Rating Pernah Cecah 23 Bolehkah Running Man Kembali Ke Zaman Kegemilangan Dahulu
Dari kecil hingga besar, rasanya ramai peminat yang membesar bersama “Running Man” selama 13 tahun ini.
ARTIKEL BERKAITAN
"Song Jihyo Selalu Minta Maaf Selepas Setiap Penggambaran 'Running Man'.." - Yoo Jaesuk
Sudah menjangkau 646 episod, sudah pelbagai keperitan dan rintangan yang dilalui program paling popular SBS ini. Bahkan sudah beberapa ahli asal yang meninggalkannya dan beberapa ahli baru juga ditambah bagi menaikkan lagi seri program itu.
Pernah berdiri di atas
Selama berbelas tahun tayangan ini, “Running Man” pernah mencapai rating hingga dua angka dengan catatan 23.6% sebagai paling tinggi yang direkodkan dalam sejarahnya. Angka itu diraih semasa episod 131 di mana Chu Sung-hoon dan Lee Si-young hadir untuk episod ‘Pemburu Handal’.
Walau bagaimanapun, program itu kini hanya mampu berpuas hati dengan rating dalam lingkungan 4% ke 5% sahaja meskipun pelbagai perubahan dilakukan seperti mengubah slot tayangan ke 6.20 petang di mana ianya sama ketika ia di zaman kegemilangan dahulu. Pun begitu, catatan episod kebelakangan ini masih lagi boleh dibanggakan berbanding dengan rekod terendah yang pernah dicapai iaitu 3% pada tahun lalu.
Penuh onak dan duri
Selepas pemergian Song Joong-ki dan Kang Gary, “Running Man” turut menerima kritikan ramai apabila secara tiba-tiba cuba ‘membuang’ Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo pada tahun 2018 dengan alasan untuk membawa masuk ahli baru, khabarnya Kang Ho-dong. Namun ianya berjaya diselesaikan dengan baik apabila kesemua ahli berbincang dan mahu menamatkan program itu secara baik.
Pelan kemudiannya berubah apabila mereka membatalkan cadangan untuk melabuhkan tirai program tersebut dan menambah ahli baru iaitu Yang Se-chan dan Jeon So-min. Dengan sinar baru, karakter keduanya yang berbeza dan unik nyata membawa seri baru buat “Running Man”.
Tetapi tak semuanya indah apabila Lee Kwang-soo antara ahli yang paling disukai ramai memilih untuk mengundurkan diri pada 2021 dek kecederaan kaki yang mengehadkan pegerakan untuk bermain pelbagai permainan.
Percubaan baru
Disebabkan umur kesemua ahli yang kian meningkat, mereka tidak mampu untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti mengejar dan mencabut tag nama lagi. Oleh itu, pihak produksi sentiasa cuba membawa permainan baharu yang tidak memerlukan ketangkasan fizikal.
Malah mereka menggunakan kekuatan setiap ahli iaitu ‘bersembang’ di mana mereka sering menyelitkan momen mereka berbual kosong ketika di awal episod termasuklah sewaktu mereka di dalam kenderaan untuk bergerak ke lokasi lain. Gaya perbualan yang unik serta kelakar membuktikan bahawa keserasian mereka itu sudah cukup untuk membuatkan penonton terhibur.
Bukan sahaja perubahan pengarah produksi kepada Choi Hyung-in kini, “Running Man” juga sepertinya dalam misi untuk mencari ahli baru. Rata-rata penonton menebak bahawa Joo Woo-jae mungkin akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Lee Kwang-soo dek imej yang lebih kurang sama dengan ‘zirafah’ tersebut. Malah dalam setahun ini, sudah 6 kali model yang juga pelakon itu telah menyertai program ini sebagai tetamu lantas menguatkan lagi dakwaan berkenaan.
Apa kata korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/rating-pernah-cecah-23-bolehkah-running-man-kembali-ke-zaman-kegemilangan-dahulu/