Rating Dr Mahathir Jatuh 20 Kata Rafizi


FMT Reporters
-December 19, 2018 7:11 PM


PETALING JAYA: Rating Tun Dr Mahathir Mohamad merosot dalam 6 bulan ini sejak beliau mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Datuk Seri Najib Razak, menurut tinjauan pendapat dipetik pemimpin PKR, Rafizi Ramli hari ini yang memberi amaran euforia memihak kepada Pakatan Harapan (PH) hilang dalam kadar cepat.

“Saya benci menjadi pembawa berita buruk, tetapi seseorang perlu memberi amaran itu,” katanya yang mengetuai badan kaji selidik dikaitkan dengan PKR, Invoke Malaysia.

Bekas ahli Parlimen Pandan itu memberi amaran kemerosotan populariti akan bertambah teruk “jika tidak diuruskan dengan baik”.

“Ada tanda euforia bertukar menjadi kekecewaan.”

Beliau memetik satu tinjauan pendapat yang dijalankan awal bulan ini, di mana rating Dr Mahathir sebanyak 53%, merosot 19% daripada tinjauan sama pada Jun lalu, sejurus selepas PH memenangi pilihan raya umum Mei lalu.

Katanya, ini menunjukkan kemerosotan populariti kerajaan PH yang ditunjukkan semua kumpulan etnik.

“Ada penurunan secara konsisten sebanyak 20% bagi semua kaum – Melayu (daripada 66% kepada 45%), Cina (daripada 87% kepada 65%) dan India (daripada 84% kepada 64%).”

Beliau turut memberi contoh janji yang gagal dikotakan PH sejak ia berkuasa, walaupun orang ramai tidak mengharapkan “keajaiban” atau perubahan dalam 100 hari pentadbiran PH.

“Tetapi, sekurang-kurangnya pentadbiran PH perlu dilihat memfokuskan semata-mata untuk meletakkan asas dalam memenuhinya (janji pilihan raya) pada masa depan.

“Selepas seketika, ia tidak lagi cukup untuk mendakwa bekas pemimpin kerajaan dengan kes rasuah kerana selagi tiada penambahbaikan ketara (berkaitan punca pendapatan ekonomi) di peringkat akar umbi, kebimbangan akan berlarutan.”

Rafizi mendakwa pemimpin kerajaan mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu lebih mendesak dan memberi amaran semangat muhibah yang dikatakannya dalam mengekalkan kuasa, terhakis dengan cepat.

Katanya, ini termasuk layanan terhadap peneroka Felda.

“Bukan saja kita tidak mampu menghapuskan hutang mereka yang dipertikaikan berpunca daripada kerajaan terdahulu; kita tidak boleh membantu menjadikan keadaan lebih baik kepada mereka apabila harga komoditi jatuh.”

Beliau turut mendakwa kontroversi berhubung triti anti-diskriminasi oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai satu daripada puncanya.

“Saya tidak faham kenapa menteri Kabinet kita memfokuskan ratifikasi ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) tanpa mempertimbangkan sentimen di peringkat akar umbi.

“Kita boleh mencapai kejayaan, jika kita menumpukan perhatian terhadap rakyat Malaysia berbilang kaum mendapat layanan adil dalam setiap bidang kehidupan mereka, tanpa mengira kaum dan agama.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/rating-dr-mahathir-jatuh-20-kata-rafizi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Your Approval Rating Has Plunged From 72 To 53 Rafizi Tells Mahathir

Your Approval Rating Has Plunged From 72 To 53 Rafizi Tells Mahathir

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 346 hits
After 61 years Malaysia finally managed a successful democratic change Whether or not the democratic change meets our expectation no one should take the credit away from the Malaysian people The dust takes a bit longer to settle In the earl...
Pulanglah Umno Ke Pangkuan Dr Mahathir Kata Khairuddin

Pulanglah Umno Ke Pangkuan Dr Mahathir Kata Khairuddin

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 351 hits
Foto oleh Astro AwaniSemua pemimpin pemimpin UMNO yang baik kini harus segera pulang ke pangkuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan...
Kenapa Kerajaan Ph Tidak Turunkan Harga Petrol Kata Rafizi Hancing

Kenapa Kerajaan Ph Tidak Turunkan Harga Petrol Kata Rafizi Hancing

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 460 hits
Kerajaan PH perlu turunkan harga petrol sepatutnya harga boleh turun RM0 20 sen seliter kata RafiziHarga minyak mentah jatuh mendadak minggu ini Saya telah menyuarakan minggu lepas bahawa keadaan harga minyak mentah yang jatuh mendadak meme...
Bengang Dengan Kata Kata Mahathir Ini Respond Tmj Yang Sangat Mengejutkan

Bengang Dengan Kata Kata Mahathir Ini Respond Tmj Yang Sangat Mengejutkan

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 846 hits
Bengang Dengan Kata kata Mahathir Ini Respond TMJ Yang Sangat Mengejutkan Bengang Dengan Kata kata Mahathir Ini Respond TMJ Yang Sangat Mengejutkan
Rating Tun Jatuh 20

Rating Tun Jatuh 20

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 232 hits
Satu kajian dan angka yang masuk akal malah dijangka akan jatuh murudum apalagi kalau blog Budin pun sudah mengikut jejak Celah Gelegar Jatuh rating tidak popular akan ditolak rakyat adalah perkara biasa dalam politik lebih lagi ketika seda...
Th Perlu Tubuh Pasukan Audit Bebas Ke Atas Operasi Pengendalian Haji Kata Rafizi

Th Perlu Tubuh Pasukan Audit Bebas Ke Atas Operasi Pengendalian Haji Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 361 hits
Lembaga Tabung Haji perlu menubuhkan satu pasukan bebas untuk menjalankan audit menyeluruh ke atas operasi pengendalian haji untuk memastikan tidak ada unsur rasuah penyelewengan komisen dan sebagainya Bekas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli j...
Kepuasan Hati Rakyat Ke Atas Pm Jatuh Rafizi

Kepuasan Hati Rakyat Ke Atas Pm Jatuh Rafizi

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 444 hits
Kepuasan hati rakyat ke atas PM jatuh RafiziPosted By on December 21 2018Kadar penerimaan terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan kerajaannya telah menurun sebahagian besarnya disebabkan kekecewaan rakyat dengan kerajaan kerana gag...
Hubungan Mahathir Anwar Adalah Satu Cabaran Yang Perlu Diurus Pakatan Kata Dap

Hubungan Mahathir Anwar Adalah Satu Cabaran Yang Perlu Diurus Pakatan Kata Dap

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 347 hits
Hubungan Mahathir Anwar adalah satu cabaran yang perlu diurus Pakatan kata DAP Dikemas kini 6 minit yang lalu middot Diterbi
Continuous Learning In Business

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Thomas Arya Feat Shinta Angely Berat Rindu Terpisah Chord

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Jalan Jalan Bukit Bendera

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penat Tapi Tetap Kena Buat

10 Checklist Lengkap Cara Jadi Virtual Assistant Dari Zero

Baked Pasta Yang Sedap

Resepi Sup Tulang Bawang Goreng

Menambah Custom Field Pada Wordpress

Bread High In Protein Omega 3 And Fibre In Every Low Carb Bite