Tuhan Mahu Saya Tolong Awak Aktivis Ini Bersyukur Anaknya Yang Terkandas Di Klia Dibantu Rakyat Malaysia
'Tuhan mahu saya tolong awak' - Aktivis ini bersyukur anaknya yang terkandas di KLIA, dibantu rakyat Malaysia
Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap keprihatinan, bukan sahaja sesama bangsa dan negara sendiri malahan turut bersimpati dengan masyarakat negara luar. Perkara ini turut diakui oleh seorang aktivis sosial Amerika Syarikat yang memuji sikap seorang lelaki yang telah menghulurkan bantuan buat anaknya
CJ Werleman menceritakan tentang nasib malang yang menimpa anak perempuannya yang berusia 18 tahun selepas kehilangan kad debit bank ketika menunggu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Werleman berkongsikan kisah tersebut melalui status di Twitternya pada petang Isnin. Jelas Werleman, selepas lebih 12 jam menunggu penerbangan seterusnya anaknya itu menyedari kad debit beliau tiada dalam simpanannya. Dan beliau tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan minuman
Ketika beliau dalam keadaan tertekan dan sedih, rupa-rupanya dia tidak keseorangan. Seorang lelaki berusia dalam lingkungan umur 50-60 tahun telah menegur beliau. Hal tersebut diceritakan oleh anaknya menerusi pesanan ringkas yang turut dikongsikan oleh Werleman
“Saya duduk di sebuah meja yang bersambungan dengan meja lain yang diduduki oleh seorang lelaki berusia sekitar 50-60an bersama keluarganya
“Dia menyedari keadaan saya yang tertekan dan mata saya merah sebelum dia datang dan bertanyakan saya masalah yang saya hadapi dan kami berbual,” kata anaknya melalui pesanan ringkas
"Saya katakan semuanya akan ok tapi saya terus menangis. Dia berikan saya dua bar coklat dan sebotol air dan anggur juga sandwic selain RM50. Dan dia tanyakan saya adakah saya percaya Tuhan? Saya katakan ya! Dan dia kemudiannya menangis. Dia berkata bahawa tuhan mahu saya tolong awak. Awak tak nampak dia tapi dia ada.”
Ok, so my 18 year old daughter is at Kuala Lumpur airport terminal - waiting for her connecting flight to see me.
She has a 12 hour lay over, but moments ago she lost her only debit card, so has no money for a meal or drink.
But then this kind Muslim man came along.... pic.twitter.com/VgOvKJBtAg— CJ Werleman (@cjwerleman) April 29, 2019
I'm without words!
My wife and I have spent past couple hours figuring out how to wire her some funds, so she have dinner and be comfortable etc.
We tried Western Union. Takes two days. Tried Apple Pay. Doesn't take Australian bank cards.
But then came along this angel 🙏— CJ Werleman (@cjwerleman) April 29, 2019
Update:
My daughter is a-ok! She slept on her sarong at KL airport. She's now back in the air, and I get her in apx 1 hour from now.
But from the bottom of my heart, thank you so much for your comments and the dozens of Malaysians who offered to bring her a meal.
I mean, wow
— CJ Werleman (@cjwerleman) April 30, 2019
Selepas mengetahui kisah anaknya, Werleman menyifatkan lelaki berkenaan sebagai malaikat yang dihantar untuk membantu anaknya yang dalam kesusahan. Jelasnya, anaknya itu dalam perjalanan untuk menemuinya namun tidak dinyatakan di mana
Perbuatan lelaki warga Malaysia itu nyata menambat hati aktivis berkenaan yang menurutnya sumbangan yang dihulurkan sedikit namun sebenarnya memberikan makna yang besar pada remaja itu dan juga negara
Werleman turut mengemaskini perkembangan terbaru mengenai anaknya. Dia menyatakan anaknya berada dalam keadaan selamat dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan anaknya makanan dan minuman. Status Werleman setakat ini telah diulangkicau sebanyak 3,100
Sumber: Astro Awani, CJ Werlemen
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ceberita.blogspot.com/2019/04/tuhan-mahu-saya-tolong-awak-aktivis-ini.html