahiran bayi boleh menyumbang kepada masalah kekenduran rahim.

Proses bersalin yang melibatkan waktu meneran yang terlalu lama, kelahiran bayi yang mempunyai berat badan terlalu besar, masalah kelamin atau faraj yang terkoyak dan kelahiran menggunakan alat bantuan forceps atau vaccuum juga boleh menyumbang kepada masalah kekenduran rahim.

Tekanan di bahagian perut yang berlebihan turut boleh melemahkan sokongan kepada organ rahim.

Tekanan yang tercetus daripada masalah-masalah seperti kegemukan, batuk kronik, sembelit, mengangkat bebanan berat dan ketumbuhan di bahagian rahim seperti fibroid, boleh memburukkan keadaan kekenduran rahim.

KESAN KEKENDURAN RAHIM
Masalah kekenduran rahim tidak bahaya dan tidak mengancam nyawa. Namun, ia boleh menjejas kualiti kehidupan dan menyebabkan kesulitan untuk melakukan kegiatan harian.

Gangguan mengeluarkan air kencing
Masalah yang biasa dialami adalah seperti kerap buang air kecil, sukar hendak mulakan kencing dan hilang daya untuk mengawal kencing.


Keadaan yang digelar stress urinary incontinence ini berlaku apabila kencing tidak dapat dikawal dengan baik apabila batuk, ketawa atau bersin dan keadaan ini boleh mengganggu tugas harian, kebersihan peribadi dan amalan ibadah.


Masalah hubungan seks
Keadaan kekenduran rahim juga boleh menyebabkan kelonggaran faraj akibat kelemahan otot di bahagian faraj sehingga menjejas keupayaan mengadakan hubungan seks dengan sempurna. Ia boleh mengurangkan kepuasan seks terutama pada pihak suami.

Sakit pinggang
Rahim yang terkendur menarik otot, ligamen dan urat yang berhubungan dengan bahagian pinggang dan pinggul. Ini boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan di bahagian yang terjejas khususnya ketika berdiri atau berjalan jauh.

Gangguan kesihatan kelamin
Masalah kekenduran rahim yang lanjut boleh menyebabkan bahagian pangkal rahim dan rahim yang tergesel dengan pakaian dalam, lebih-lebih lagi ketika berdiri atau berjalan. 

Bahagian rahim dan pangkal rahim yang terdedah turut boleh menjadi kering, mudah terluka, lantas boleh dijangkiti kuman. Ini kemudian boleh menyebabkan masalah pendarahan dan pengeluaran lendir yang banyak. 

Dalam jangka panjang, luka atau ulser yang timbul dari keadaan kekenduran rahim boleh berubah menjadi ketumbuhan barah.


Menghambat kegiatan
Organ rahim yang mengisi ruang di luar alat kelamin boleh menjejas keupayaan untuk bergerak, bersenam dan beribadah. 


Pencegahan
Cara terbaik untuk mengatasi masalah kekenduran rahim ialah dengan mengamal dan memberi perhatian kepada langkah-langkah pencegahan yang dapat mengurangkan risiko mendapat masalah kesihatan ini pada usia senja.


Gaya hidup sihat dengan cara pemakanan yang seimbang dan jadual senaman yang tetap, di samping mengelakkan tabiat buruk seperti merokok dan mengawal berat badan, dapat mencegah pelbagai masalah kesihatan seperti kegemukan, sembelit, batuk kronik dan menopaus awal.


Rawatan
Senaman untuk menguatkan otot di bahagian perut dan lantai pinggul boleh mencegah atau meringankan masalah kekenduran rahim.
Senaman ini boleh mula dilakukan ketika usia muda, sewaktu hamil atau sejurus setelah bersalin.
Jika diamalkan dalam kehidupan harian, otot di sekeliling faraj dan lantai pinggul menjadi bertambah kuat dan padat.


Pembedahan boleh dilakukan untuk membetulkan masalah kekenduran rahim. Melalui pembedahan yang dilakukan melalui lubang faraj, rahim yang kendur boleh dikeluarkan menerusi pembedahan yang dinamakan vaginal hysterectomy. Pembedahan ini biasanya diikuti dengan pembedahan untuk menguatkan dinding dan lantai faraj bagi mengatasi masalah cystocele dan rectocele.


Pembedahan manchester, walaupun jarang dilakukan, sesuai dilakukan untuk masalah kekenduran rahim yang ringan. Melalui pembedahan ini, pangkal rahim yang kendur boleh dipotong dan dikeluarkan tanpa mengeluarkan organ rahim.
Walaupun pembedahan dapat memulihkan keadaan kekenduran rahim, tidak semua wanita dalam lingkungan usia 60-an tahun berasa selesa untuk menjalani pembedahan.


Ada pula yang tidak sesuai untuk menjalani pembedahan atas sebab-sebab keadaan kesihatan yang kurang memuaskan. 

Bagi golongan ini, rawatan menggunakan alat berbentuk cincin yang dinamakan ring pessary, boleh dimasukkan ke dalam ruang faraj untuk menyokong dan memasukkan rahim ke dalam ruang pinggul.


Alat pessary ini harus diganti setiap dua hingga tiga bulan untuk mencegah masalah luka dan jangkitan.


Nota: Penulis artikel ini ialah pakar perbidanan dan sakit puan di Hospital Raffles, Klinik Raffles Tampines 1.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2010/02/khas-untuk-wanita-masalah-rahim-kendur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 Bilion Kanak Kanak Terjejas Kesan Perubahan Iklim

1 Bilion Kanak Kanak Terjejas Kesan Perubahan Iklim

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 210 hits
KIRA KIRA 1 bilion kanak kanak berdepan risiko sangat tinggi akibat perubahan iklim amaran kumpulan hak asasi pada Rabu sambil menambah taraf hidup belia gagal bertambah baik dalam dekad yang lalu Indeks KidsRights berdasarkan angka yang di...
Polis Kesan Pemandu Myvi Lawan Arus Di Lebuh Raya

Polis Kesan Pemandu Myvi Lawan Arus Di Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 205 hits
Perodua Myvi yang dirakam dipandu melawan arus di KM 31 2 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kulai KULAI Polis sedang mengesan pemandu sebuah Perodua Myvi yang dirakam memandu secara melawan arus dengan memasang lampu kecemasan di KM 31 2...
Hiburan Produk Pencerahan Kulit Adalah Scam Pakar Dedah Kesan Jangka Lama Pada Kulit

Hiburan Produk Pencerahan Kulit Adalah Scam Pakar Dedah Kesan Jangka Lama Pada Kulit

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 146 hits
Zaman sekarang ni kulit nampak muda berseri dan tanpa cela adalah antara salah satu standard kecantikan yang diletakkan untuk para wanita Tapi standard tak standard sebagai wanita memang kita nak kulit wajah yang nampak muda berseri pun kan...
Thailand Mula Saring Penumpang Dari Afrika Kesan Ebola

Thailand Mula Saring Penumpang Dari Afrika Kesan Ebola

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 194 hits
Thailand mula saring penumpang dari Afrika kesan Ebola Dikemas kini 45 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Oct 2022 8 15AM
Anak Termuntah Atas Karpet Bukan Sengaja Ini Cara Nak Cuci Kesan Muntah Hilang Terus Bau

Anak Termuntah Atas Karpet Bukan Sengaja Ini Cara Nak Cuci Kesan Muntah Hilang Terus Bau

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 211 hits
Anak anak kita yang sedang membesar memang banyak ragamnya Ada yang baru belajar bebas pamper dan terbuang tanpa sedar Penuh kesabaran kitalah yang membersihkannya agar jadi bersih Anak termuntah juga buat kita bikin panik namun jangan dima...
Nampak Dah Siapa Pemenang Penyampai Radio Sinar Diminta Untuk Memakai Kostum Sekali Ini Yang Dipakai Oleh Rahim

Nampak Dah Siapa Pemenang Penyampai Radio Sinar Diminta Untuk Memakai Kostum Sekali Ini Yang Dipakai Oleh Rahim

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 140 hits
SINAR FM merupakan stesen radio berita berbincangan dan muzik sepanjang zaman Malaysia yang mula bersiaran pada 1 Mac 2004 dengan cogankata asal Cahaya Hidup Anda kemudiannya Muzik Retro Terbaik Menerusi satu perkongsian video yang dikongsi...
Sering Jerit Atas Pentas Sebab Tuntutan Watak Tapi Ramai Menyampah Cara Rahim Sepahtu Melawak

Sering Jerit Atas Pentas Sebab Tuntutan Watak Tapi Ramai Menyampah Cara Rahim Sepahtu Melawak

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 329 hits
Sebelum ini pelawak Rahim Sepahtu ada memaklumkan bahawa dia bukan sengaja untuk menjerit jerit di atas pentas semasa melakukan sketsa tetapi itu semua adalah tuntutan watak Malah Rahim turut berkata jika ada sesetengah netizen kurang senan...
Saya Tak Pasti Jika Sebelum Ini Ada Shuib Mer4juk Rahim Sepahtu Dedah Berkenaan Dengan Apa Yang Berlaku

Saya Tak Pasti Jika Sebelum Ini Ada Shuib Mer4juk Rahim Sepahtu Dedah Berkenaan Dengan Apa Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 174 hits
PELAWAK Rahim Sepahtu menjelaskan dirinya bukan sengaja menyampaikan lawak dengan cara menjerit jerit
Kesan Mengundi Tanpa Fikir Panjang Tak Kan Lah Nak Undi Lagi

Kesan Mengundi Tanpa Fikir Panjang Tak Kan Lah Nak Undi Lagi

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 238 hits
Rasuah menjahanamkan poket rakyat beli undi dengan RM200 tapi rakyat merana 5 tahun
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator