Rasulullah Membawa Berita Gembira Bagi Orang Yang Beriman Dan Membawa Berita Menakutkan Bagi Yang Mengingkarinya 9178



Akhir zaman makin kurang Sifat Malu – Rileks Media
Malu itu adalah bahagian daripada keimanan. Sifat malu seseorang semakin tinggi akan mengundang reaksi yang sama kepada orang lain. Sifat malu ini lebih nampak dan jelas kelihatan dan mesti lebih ada kepada perempuan berbanding laki-laki
Oleh kerana demikian, di dalam Al-Quran Allah سبحانه وتعالى menceritakan tentang seorang wanita yang berjalan cara jalannya itu digambarkan oleh Allah سبحانه وتعالى cara jalan orang malu
Allah سبحانه وتعالى mengambarkan di dalam Al-Quran “Telah datang salah seorang daripada anak perempuan Nabi Syu’aib عليه السلام. Ketika datang pergi kepada Nabi Musa عليه السلام nak panggil Nabi Musa supaya datang ke rumahnya. Cara jalan anak perempuan Nabi Syu’aib عليه السلام
digambarkan oleh Allah berjalan dalam keadaan tersipu malu.”Allah سبحانه وتعالى mengambarkan cara jalannya perempuan kerana itu sepatutnya menjadi sifat kepada perempuan untuk mempunyai malu lebih daripada lelaki. Kalau laki-laki tak malu itu ok, biasa sahaja. Yang problem kepada perempuan yang sifat malu lebih genetik, sinonim kepada perempuan. Maaf cakap zaman sekarang ini majunya teknologi telah membuatkan sifat malu terutamanya kepada kaum perempuan semakin tidak kelihatan
Bukan tiada. Ada!! Tapi kurangnya sifat malu ditonjolkan di dalam diri kerana peliknya lelaki lebih kelihatan malu daripada perempuan
Di fa ce bo ok misalnya dan sebagainya. Perempuan yang menegur lelaki terlebih dahulu. Bukannya lelaki itu yang menegurnya. Begitu juga dengan gambar-gambar yang di upload di dalam facebook dan sebagainya sehingga mudahnya ditatap oleh kaum lelaki
Tidak salah menegur tetapi kelihatan di situ kurangnya sifat malu pada diri lebih-lebih lagi kalau orang yang ditegurnya itu tidak rapat, tidak kenal. Jadi marilah kita muhasabah diri agar sifat malu tersemai di dalam diri kerana sesungguhnya keimanan itu pecahannya lebih 70 pecahan dan malu itu adalah bahagian daripada keimanan
#MutiaraKata[HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL-HAMID HAFIDZOHULLAH]#thecapal
FB: The Capal Akhir zaman makin kurang Sifat Malu – Rileks Media

7 Perkara Akhir Zaman Yang Digeruni – Rileks Media

Buat renungan kita bersama
#1- Orang Yang Tidak Sedarkan DiriDaripada Abu Hurairah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda;“Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.”
Riwayat Muslim#2- Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang FasikDaripada Anas R.A. beliau berkata, bersabda Rasulullah S.A.W;“Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik.”
Riwayat Ibnu AdyOrang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasik
#3- Menjual Agama Kerana DuniaDaripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda;“Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Walhal, hati mereka adalah hati serigala
Allah S.W.T. berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu ? Atau kamu terlalu berani berbo hong kepadaKu ? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung.”Riwayat Tirmizi#4- Pendusta Dan PengkhianatDaripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda;“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Pada waktu itu si pendus ta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dus ta. Pengkhia nat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhia nat
Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah ?” Rasulullah S.A.W. menjawab, “Orang kerdil, hina dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai.”Riwayat Ibnu Majah#5- Fasik Yang BerleluasaDaripada Abu Hurairah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda;“Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia.”
Riwayat Muslim#6- Penindasan Terhadap Umat IslamDaripada Tsauban R.A. beliau berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda;“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bahkan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu ?”
Rasulullah S.A.W. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah S.W.T. akan menca but rasa gentar terhadap kamu daripada hati mu suh-mu suh kamu, dan Allah S.W.T. akan melemparkan ke dalam hati kamu penya kit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya, “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah ?” Rasullullah S.A.W. menjawab, “Cinta dunia dan takut ma ti.”Riwayat Abu Daud#7- Namanya Sahaja IslamDaripada Ali bin Abi Thalib R.A. beliau berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W., “Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak adal lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah seja hat-ja hat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah dan kepada mereka jugalah fitnah itu akan kembali.”Riwayat Al-BaihaqiVIDEO:Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Sumber: tazkirah  via IslamItuIndah
7 Perkara Akhir Zaman Yang Dige runi – Rileks Media
Pelbagai Isu Hijrah Nabi ﷺ Dan Jawapannya
Posted on Wednesday, February 20, 2019 | 2/20/2019
Peristiwa hijrah Nabi ﷺ ke kota Madinah merupakan satu kisah atau peristiwa yang penting kerana bermula dari situlah agama Islam dapat disebarkan sehingga ke serata dunia. Di dalam al-Quran juga ada dihikayatkan oleh Allah SWT berkaitan peristiwa yang agung ini iaitu firman-Nya:

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّـهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّـهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ اللَّـهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّـهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedangkan dia salah seorang daripada dua (sahabat) ketika mereka berlindung di dalam gua. Pada ketika itu, dia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terbawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) adalah yang tertinggi (selama-lamanya) kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Al-Taubah:40]

Di dalam ayat ini, jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW dan Abu Bakar al-Siddiq RA menempuh pelbagai ujian dan cubaan ketika ingin berhijrah ke Madinah atau nama sebelumnya adalah Yathrib sehinggakan baginda SAW terpaksa bersembunyi di dalam sebuah gua bagi mengelak dijejaki oleh kaum musyrikin pada waktu. Antara perkara lain yang boleh difahami menerusi ayat di atas adalah perancangan kaum musyrikin Makkah dalam usaha mereka untuk membunuh Nabi SAW. Maka dengan sebab itu, Allah SWT perintahkan Nabi SAW agar keluar berhijrah dan meninggalkan tanah airnya yang tercinta.

Tambahan pula, di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, bahawa Ibn Abbas RA mengatakan:

بُعِثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَرْبَعِينَ سَنَةً، فَمَكُثَ بِمَكَّةَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ سَنَةً يُوحَى إِلَيْهِ، ثُمَّ أُمِرَ بِالهِجْرَةِ فَهَاجَرَ عَشْرَ سِنِينَ، وَمَاتَ وَهُوَ ابْنُ ثَلاَثٍ وَسِتِّينَ

“Nabi ﷺ dilantik menjadi Rasul pada usia 40 tahun dan baginda tinggal di Makkah selama 13 tahun (dalam menyampaikan dakwahnya). Kemudian, baginda menerima wahyu daripada Allah SWT dan diperintahkan agar berhijrah. Maka baginda SAW berhijrah dan menetap di sana selama 10 tahun lalu wafat ketika berusia 63 tahun.” [Riwayat al-Bukhari (3902)]

Al-Hafiz Ibn Kathir mengatakan:

وَقَدْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ عَلَيْهِ السَّلَامُ فِي شَهْرِ رَبِيعٍ الْأَوَّلِ، سَنَةَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ مِنْ بِعْثَتِهِ عَلَيْهِ السَّلَامُ، وَذَلِكَ فِي يَوْمِ الِاثْنَيْنِ“Adapun hijrah Nabi SAW adalah pada bulan Rabi’ al-Awwal, tahun ke 13 setelah perutusan baginda SAW sebagai Rasul dan ia berlaku pada hari Isnin.” [Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah, 443/4]

Telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Ibn Abbas RA berkata:

وُلِدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ، وَاسْتُنْبِئَ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ، وَخَرَجَ مُهَاجِرًا مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ، وَقَدِمَ الْمَدِينَةَ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ، وَتُوُفِّيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ وَرَفَعَ الْحَجَرَ الْأَسْوَدَ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ

“Nabi ﷺ dilahirkan pada hari Isnin, diangkat menjadi Nabi pada hari Isnin, keluar berhijrah dari Makkah ke Madinah pada hari Isnin, masuk (sampai) ke Madinah pada hari Isnin, wafat juga pada hari Isnin dan Hajar al-Aswad diangkat (diletakkan) pada hari Isnin.” [Riwayat Ahmad (2506), Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini dhaif disebabkan Abdullah bin Lahi’ah]

Berdasarkan soalan dan kisah di atas, maka telah timbul beberapa persoalan berkaitan peristiwa hijrah Nabi SAW dan Abu Bakar al-Siddiq ke kota Madinah. Di antaranya adalah sebab pemilihan Madinah sebagai tempat hijrah, kisah sarang labah-labah, kisah dua ekor burung merpati yang menyelamatkan Nabi SAW dan sahabatnya daripada dikesan oleh kaum musyrikin ketika bersembunyi di dalam gua, kisah terbenamnya kaki kuda Suraqah Bin Malik ketika mengejar Nabi SAW, bila Nabi SAW tiba di Madinah, tempoh Nabi di Quba’ dan beberapa lagi persoalan yang lain.

Pemilihan Kota Madinah Sebagai Tempat Berhirah

Di dalam Sahih al-Bukhari terdapat sebuah hadith yang menceritakan pemilihan kota Madinah sebagai destinasi umat Islam untuk berhijrah.

Daripada Abu Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

رَأَيْتُ فِي المَنَامِ أَنِّي أُهَاجِرُ مِنْ مَكَّةَ إِلَى أَرْضٍ بِهَا نَخْلٌ، فَذَهَبَ وَهَلِي إِلَى أَنَّهَا اليَمَامَةُ، أَوْ هَجَرُ، فَإِذَا هِيَ المَدِينَةُ يَثْرِبُ

“Aku telah bermimpi bahawa sesungguhnya aku berhijrah dari kota Makkah menuju ke suatu tempat yang ada pohon kurma padanya. Lalu aku mengira tempat itu ialah adalah al-Yamamah atau Hajr. Akan tetapi, ia sebenarnya adalah Yathrib (nama lama bagi kota Madinah).” [Riwayat al-Bukhari (3622)]

Selain itu, di dalam hadith yang lain juga ada disebutkan:

إِنِّي أُرِيتُ دَارَ هِجْرَتِكُمْ رَأَيْتُ ذَاتَ نَخْلٍ بَيْنَ لَابَتَيْنِ

“Aku diperlihatkan negeri hijrah kamu, iaitu satu negeri yang memiliki pohon kurma di antara dua yang berbatu.” [Riwayat al-Bukhari (3905)]

Apabila kaum muslimin mendengar sahaja ucapan Rasulullah SAW ini, maka mereka terus bergegas melakukan hijrah ke kota Madinah. Begitu juga dengan sebahagian kaum muslimin yang sedang berada di Habsyah. Mereka juga segera berangkat menuju ke kota Madinah.

Kisah Sarang Labah-Labah Di Pintu Gua Thur

Para ulama’ telah berbeza pendapat dalam menilai akan kesahihan kisah sarang labah-labah ini. Sebelum kami menyatakan beberapa pendapat para ulama’ berkaitan kisah ini, maka ada baiknya jika kami datangkan sumber kisah ini terlebih dahulu. Kisah ini iaitu kisah sarang labah-labah di gua Thur ada diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam musnadnya:

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَاقْتَصُّوا أَثَرَهُ، فَلَمَّا بَلَغُوا الْجَبَلَ خُلِّطَ عَلَيْهِمْ، فَصَعِدُوا فِي الْجَبَلِ، فَمَرُّوا بِالْغَارِ، فَرَأَوْا عَلَى بَابِهِ نَسْجَ الْعَنْكَبُوتِ، فَقَالُوا: لَوْ دَخَلَ هَاهُنَا، لَمْ يَكُنْ نَسْجُ الْعَنْكَبُوتِ عَلَى بَابِهِ، فَمَكَثَ فِيهِ ثَلَاثَ لَيَالٍ

“Mereka (kaum Musyrikin) menjejaki kesan Nabi SAW. Apabila mereka tiba di sebuah bukit, mereka tercari-cari lalu mereka telah melalui sebuah gua dan mereka terlihat sarang labah-labah di pintu gua. Mereka berkata: Sekiranya dia (Nabi SAW) masuk ke gua melalui pintu ini pasti tiada sarang labah-labah di pintu ini. Maka mereka (kaum musyrikin) berada di gua tersebut selama 3 malam.” [Riwayat Ahmad (3251), Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini dhaif]

Terdapat sebuah lagi riwayat berkaitan keberadaan Nabi SAW dan Abu Bakar RA di gua Thur. Telah berkata Abu Bakar al-Siddiq RA apabila melihat ada seorang lelaki di hadapan gua:

يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّهُ لَيَرَانَا، فَقَالَ: كَلَّا إِنَّ مَلَائِكَةً تَسْتُرُنَا بِأَجْنِحَتِهَا

“Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya lelaki tersebut akan melihat kita. Maka Nabi SAW bersabda: Tidak sesekali, kerana sesungguhnya malaikat telah menutup kita dengan sayapnya.” [Riwayat al-Thabarani di Mu’jam al-Kabir (284), 106/24]

Hukum Terhadap Kisah Ini

Sebagaimana kami nyatakan di atas, para ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan hukum terhadap kisah atau riwayat ini.

Kata al-Hafiz Ibn Kathir di dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

وَهَذَا إِسْنَادٌ حَسَنٌ، وَهُوَ مِنْ أَجْوَدِ مَا رُوِيَ فِي قِصَّةِ نَسْجِ الْعَنْكَبُوتِ عَلَى فَمِ الْغَارِ“Sanad hadith ini adalah hasan dan ia merupakan antara yang terbaik diriwayatkan pada kisah sarang labah-labah di pintu gua.” [Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah, 451/4]

Imam Ibn Kathir mendatang satu riwayat yang mursal (riwayat al-Tabi’in terus kepada Nabi SAW tanpa perantaraan sahabat) daripada al-Hasan al-Basri dan riwayatnya adalah hasan dengan keadaannya untuk dijadikan syahid (penyokong kepada riwayat Ibn Abbas RA):

انْطَلَقَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ إِلَى الْغَارِ، وَجَاءَتْ قُرَيْشٌ يَطْلُبُونَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَكَانُوا إِذَا رَأَوْا عَلَى بَابِ الْغَارِ نَسْجَ الْعَنْكَبُوتِ قَالُوا: لم يدْخل أحد“Nabi SAW dan Abu Bakar bertolak ke gua. Manakala, kaum Quraisy datang mencari Nabi SAW dan mereka melihat terdapat sarang labah-labah di pintu gua sambal berkata: Tidak ada sesiapa yang memasukinya.” [Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah, 451/4]

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari mengatakan:

وَذكر أَحْمد من حَدِيث بن عَبَّاسٍ بِإِسْنَادٍ حَسَنٍ“Imam Ahmad telah meriwayatkan daripada hadith Ibn Abbas dengan sanad yang hasan.” [Lihat: Fath al-Bari, 236/7]

Imam al-Thahawi berkata:

وَقَدْ ذَكَرْنَا فِيمَا تَقَدَّمَ مِنَّا فِي كِتَابِنَا هَذَا حَدِيثُ أَبِي بَلْجٍ، عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي نَوْمِ عَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَلَى فِرَاشِ النَّبِيِّ عَلَيْهِ السَّلَامُ لَابِسًا إِيَّاهُ لِبَاسَهُ بُرْدَةً، فَذَلِكَ الْحَدِيثُ شَدَّ مَا فِي هَذَا الْحَدِيثِ“Kami telah menyebut dulu di dalam kitab kami ini iaitu hadith Abi Balj, daripada ‘Amr bin Maimun, daripada Ibn Abbas pada tidurnya Ali RA di atas katil Rasulullah SAW dengan dipakaikan kepadanya kain burdah. Maka hadith ini menguatkan apa yang terdapat di dalam hadith.” [Lihat: Syarah Musykil al-Athar, 5/15]

Setelah melihat pendapat-pendapat di atas, kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan bahawa kisah sarang labah-labah ini thabit sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Ibn Kathir dan juga al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitab mereka dan ia juga dinukilkan di dalam kitab-kitab sirah walaupun kebanyakan ahli hadith mempertikaikan akan kewujudan kisah ini disebabkan kedhaifan yang ada pada sanad. Tambahan pula, perkara ini melibatkan sirah maka melihat kepada pendapat ahli sirah adalah lebih utama kerana mereka merupakan ahli di dalam bidang tersebut dan kisah ini juga tidak melibatkan isu aqidah atau ibadah. Ini kerana, ia adalah sekadar pengajaran kepada orang-orang yang membacanya sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT selepas penceritaan Nabi Yusuf AS:

لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ

“Demi sesungguhnya, kisah nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.” [Yusuf:111]

Kisah Dua Merpati Di Pintu Gua

Adapun kisah burung merpati ini dinukilkan oleh Imam Ibn Kathir di dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah. Beliau menyatakan daripada Anas bin Malik RA:

انْظُرُوا فِي الْغَارِ. فَاسْتَقْدَمَ الْقَوْمَ حَتَّى إِذَا كَانُوا مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْرَ خَمْسِينَ ذِرَاعًا، فَإِذَا الْحَمَامَتَانِ، فَرَجَعَ فَقَالُوا: مَا رَدَّكَ أَنْ تَنْظُرَ فِي الْغَارِ؟ قَالَ: رَأَيْتُ حَمَامَتَيْنِ وَحْشِيَّتَيْنِ بِفَمِ الْغَارِ، فَعَرَفَتْ أَنْ لَيْسَ فِيهِ أَحَدٌ
“Lihatlah kamu ke dalam gua, maka mereka (kaum musyrikin) mendatanginya sehingga jarak antara mereka dengan gua tersebut adalah sebanyak 50 hasta. Tiba-tiba terdapat dua ekor burung merpati lalu mereka kembali sambil berkata: Apa yang menyebabkan kamu tidak melihat dahulu apa yang ada di dalam gua? Dia menjawab: Aku telah melihat dua ekor burung merpati di pintu gua, maka daripada situ aku mengetahui bahawa tiada orang di dalamnya.” [Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah, 453/4]

Walaupun Imam Ibn Kathir menukilkan kisah ini di dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah tetapi beliau mengatakan setelah mendatangkan kisah ini:

وَهَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ جِدًّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ“Hadith ini (hadith tentang burung merpati ini) teramat ganjil daripada wajah (riwayat) ini.”

Antara sumber kisah ini yang boleh didapati adalah daripada Mu’jam al-Kabir oleh Imam al-Thabarani:

وَأَمَرَ حَمَامَتَيْنِ وَحْشِيَّتَيْنِ فَوَقَفتَا بِفَمِ الْغَارِ

“Dan Allah memerintahkan dua ekor burung merpati lalu hinggap di pintu gua.” [Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (1082)]

Selain itu, Imam al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid mengatakan setelah menukilkan hadith berkaitan burung merpati ini:

رَوَاهُ الطَّبَرَانِيُّ فِي الْكَبِيرِ وَمُصْعَبٌ الْمَكِّيُّ وَالَّذِي رَوَى عَنْهُ، وَهُوَ عُوَيْنُ بْنُ عَمْرٍو الْقَيْسِيُّ لَمْ أَجِدْ مَنْ تَرْجَمَهُمَا، وَبَقِيَّةُ رِجَالِهِ ثِقَاتٌ“Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir. Adapun Mus’ab al-Makki yang meriwayatkan daripada ialah ‘Uwain bin ‘Amr al-Qaisiy, aku tidak ketahui sesiapa yang menceritakan tentang biografinya dan perawi-perawi selain daripadanya adalah thiqah (dipercayai).” [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 231/3]

وَفِيهِ جَمَاعَةٌ لَمْ أَعْرِفْهُمْ“Padanya (riwayat itu) sekumpulan perawi yang tidak aku kenali.” [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 52/6]

Imam al-Zahabi mengatakan salah seorang perawi di dalam rantaian sanad hadith adalah tidak dikenali iaitu Abu Mus’ab atau namanya ‘Aun atau ‘Uwain bin ‘Amr sebagaimana di dalam kitabnya Mizan al-‘Itidal:

أَبُوْ مُصْعَبٍ لَا يُعْرَفُ“Abu Mus’ab (‘Aun atau ‘Uwain bin ‘Amr) tidak dikenali.” [Lihat: Mizan al-‘Itidal, 307/3]

Setelah melihat beberapa pandangan di atas, kami berpandangan kisah burung merpati ini adalah tidak thabit di dalam peristiwa hijrah Nabi SAW ke Madinah.

Kisah Terbenamnya Kaki Kuda Suraqah Bin Malik

Berikut adalah kisah Suraqah bin Malik ketika beliau cuba mengejar Nabi SAW dan juga Abu Bakar al-Siddiq dalam perjalanan mereka ke kota Madinah.

Kata Suraqah bin Malik: “Aku arahkan kuda itu membawa aku sehingga hampir dengan mereka. Tiba-tiba kudaku tergelincir lalu aku terjatuh. Aku bangun semula, lantas menghulurkan tanganku ke dalam sarung anak panah dan aku keluarkan beberapa anak panah dan dengan anak panah itu aku cuba membuat ramalan, adakah aku dapat memudharatkan mereka atau tidak. Tetapi yang terbit ialah yang aku tidak suka. Aku pun terus menunggang kudaku dan aku tidak pedulikan ramalanku. Kudaku membawa aku semakin hampir sehingga aku mendengar bacaan al-Quran oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tidak berpaling sedikit pun tetapi Abu Bakar yang banyak berpaling. Tiba-tiba kaki hadapan kudaku terbenam ke dalam bumi hingga ke paras lutut, lalu aku terjatuh lagi. Aku bangun dan menarik kudaku. Tatkala sudah hampir kakinya mahu keluar dan ia sudah mula berdiri betul. Tiba-tiba kelihatan di hadapannya debu-debu yang berkilauan di langit seperti asap.”

Sumber kisah Suraqah bin Malik yang terjatuh daripada kudanya ini ada dinukilkan di dalam kitab-kitab Sirah Nabawiyyah yang ditulis oleh para ulama’ terdahulu dan juga masa kini. Antaranya:

Kisah ini dinukilkan oleh Imam Ibn Hisyam. [Lihat: Sirah Ibn Hisyam, 459/1]Kisah ini ada diceritakan oleh Imam Ibn Kathir. [Lihat: Al-Bidayah Wa al-Nihayah, 461/4]Kisah ini juga dimuatkan oleh Syeikh Sofiy al-Rahman di dalam kitabnya. [Al-Rahiq al-Makhtum, 167-168]Syeikh Muhammad al-Ghazali juga menyebutkan kisah ini. [Lihat: Fiqh al-Sirah, 176]Syeikh Said Ramadhan al-Bouthi ada menukilkan kisah ini di dalam kitab Fiqh al-Sirahnya. [Lihat: Fiqh al-Sirah, 134]
Bilakah Nabi SAW Tiba Di Madinah

Pada hari Isnin 12 Rabi’ul al-Awwal tahun ke-13 selepas perlantikan Nabi SAW sebagai Rasul. Orang-orang di Madinah keluar seperti biasa iaitu untuk menunggu kehadiran Nabi SAW. Apabila cuaca mula panas, mereka pulang ke rumah masing-masing. Tiba-tiba salah seorang daripada Yahudi naik ke salah satu bukit di Madinah lalu melihat Nabi SAW dan sahabat-sahabat dalam perjalanan. Maka dia memanggil orang ramai dengan suara yang tinggi. [Lihat: Zad al-Ma’ad, 52/3]

Tambahan pula, terdapat sebuah hadith di dalam Musnad Ahmad yang telah kami nyatakan sebelum daripada ini iaitu Nabi SAW tiba di Madinah pada hari Isnin sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Ibn Abbas RA berkata:

وَقَدِمَ الْمَدِينَةَ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ

“Baginda ﷺ tiba (sampai) di Madinah pada hari Isnin.” [Riwayat Ahmad (2506), Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini dhaif disebabkan Abdullah bin Lahi’ah]

Tempoh Menetap Nabi SAW Sebelum Memasuki Madinah Dan Arahan Pembinaan Masjid Quba’

Terdapat sebuah hadith sahih yang panjang menceritakan akan perihal ini:

Daripada Anas bin Malik RA, beliau menceritakan:

قَدِمَ الْمَدِينَةَ، فَنَزَلَ فِي عُلْوِ الْمَدِينَةِ، فِي حَيٍّ يُقَالُ لَهُمْ بَنُو عَمْرِو بْنُ عَوْفٍ، فَأَقَامَ فِيهِمْ أَرْبَعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً

“Apabila Nabi SAW tiba di Madinah maka Nabi SAW singgah di satu kawasan yang tinggi di Madinah iaitu sebuah perkampungan yang dinamakan Bani ‘Amr bin ‘Auf. Nabi SAW menetap di situ selama 14 malam.” [Riwayat al-Bukhari (3932) dan Muslim (524)]

Dalam tempoh ini jugalah, Nabi SAW mengarahkan untuk dibina sebuah masjid. Ini dinukilkan oleh Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya Zad al-Ma’ad:

فَأَقَامَ فِي بَنِي عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ أَرْبَعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً، وَأَسَّسَ مَسْجِدَ قُبَاءَ، وَهُوَ أَوَّلُ مَسْجِدٍ أُسِّسَ بَعْدَ النُّبُوَّةِ“Nabi SAW bermukim di Bani ‘Amr bin ‘Auf selama 14 malam dan Baginda SAW mengasaskan masjid Quba’. Masjid Quba’ merupakan masjid yang pertama diasaskan selepas kenabian.” [Lihat: Zad al-Ma’ad, 52/3]

Akan tetapi terdapat riwayat yang mengatakan bahawa Nabi SAW menetap di Quba’ selama 4 malam sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis al-Rahiq al-Makhtum. [Lihat: al-Rahiq al-Makhtum, 170] Dan ini juga merupakan pendapat Ibn Ishaq di dalam Sirah Ibn Hisyam. [Lihat: Sirah Ibn Hisyam, 494/1]

Sejarah Unta Nabi SAW

Nabi SAW mempunyai seekor unta betina yang dinamakan dengan al-Qaswa’ (القصواء) dan unta ini telah dibeli oleh Rasulullah SAW daripada Abu Bakar RA. Unta ini dikatakan hujung bahagian telinga atau hidungnya terpotong dan unta ini Allah SWT telah memberi kelebihan kepadanya seperti kekuatan dan kelajuan berbanding unta-unta yang lain. Tambahan pula, unta inilah yang digunakan oleh Nabi SAW dalam peristiwa Hijrah ke Madinah dan juga beberapa persitiwa yang lain seperti pemilihan tapak Masjid Nabawi. Kisah pembelian unta ini ada diceritakan di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَخُذْ بِأَبِي أَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَى رَاحِلَتَيَّ هَاتَيْنِ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: بِالثَّمَنِ. قَالَتْ: فَجَهَّزْنَاهُمَا أَحَثَّ الجِهَازِ

“Ambillah dengan nama ayahmu wahai Rasulullah SAW salah satu daripada dua tunggangan (unta) ini. Maka Nabi SAW bersabda: Dengan harga.” [Riwayat al-Bukhari (3905)]

Bilangan Rombongan Bersama Nabi SAW

Telah berkata al-Barra’:

أَوَّلُ مَنْ قَدِمَ عَلَيْنَا مُصْعَبُ بْنُ عُمَيْرٍ، وَابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ وَكَانَا يُقْرِئَانِ النَّاسَ، فَقَدِمَ بِلاَلٌ وَسَعْدٌ وَعَمَّارُ بْنُ يَاسِرٍ، ثُمَّ قَدِمَ عُمَرُ بْنُ الخَطَّابِ فِي عِشْرِينَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ " قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Orang yang pertama tiba daripada kalangan sahabat Nabi SAW adalah Mus’ab bin Umair dan juga Ibn Ummi Maktum. Mereka berdua juga mengajar al-Quran di sana. Kemudian, datangnya Ammar, Bilal, Sa’ad dan Umar bin al-Khattab serta bersamanya 20 orang. Setelah itu, barulah Rasulullah SAW tiba.” [Riwayat al-Bukhari (3925)]

Tambahan pula, ramai daripada kalangan muhajirin telah menunggu di Quba’ pada satu tempat bernama al-‘Usbah (العصبة) sebelum ketibaan Nabi SAW. [Lihat: al-Sirah al-Nabawiyyah al-Sahihah, 227]

Siapakah Abdullah Ibn ‘Uraiqit

Dalam peristiwa Hijrah ini, Rasulullah SAW dan juga Abu Bakar RA telah mengupah seorang bernama Abdullah bin ‘Uraiqit daripada kalangan musyrikin sebagai penunjuk jalan agar tidak dapat dikesan oleh kaum musyrikin Makkah. Imam Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan bahawa Imam Abd al-Ghani al-Maqdisi di dalam kitab sirahnya mengatakan bahawa tidak diketahui akan keislamannya dan begitu juga al-Nawawi di dalam Tahzib al-Asma’. [Lihat: al-Isobah, 5/4]

Ucapan Nabi SAW Di Madinah

Antara ucapan pertama Nabi SAW apabila tiba di Madinah adalah:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَوْلاَ الهِجْرَةُ لَكُنْتُ امْرَأً مِنَ الأَنْصَارِ، وَلَوْ سَلَكَ النَّاسُ وَادِيًا وَسَلَكَتِ الأَنْصَارُ وَادِيًا  أَوْ شِعْبًا  لَسَلَكْتُ وَادِيَ الأَنْصَارِ، أَوْ شِعْبَ الأَنْصَارِ

“Jikalau bukan kerana hijrah, maka aku adalah seorang daripada kaum Ansar. Jikalau manusia mengharungi satu lembah dan kaum Ansar mengharungi satu lembah yang lain atau lereng, nescaya aku akan mengharungi lembah kaum Ansar atau lereng kaum Ansar.” [Riwayat al-Bukhari (7244)]

Tempoh Hijrah Nabi SAW Ke Madinah

Berkaitan tarikh penghijrahan Nabi SAW telah menjadi perselisihan dalam kalangan para ulama’ maka tempoh hijrah akan bergantung kepada bermulanya hijrah Nabi SAW. Di sini kami sertakan dua pendapat yang dinyatakan oleh dua orang ulama’ kontemporari yang terkenal iaitu Syeikh Said Ramadhan al-Bouthi di dalam Fiqh al-Sirah dan Syeikh Sofiy al-Rahman al-Mubarakfuri di dalam al-Rahiq al-Makhtum.

Menurut Syeikh al-Bouthi Nabi SAW keluar dari Makkah pada 2 Rabi’ul al-Awwal 13 tahun selepas dilantik menjadi Rasul dan tiba di Madinah pada 12 Rabi’ul al-Awwal 13 tahun selepas dilantik menjadi Rasul. Berdasarkan pendapat ini perjalanan Nabi adalah selama 10 hari.

Adapun menuurut Syeikh al-Mubarakfuri Nabi SAW keluar dari Makkah pada 27 Safar 14 tahun selepas dilantik menjadi Rasul dan tiba di Madinah pada 12 Rabi’ul al-Awwal 14 tahun selepas dilantik menjadi Rasul. Jika melihat kepada pendapat ini perjalanan Nabi SAW adalah selama sekitar 15 hari.

Melihat kepada kedua pendapat di atas, maka difahami bahawa tempoh hijrah Nabi SAW adalah di antara 10 ke 15 hari termasuklah hari Baginda SAW dan Abu Bakar RA di Gua Thur.

Penutup

Kesimpulannya, peristiwa hijrah Nabi SAW ke kota Madinah bersama Abu Bakar al-Siddiq RA telah membuka satu lipatan sejarah yang baru buat dunia Islam. Ini kerana, bermula daripada hijrah ini, agama Islam ini mula berkembang sehingga Islam dapat menakluki dunia. Akhirnya, marilah sama-sama kita mengambil semangat hijrah ini agar menjadi insan yang lebih baik dalam semua aspek dan seterusnya semoga Allah SWT menghimpunkan kita bersama-sama para nabi dan sahabat yang telah banyak berjasa kepada agama ini sehingga kita dapat menikmati dua nikmat yang besar iaitu Iman dan Islam di syurga kelak. Amin.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! MediaPelbagai Isu Hijrah Nabi SAW Dan Jawapannya | TERENGGANU 11

Senin, 04 Februari 2019
Kisah Bal'am bin Ba'ura di zaman Nabi Musa Alaihissalam. 
Dulu, di zaman Nabiyullah Musa Alaihissalam ada seorang ulama yang do'anya mustajab, bahkan saking hebatnya konon ia bisa melihat lauhil mahfuzh, ia bernama Bal'am.
Kaum Ad yang sangat membenci Nabiyullah Musa AS mendatangi Bal'am untuk mendoakan kemenangan bagi mereka, pertama Bal'am menolak karena Bal'am sebelumnya orang yang ta'at beribadah tentu dia mengetahui kalau mendoakan kekalahan untuk Nabi Musa adalah suatu dosa yang besar.
Namun karena desakan terus menerus, maka Bal'am pun memenuhi permintaan mereka. Bal'am menaiki keledainya menuju suatu bukit untuk memohon kepada Allah SWT agar pasukan kaum A'd diberi kemenangan melawan pasukan Nabi Musa Alaihissalam.
Tapi anehnya waktu dia berdoa yang seharusnya meminta kemenangan untuk kaum 'Ad, lidahnya keburu mengeluarkan do'a yang ditujukan untuk kemenangan Nabi Musa.
Dan sejarahpun mencatat pasukan kaum Ad yang akhirnya berhasil dikalahkan oleh pasukan Nabi Musa Alaihissalam (Kisah dalam kitab Siroju at-Thalibin)
KISAH BAL'AM BIN BAURO YANG BERKEPALA ANJING
Suatu hari Nabi Musa AS dan puluhan ribu orang Bani Israil singgah di Kan’an, salah satu wilayah di Syam-Syiria. Melihat kedatangan mereka, segeralah warga Kan’an mengadukan mereka kepada Bal’am, seorang tokoh yang sangat disegani. “Orang ini adalah Musa bin Imran yang memimpin Bani Israil. Dia datang untuk mengusir kami lalu menempati negeri kami padahal kami tidak memiliki tempat tinggal. Engkau adalah orang yang doanya makbul, maka doakanlah mereka dengan keburukan”. Kata warga Kan’an

Mendengar itu justru Bal’am marah. “Celakalah kamu. Yang bersama Nabi الله itu adalah para malaikat dan orang-orang yang beriman. Bagaimana mungkin aku mendoakan mereka dengan nasib buruk padahal aku mengetahui dari الله apa yang aku ketahui “. Katanya. 
Karena mereka terus membujuk, akhirnya Bal’am terpengaruh juga. Maka Bal’am pun mengendarai keledainya menuju gunung Husban, tempat tinggal Nabi Musa AS berkemah. Namun belum jauh berjalan, keledainya berhenti. Mungkin karena kelelahan, maka iapun turun dan beristirahat sejenak. Tak lama kemudian ia melanjutkan perjalanan. Tetapi belum jauh berjalan, keledainya berhenti lagi. Anehnya dengan izin الله keledai itu dapat berbicara

“Celakalah kamu wahai Bal’am, hendak pergi ke mana kamu ?, apakah kamu tidak melihat para malaikat di depanku yang memalingkan wajahnya ?, apakah kamu hendak menemui Nabi الله dan orang-orang mukmin untuk mendoakan dengan sesuatu yang buruk?” kata keledai

Tetapi karena telah dikuasai hawa nafsu, Bal’am tidak menghiraukan perkataan keladai tersebut, bahka ia semakin kuat memukul hewan tunggangan itu. Akhirnya dengan terpaksa keledai itu menuruti perintah tuannya, berjalan sampai di puncak gunung Husban

Sesampai di puncak gunung itu serta merta Bal’am pun mendoakan sesuatu yang buruk untuk Nabi Musa AS dan kaumnya. Akan tetapi ketika ia memulai doanya, الله SWT mengubah gerakan-gerakan lidahnya, sehingga yang keluar dari mulunya adalah doa yang sangat baik untuk Nabi Musa AS dan kaumnya, dan mendoakan sesuatu yang buruk untuk kaum Kan’an

Mendengar hal itu kaum Kan’an kaget . “Hai Bal’am, apa yang kamu lakukan ?, kamu telah mendoakan dengan sesuatu yang baik kepada mereka dan mendoakan sesuatu yang buruk untuk kami ?”kata mereka

“Sesungguhnya doa yang keluar dari mulutku tadi bukan karena kemauanku akan tetapi kekuasaan dan kehendak اللهSWT yang sama sekali tidak aku sadari”. Jawab Bal’am. Kemudian Bal’am berkata lagi kepada kaumnya,”Kalau begitu aku akan membuat tipu daya dan muslihat dikalangan Bani Israil”

Maka dikumpulkanlah beberapa wanita cantik, mereka diberi pakaian yang indah dengan perhiasan dan wewangian. Dengan dibekali beberapa barang dagangan yang menarik, mereka dikirim ke perkemahan Nabi Musa AS

“Suruh mereka menuruti keiinginan orang-orang yang ingin berzina, agar mereka semua celaka”. Kata Bal’am kepada kaumnya

Tak lama kemudian, para wanita cantik itu tiba di perkemahan Nabi Musa AS. Salah seorang diantara mereka adalah Kasbi binti Suar, berjalan di depan kemah Zamri bin Syalum. Maka kepala suku Syam’un itupun terpesona hatinya lalu membawa Kasbi menghadap Nabi Mus AS

“Mungkin Tuan akan mengatakan bahwa wanita ini adalah haram bagiku, karena itu Tuan melarangku untuk mendekatinya”. Kata Zamri

“Benar, wanita ini diharamkan bagimu, jangan dekati dia”. Jawab Nabi Musa AS

“Demi الله , pada masalah yang satu ini aku tidak akan menta’atimu”. Kata Zamri. Segera setelah itu ia membawa wanita tersebut ke dalam kemahnya. Dan terjadilah apa yang diperkirakan oleh Bal’am

Tak lama kemudian الله SWT menurunkan wabah Tha’un (kolera) di kalangan Bani Israil. Ketika penyakit itu mewabah, Fanhash bin Al-Aizar bin Harun, sahabat Nabi Musa AS sedang pergi. Saat kembali ke perkemahan dan mendengar mewabahnya penyakit Tha’un tersebut, ia segera mengambil sebilah tombak lalu menyergap Zamri dan membawa keluar lelaki dan perempuan itu dari kemah

Sungguh ajaib, setelah itu penyakit Tha’un yang menewaskan lebih dari 70.000 orang Bani Israil, segera hilang lenyap. Di dalam Al-Qur’an, kisah tentang Bal’am bin Wara’ tersebut tercatat dalam Surah Al-A’raf 175-177 sebagai pelajaran bagi umat. Tiga ayat itu dimaksudkan sebagai perumpamaan mengenai orang yang telah dianugerahi ilmu oleh الله SWT tetapi tidak mengamalkannya dan sebaliknya malah menyimpang dari nikmat yang diberikan.

Dan riwayatnya Bal'am bin Bauro inilah yang dikatakna MANUSIA BERKEPALA ANJING ITU, dan bersembunyi di gua-gua sampai kiamat.

Pelajaran yang dapat diambil dari kisah ini adalah agar orang – orang yang berilmu mau berhati-hati, takut kepada الله dalam menggunakan ilmunya, dan mengamalkannya untuk mencapai ketinggian derajat, kemuliaan serta bermanfaat bagi orang lain bukan untuk merendahkan derajat kemanusiaan.
Firman Allah: 
قَالَتْ لَهُمْ رُسُلُهُمْ إِنْ نَحْنُ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَمُنُّ عَلَىٰ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ وَمَا كَانَ لَنَا أَنْ نَأْتِيَكُمْ بِسُلْطَانٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, akan tetapi Allah memberi karunia kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dan tidak patut bagi kami mendatangkan suatu bukti kepada kamu melainkan dengan izin Allah. Dan hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang mu’min bertawakkal. Mengapa Kami tidak akan bertawakkal kepada Allah padahal Dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja orang-orang yang bertawakkal itu berserah diri".(Surat Ibrahim Ayat 1)
Tafsir Surat Al-A'raf, ayat 175-177
{وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ (175) وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الأرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (176) سَاءَ مَثَلا الْقَوْمُ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَأَنْفُسَهُمْ كَانُوا 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/02/rasulullah-membawa-berita-gembira-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gembira Dapat Bercerai

Gembira Dapat Bercerai

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 454 hits
Kes cerai seperti sudah seperti satu budaya dalam masyarakat kini Pasangan yang bercerai tidak lagi menanggung perasaan malu atau dukacita Ada yang gembira dapat bercerai Kahwin belum sampai setahun telah bercerai Peliknya yang sudah kahwin...
Irfan Bakti Gembira Dalam Kecewa

Irfan Bakti Gembira Dalam Kecewa

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 486 hits
Pengendali Terengganu FC Irfan Bakti Abu Salim tetap berpuas hati dengan satu mata yang diraih selepas seri 2 2 dengan Johor Darul Ta zim malam tadi Menyifatkan persembahan TFC sebagai menakjubkan Irfan berkata mereka mempamerkan disiplin t...
Sepanjang Pembedahan Billy Lana Tak Henti Berdoa Air Mata Gembira Iringi Rasa Syukur

Sepanjang Pembedahan Billy Lana Tak Henti Berdoa Air Mata Gembira Iringi Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 358 hits
Lana menyatakan kesyukuran tidak terhingga apabila keadaan anaknya William Daud McKienzie atau Billy berjaya menempuhi pembedahan bagi membetulkan injap jantung Kelmarin keadaan menjadi cemas apabila jantung Billy terhenti selama 10 minit s...
Kabar Gembira Ums Buka Kerjasama Pengiriman Perawat Dan Bidan Ke Jepang

Kabar Gembira Ums Buka Kerjasama Pengiriman Perawat Dan Bidan Ke Jepang

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 335 hits
Senyumperawat com Universitas Muhammadiyah Surakarta menandatangani kerjasama pengiriman perawat dan bidan ke Jepang Kerjasama ini melibatkan salah satu konsorsium pengelola rumah sakit lansia di Jepang Rumah sakit itu adalah Fuku Kyodou Ku...
Berita Gembira Mengenai Tol Lebuh Raya Akan Diumumkan Kelak

Berita Gembira Mengenai Tol Lebuh Raya Akan Diumumkan Kelak

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 322 hits
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata pihak kerajaan kini telah melakukan beberapa perbincangan mengenai tol lebuh raya dan kerajaan dijangka akan mengumumkan beberapa berita gembira mengenainya dalam beberapa hari ...
Laman Sesawang Filem Captain Marvel Akan Membawa Anda Kembali Ke Era Internet 90an

Laman Sesawang Filem Captain Marvel Akan Membawa Anda Kembali Ke Era Internet 90an

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 293 hits
Jika anda membesar pada era 1990 an dan anda mempunyai komputer dan sambungan internet dial up anda pasti ingat rekaan dan rupa laman laman web pada zaman tersebut terutamanya laman laman web Geocities dan Angelfire Marvel baru baru ini mem...
Ini Komen Neelofa Isu Buka Tudung Hijab Telah Membawa Saya Menjadi Diri Saya Sekarang Dan Kejayaan Yang Diraih Hari Ini

Ini Komen Neelofa Isu Buka Tudung Hijab Telah Membawa Saya Menjadi Diri Saya Sekarang Dan Kejayaan Yang Diraih Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 949 hits
Tidak kisah di kec4m pelakon dan pengacara televisyen Neelofa menegaskan dia tidak akan sesekali membuka tudung walaupun dilantik menjadi duta jenama antarabangsa atau menerima krit1kan mengenai gaya pemakaian tudungnya Katanya hijab telah ...
Kalau Dibuat Pukul 8 Mlm Hingga 5 Pagi Mesti Rakyat Gembira

Kalau Dibuat Pukul 8 Mlm Hingga 5 Pagi Mesti Rakyat Gembira

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 259 hits
Kerajaan hari ini mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mana syarikat itu memiliki pegangan majoriti Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata dengan ...
Orang Perempuan Ni Unik Ada Hari Kau Tengok Dia Gembira Ada Hari Moody Dia Sendiri Pun Keliru

Orang Perempuan Ni Unik Ada Hari Kau Tengok Dia Gembira Ada Hari Moody Dia Sendiri Pun Keliru

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 390 hits
Orang Perempuan Ni Unik Ada Hari Kau Tengok Dia Gembira Ada Hari MOODY Dia Sendiri Pun Keliru Perempuan seringkali dikaitkan dengan makhluk yang penuh complicated Adakalanya fikiran dorang susah nak difahami Perempuan lebih mementingkan rel...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids