Rawatan Rambut Untuk Muslimah Di Sozo Hair Weave


Assalamualaikum semua...
Dah lama Cik Sue rancang nak buat rawatan rambut lepas pantang,last trim rambut masa mengandung Haziq 7 bulan lebih itu pun cuci je.Kebetulan selasa lepas keluar dengan adik dan anak-anak ke Jusco Cheras Selatan cari pakaian baru untuk kakak dan adik,maklumlah lama pkp berkurung anak-anak makin besar,kain baju makin senteng dan ketat,si Haziq pun tak banyak baju,dok pakai baju basahan kakak kecil-kecil dulu je.
Kepala pun dah rasa tak selesa sangat,dengan pantang sendiri,tak sempat nak betul-betul jaga dan cuci rambut,anak kecil lagi,jadi memang nak sangat la pergi salun rambut. Atas cadangan rakan,Cik Sue terus menuju ke SOHO HAIR WEAVE yang terletak di Bandar Baru Sungai Long,tak jauh dah dari Jusco tu.
kedainya belah barisan belakang rumah kedai,kena tengok 
betul-betul ye.Mula-mula sampai cuak jugak,sesuai ke ni ,selesa ke ni untuk wanita bertudung/muslimah buat rawatan rambut kat kedai ni? Cik Sue terus masuk dan tanya dulu.Ada staf wanita nama Yeoh ,terus Cik Sue tanya,dan dia bagitau yang sarankan kat Cik Sue tu kawan dia dan kedai ni memang sediakan bilik khas untuk wanita,tak campur dengan lelaki.Cik Sue jenguk-jenguk wahhhh selesa biliknya.Terus minta kebenaran bawa masuk budak-budak tapi ada adik la jaga,nak suruh tunggu dalam kereta kang tak selesa pula.Haziq pun baik sangat tak meragam Mok Su nya jagakan kejap.Sesi pun tak lama  satu jam lebih je.
                    


ruang terbuka untuk pelanggan lelaki
ruang menunggu di hadapan


bilik khas personal sorang-sorang untuk pelanggan perempuan
sebelah kiri tu bilik khas untuk pelanggan perempuan 
siap dengan langsir,jangan risau aurat terjaga.



bilik untuk cuci rambut
Rawatan kulit kepala dan rambut gugurCik Sue ni sebenarnya mengalami masalah rambut gugur yang sangat parah sejak Haziq lahir.Masa mengandung tak de pulak gugur perubahan hormon agaknya,jadi "postpartum hair fall" bukan mitos ye huhuuu.Tahap gugur rambut ni bukan sikit-sikit tau,setiap kali sikat rambut tak kira la pagi ke petang ke malam ke,dua tiga cekak rambut kat sikat tersangkut,yang Cik Sue pasti rambut gugur tu bukan putus-putus atau sekerat-sekerat,tapi memang tercabut dari akar/pangkalnya

pemeriksaan kulit kepala.
Jadi sebelum memulakan rawatan staf tu buat pemeriksaan kulit kepala dulu ,nak tengok masalah sebenar rambut dan kepala Cik Sue,dan dia pun terkejut tengok rambut CikSue gugur dengan teruk sampai belah kanan dan kiri hampir botak ye,cuma kurang risau sikit sebab anak rambut masih ada,jadi harapan tumbuh rambut baru tu masih ada,Insya Allah takkkan botak

Bila di "scan" kulit kepala,Ya ampunnnnn memang berminyak teruk ye kulit kepala sampai menutup folikel rambut iaitu akar rambut,jadi mudah gugur.Bukan sebab tak cuci atau syampu ye,Cik Sue selang sehari syampu rambut,bila bagitahu staf tu jenis syampu,rupanya Cik Sue pakai syampu yang tak sesuai dengan kulit kepala dan jenis rambut,haiyaaaa.....mano la den tauuuuu huhuuuu...



Ha gambar atas ni hasil scan kulit kepala Cik Sue,yang putih-putih tu minyak kat kulit kepala ye,dah menutup akar rambut,jadi bila rambut sedia ada gugur,rambut yang nak tumbuh tak lepas keluar sebab minyak menutup,tu yang sampai nampak nak botak tu huhuuu Alhamdulillah staf tu kata akar dalaman masih kuat dan potensi untuk tumbuh masih tinggi,jadi kena rawat je,dan rambut Cik Sue sangat sihat tak de bercabang,berbuah atau rapuh,sangat sihat.Kulit kepala je jadi masalah

Katanya kulit kepala Cik Sue jenis mudah berminyak,jadi syampu CikSue pakai hanya bersihkan rambut .tak bersihkan kulit kepala.Di tambah pula perubahan hormon selepas bersalin,menambahkan lagi keguguran rambut yang teruk.Jadi rawatan yang dia akan buat adalah rawatan kulit kepala,Cik Sue minta potong pendek bagi kemas dan cuci rambut sekali

                                                                   
Mula-mula buat rawatan kulit kepala dulu,sapukan syampu dan ubat  khas yang sesuai dengan hormon wanita lepas bersalin macam Cik Sue ke seluruh kulit kepala,dan stim/wapkan kepala bagi syampu dan ubat tu meresap ke kulit kepala


stim/wap 15 minit 
cuci kepala dan rambut
potong,trim dan blow
Serius puas hati sangat perkhidmatan dan rawatan kat kedai ni,sepanjang buat rawatan pun ringan mulut staf dia terangkan semua,jenis syampu dan ubatan serta tonik yang di guna,jadi tak de la was-was,siap tunjuk depan-depan botol syampunya serta bahan-bahan yang di gunakan,lepas tu bagusnya siap tanya dulu nak ke buat ini buat itu,bukan suka-suka terus buat ye.Stafnya pun banyak bagi cadangan dan khidmat nasihat untuk masalah kepala dan rambut Cik Sue.Jadi tidaklah terpinga-pinga kan hehehe

Nak tengok tak beza folikel rambut Cik Sue selepas rawatan? memang ada beza tau,syok betul

nampak tak beza dengan yang mula-mula tadi 
Lebih bersihkan bahagian akar rambut tu,barulah senang rambut baru nak keluar,walaupun gugur nanti tidaklah sampai nampak botak sebab faktanya rambut manusia emmang akan gugur setiap hari antara banyak dengan sikit je la bergantung pada individu
Perkhidmatan yang memuaskan hati. Keseluruhannya Cik Sue suka kedai ni,banyak pilihan syampu dan tonik atau produk mengikut masalah-masalah pelanggan ,kenapa Cik Sue kata gitu sebab lepas Cik Sue,adik pun buat rawatan juga,mula-mula tak nak lepas tengok Cik Sue buat dan puas hati terus dia nak join sama,dan dia kata memang best segar kepala ,dia ada masalah kelemumur dan rambut berminyak.Kitaorang memang puas hati betul,sampai balik pun dok belai rambut lagi,tambah kembang hati bila laki kata nampak segar dan wangi rambut

Kedai pun selesa,aurat terjaga,ada bilik khas personal,memang menjaga privacy wanita muslimah,tak de la nak risau dan dok berjaga-jaga je.Tak kacau orang lain buat rawatan ,senang nak borak apa-apa dengan staf ,tak de la segan sangat. 


Jadi jom la sesapa nak memanjakan rambut dan kulit kepala tu ,nak buat potongan rambut jenis baru ke nak inaikan ke,nak warnakan ke,nak cuci je ke pun boleh ,untuk wanita muslimah jangan risau,aurat terjaga ye.
Ni detail korang boleh singgah salun ni ye,stafnya pun ramah,cari miss Joey heheehhe...
Sozo Hair Weave 
No 2A Jalan SL 1/2 ,
Bandar Sungai Long,43000 Kajang.
Tel : 03-90115690/ 010-2222005
FB : SOZO HAIR WEAVE 
IG : SOZO HAIR WEAVE 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sueizza.com/2021/09/rawatanrambutmuslimahdisozohairweave.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Accesories Rambut Mr Diy Nak 1 Je Tapi Terbeli Lebih

Accesories Rambut Mr Diy Nak 1 Je Tapi Terbeli Lebih

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 367 hits
Perempuan kalau dia dah masuk MR DIY dari nak beli satu barang jadi berbarang barang dia angkut Kan Termasuklah yang bercakap ni Eh menaip Pantang dapat lepas masuk MR DIY Itu nak ini nak Sebenarnya malas nak keluar tapi sebab sepit rambut ...
Fuh Tedia Rambut Mayat Keluar Dari Kubur

Fuh Tedia Rambut Mayat Keluar Dari Kubur

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 405 hits
Keadaan rambut tersebut yang ditemui di sebuah kubur berusia 100 tahun Jam Press Vid kaitlynnerbeznik Rambut mayat keluar dari kuburSACRAMENTO CALIFORNIA Sebuah video menjadi tular di media sosial apabila memaparkan objek didakwa rambut man...
Inai Readymade Inai Damia Untuk Rambut Beruban

Inai Readymade Inai Damia Untuk Rambut Beruban

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 386 hits
Biasalah dah berusia ni memang rutin k fiezz inai rambut uban Tiap tiap bulan memang k fiezz akan inai rambut uban sebab nak cover tak nak bagi orang perasan sangat uban sis ni hehe Walaupun kadang kadang tu malas tau benornya nak inai ramb...
Bagi Tunjuk Keikhlasan Saya Potong Rambut Sebenar Kim Soyeon

Bagi Tunjuk Keikhlasan Saya Potong Rambut Sebenar Kim Soyeon

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 197 hits
Macam macam respon yang menbanjiri internet selepas The Penthouse 3 melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu kan Amaran SPOILER Selepas melakukan pelbagai kejahatan Cheon Seo jin akhirnya menerima balasan apabila dia disahkan menghidapi kanser ...
Hiburan Rela Padam Video Free Hair Di Youtube Fieya Julia Tak Menyesal Biarpun Pendapatan Terjejas

Hiburan Rela Padam Video Free Hair Di Youtube Fieya Julia Tak Menyesal Biarpun Pendapatan Terjejas

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 302 hits
Selepas mengambil keputusan untuk berhijrah pada Ogos lalu penyanyi Fieya Julia turut memadam semua kandungan video di YouTube yang sebelum ini memaparkan rambutnya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBiarpun pendapatan agak terjejas selepas mem...
15 Hair Raising Diy Halloween Candle Ideas With A Scary Appearance

15 Hair Raising Diy Halloween Candle Ideas With A Scary Appearance

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 197 hits
Halloween is the type of holiday that really depends on decorations I mean there is no point in celebrating Halloween if there is nothing to spook the young trick or treaters right Halloween decorations make a world The post appeared first ...
Rapper Mexico Dakwa Jadi Manusia Pertama Implan Emas Ganti Rambut Di Kepala Video

Rapper Mexico Dakwa Jadi Manusia Pertama Implan Emas Ganti Rambut Di Kepala Video

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 547 hits
Rapper Mexico Dakwa Jadi Manusia Pertama Implan Emas Ganti Rambut Di Kepala VIDEO Seorang pemuzik dan rapper dari Mexico Dan Sur mendakwa dirinya menjadi manusia pertama yang menanam rantaian emas di kepalanya sebagai pengganti rambut Rappe...
Misteri Lelaki Terkejut Menjumpai Rambut Yang Terkeluar Dari Kubur Yang Berusia 100 Tahun

Misteri Lelaki Terkejut Menjumpai Rambut Yang Terkeluar Dari Kubur Yang Berusia 100 Tahun

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 205 hits
Misteri Lelaki Terkejut Menjumpai Rambut Yang Terkeluar Dari Kubur Yang Berusia 100 Tahun JIKA disebut sahaja mengenai tanah perkuburan pastinya akan keluar pelbagai cerita mistik mengenainya terutamanya melibatkan hantu Bahkan ia selalunya...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau

Alya Iman Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla Di Viu

Filem Sheriff Di Pawagam 18 April