Rasuah Sudah Menjadi Budaya Rakyat Malaysia



Soalan:
Mohon nasihat dan pandangan berkenaan rasuah yang saya lihat, pada hari ini semakin menjadi budaya dalam kalangan rakyat Malaysia sama ada secara sedar atau tidak sedar. Terima kasih.

Jawapan:

Memahami Makna Rasuah

Kami mulakan terlebih dahulu dengan menjelaskan makna rasuah. Perkataan rasuah berasal daripada bahasa Arab al-risywah (الرِّشْوَةُ). Al-Fayyumi berkata: “Al-Risywah (الرِّشْوَةُ) adalah sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada hakim atau orang lain, agar hakim itu memenangkannya, atau agar hakim itu memutuskan hukum sesuai dengan apa yang diinginkannya.” (Lihat al-Misbah al-Munir fi Gharib al-Syarh al-Kabir, 3/411)

Ibn al-Athir pula menyebut: “Al-Risywah (الرِّشْوَةُ) adalah sesuatu yang menghubungkan kepada keperluan/hajat dengan cara pujukan.” (Lihat al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athr, 2/226)

Dari segi istilah, al-Risywah merupakan sesuatu yang diberikan untuk membatalkan kebenaran atau untuk menegakkan kebatilan. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 22/219)

Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut: “Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, supaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya.” (Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 627)

Istilah rasuah telah digunapakai dalam bahasa Melayu yang bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk iaitu menyogok, menyuap. (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat)

Syed Hussein Alattas dalam buku Rasuah, Sifat Sebab dan Fungsi, menyatakan rasuah merupakan penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan peribadi.

Manakala menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.[1]

Menurut undang -undang Malaysia yang terkandung dalam Seksyen 3(a), (b) dan 4(a)(b), Akta Pencegahan Rasuah 1961 (Pindaan 1971) mentafsirkan rasuah sebagai: “Menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakkan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan yang ada hubungan dengan prinsipalnya.” Manakala suapan pula, menurut Seksyen 2, Akta Pencegahan Rasuah 1997 ialah: “Wang, derma, pinjaman, hadiah, cagaran beharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tidak alih atau apa-apa manfaat seumpamanya.”

Dalil Pengharaman Rasuah

Pengharaman rasuah adalah jelas sama ada di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Larangan rasuah dalam al-Quran diambil daripada celaan Allah SWT terhadap kaum Yahudi yang biasa mengambil rasuah. Allah SWT berfirman:

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).” [Surah al-Maidah (42)]

Imam al-Baghawi menjelaskan ayat ini dengan mengatakan: “(Ayat) ini turun berkenaan para hakim Yahudi, Ka’ab al-Asyraf dan yang sepertinya. Mereka menerima rasuah dan memutuskan hukum untuk memenangkan orang yang merasuah mereka.” (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 3/58)




Begitu juga dengan firman Allah SWT:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188)

Al-Sobuni berkata: “Janganlah sebahagian kamu memakan sebahagian harta yang lain dengan cara yang tidak dihalalkan oleh Allah seperti kamu memberi rasuah kepada hakim-hakim.” (Lihat Sofwah al-Tafasir, 1/112)

Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي
“Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.” [Riwayat Ahmad (6984) dan Ibnu Majah (2313)]

Dalam hadis lain yang turut diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, beliau berkata:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- الرَّاشِىَ وَالْمُرْتَشِىَ
“Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.” [Riwayat Ahmad (6532, 6778, 6830), Abu Daud (3582) dan al-Tirmidzi (1337)]

Menjawab soalan di atas, suka untuk kami memetik kenyataan Dato’ Sri Haji Zakaria Bin Haji Jaffar, Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) antara lain menyebut: “Rasuah telah menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat sama ada kita sedar atau tidak. Kehadirannya dikaburi kerana pemberi dan penerima saling setuju dan menyetujui serta berkompromi akan perbuatan mungkar ini. Bahaya rasuah teramat dahsyat.” (Lihat buku beliau bertajuk Man Ana Perjuangan Menentang Rasuah, hlm. 42)

Amalan rasuah akan menatijahkan kesan dan kesudahan yang sangat buruk. Kami nukilkan di sini daripada buku Rasuah: Punca, Kesan dan Penyelesaiannya, menyebut antara kesannya ialah:

Menghancurkan keadilan dalam sesebuah negara.Melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran.Muncul masyarakat yang pentingkan diri sendiri.Menatijahkan hasil kerja yang buruk.Kos pengurusan akan meningkat.Pengurusan pentadbiran menjadi lambat dan kucar-kacir.Muncul orang jahat yang bertambah jahat.Menyebabkan pembahagian kekayaan yang tidak seimbang.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita bertekad untuk menghindarkan dari sebarang bentuk rasuah tetapi sebaliknya membina jati diri dengan integriti dan keamanahan yang unggul. Semoga negara kita bebas dari sebarang bentuk rasuah. Amin.

[1] Lihat portal rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pautan berikut: http://www.sprm.gov.my/index.php/pendidikan/kenali-rasuah . Diakses pada 24 April 2019.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/rasuah-sudah-menjadi-budaya-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebakaran Di Songkhla 3 Rakyat Malaysia Masih Dirawat

Kebakaran Di Songkhla 3 Rakyat Malaysia Masih Dirawat

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 345 hits
Kebakaran di Songkhla 3 rakyat Malaysia masih dirawat Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 18 Apr 2019 12 30AM
Malaysia Dr Mahathir Perlembagaan Rakyat Malaysia

Malaysia Dr Mahathir Perlembagaan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 359 hits
Dr Mahathir mengulas berkenaan Perlembagaan Malaysia dan Undang undang tubuh Johor Terengganu Perlembagaan rakyat Malaysiaoleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir MohamadNegeri negeri di Malaysia menjadi tanah jajahan British selepas Triti MacM...
Perlembagaan Rakyat Malaysia Dr Mahathir Mohamad

Perlembagaan Rakyat Malaysia Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 501 hits
Negeri negeri di Malaysia menjadi tanah jajahan British selepas Triti MacMichael ditandatangani Malayan Union akan diperintah sepenuhnya oleh British Orang orang Melayu tidak lagi mempunyai tuntutan terhadap negeri negerinya Tiada lagi Tana...
Gara Gara Bau Belacan Bakar Jiran Rakyat Malaysia Di Perancis Telefon Polis

Gara Gara Bau Belacan Bakar Jiran Rakyat Malaysia Di Perancis Telefon Polis

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 768 hits
Hangat di laman twitter mengenai perkongsian seorang lelaki Malaysia mengenai kisah kawan kepada isterinya yang tinggal di Perancis dimana pangsapurinya dikunjungi polis selepas jirannya mengadu tentang bau aneh yang datang dari rumah terba...
Malaysia Baru Rakyat Bukan Mahukan Perubahan Tempel Tempelan Azmin

Malaysia Baru Rakyat Bukan Mahukan Perubahan Tempel Tempelan Azmin

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 316 hits
Dalam era Malaysia Baharu masa ini rakyat bukan mahukan kerajaan membuat perubahan bersifat tempel tempelan sebaliknya rakyat mahukan perubahan yang memberi kesan substantif terhadap kehidupan mereka Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin ...
Kemampuan Lelaki 3 Jari Ini Buat Ramai Rakyat Malaysia Menangis

Kemampuan Lelaki 3 Jari Ini Buat Ramai Rakyat Malaysia Menangis

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 358 hits
Assalamualaikum Hai korang semua Dari jauh ku doakan kalian senantiasa sihat gembira di samping yang tersayang Hmmm hari ni daku teringin nak kongsikan satu kisah yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain Pemberi inspirasi ni bagi aku ...
Tuhan Mahu Saya Tolong Awak Aktivis Ini Bersyukur Anaknya Yang Terkandas Di Klia Dibantu Rakyat Malaysia

Tuhan Mahu Saya Tolong Awak Aktivis Ini Bersyukur Anaknya Yang Terkandas Di Klia Dibantu Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 353 hits
Tuhan mahu saya tolong awak Aktivis ini bersyukur anaknya yang terkandas di KLIA dibantu rakyat MalaysiaRakyat Malaysia terkenal dengan sikap keprihatinan bukan sahaja sesama bangsa dan negara sendiri malahan turut bersimpati dengan masyara...
Kerajaan Hadir Dengan Pelan Untuk Memastikan Rakyat Malaysia Mendapat Sambungan Internet Yang Kukuh

Kerajaan Hadir Dengan Pelan Untuk Memastikan Rakyat Malaysia Mendapat Sambungan Internet Yang Kukuh

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 287 hits
Acara pameran 5G anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bermula hari ini dan sewaktu ucaptama Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata bahawa kerajaan kini sedang giat berusaha untuk memastikan rakyat Malaysia di pe...
Rakyat Malaysia Bakal Dikenakan Levi Untuk Ke Luar Negara

Rakyat Malaysia Bakal Dikenakan Levi Untuk Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 390 hits
Nampaknya anda yang bakal ke luar negara akan dikenakan levi pelepasan setelah Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang undang Levi Pelepasan 2019 semalam Untuk pengetahuan anda levi pelepasan akan dikenakan ke atas semua penerbangan yang ke lua...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat