Rasuah Seni Yang Merosakkan


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini melaporkan 55 peratus daripada 1,902 tangkapan rasuah sejak 2013 di negara ini terdiri dalam kalangan belia berusia 40 tahun ke bawah.

Ini menjadi kerisauan kepada kita kerana belia ialah angkatan yang akan mengisi segmen utama pembangunan negara. Jika seawal ini mereka telah diherotkan oleh kleptokrasi, sukar untuk kepercayaan rakyat yang terhakis mendapat kembali tempatnya pada masa akan datang.

Integriti itu amanah. Apabila ia bocor, sukar untuk menampalnya. Jika dapat sekalipun, tentu sukar untuk membersihkan kesan dan bekas yang masih melekat pada tangan pelakunya walaupun telah dijahit dengan baju baharu.

Untuk mengetahui serius atau tidak rasuah di negara ini, saya ingin berkongsi data-data penting yang dikutip daripada buku kecil ringkasan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 terbitan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Dinyatakan sebanyak RM1.1 trilion telah dibelanjakan kerajaan untuk pembangunan bekalan dan perkhidmatan selama 20 tahun daripada Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) hingga ke RMK-10.

Lebih 50 peratus daripada jumlah itu, kontraknya telah dianugerahkan kepada usahawan bumiputera. Namun, jumlah usahawan bumiputera masih kecil berbanding bukan bumiputera. Kurang sembilan peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera direkodkan pada 2015.

Tidak syak lagi, rasuah telah merompak, menceroboh dan mensabotaj ekonomi negara serta menyebabkan agenda bumiputera telah terpesong daripada tujuan asal.
Satu lagi yang membimbangkan rasuah kini telah menjadi seni. Kerja untuk mencapai tahap seni memerlukan satu proses yang lama.

Sebagai contoh, terdapat sekumpulan perasuah menggunakan kelicikan memperdaya pembuat keputusan untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang nilainya berbilion-bilion ringgit. Kerja ini telah mereka lakukan selama puluhan tahun.

Kartel itu beroperasi dengan cara memberi rasuah kepada orang dalam untuk mendapat maklumat berhubung spesifikasi, harga siling, harga jabatan, jumlah penyertaan, kelayakan syarikat, masa sesuai untuk menghantar borang tender dan sebut harga.

Dalam perniagaan, ia dinamai sebagai taktik ‘mengepung harga’ iaitu menyertai sesuatu tender dengan harga tertinggi dan terendah dikawal menggunakan sejumlah besar syarikat yang berada di bawah kawalan sindiket sama. Hasilnya, kelulusan tender berlegar di sekitar kartel berkenaan sahaja.

Sejak 2014, kartel itu telah memenangi tender kerajaan bernilai hampir RM3.8 billion dengan hanya menukar ‘baju’ sahaja. Memang berseni, sehinggakan kejelikan kerja mereka itu terlalu sukar dihidu.

Ini contoh terpilih bagaimana membarahnya rasuah sehingga ia diasah menjadi seni untuk memperdaya dan membolot kekayaan negara dalam kalangan beberapa perut sahaja.

Bayangkan peruntukan untuk rakyat akhirnya disabotaj oleh sesetengah kelompok sahaja. Kekayaan nampaknya berlegar dalam kalangan perasuah sahaja.

Kelompok berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) tidak menerima manfaat. Mereka mendapat sedikit sekali.

Kitaran kemiskinan akan terus kekal untuk beberapa lapisan generasi jika gejala tidak bermoral itu terus dipertahankan dan membudaya dalam masyarakat perdagangan.

Ingatlah, tekad untuk melawan rasuah ini tidak akan berjaya tanpa kemahuan politik untuk menjayakannya.

Oleh: Muhamad Hanapi Jamaludin
          Felow Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/rasuah-seni-yang-merosakkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jakim Majlis Agama Islam Didakwa Tidak Berbunyi Isu Penjawat Awam Rasuah

Jakim Majlis Agama Islam Didakwa Tidak Berbunyi Isu Penjawat Awam Rasuah

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 221 hits
FAZLI RADZIFungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Majlis Agama Islam dipersoal kerana dilihat menyepi dalam isu rasuah dan salah guna kuasa dlaam kalangan penjawat awam Setiausaha Agung Majlis Perundingan Datuk Dr Hasan Mad berka...
Menteri Tidak Wajar Terima Tajaan Jet Peribadi Apa Pun Ianya Merupakan Rasuah Jawatan

Menteri Tidak Wajar Terima Tajaan Jet Peribadi Apa Pun Ianya Merupakan Rasuah Jawatan

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 165 hits
Dengan kata mudah jika menteri itu hanya penjaja beliau takkan ditawarkan Jadi kenapa beliau boleh dapat Kerana pangkatnya Salah guna pangkat bererti menggunakan jawatan rasmi untuk kepentingan sendiri Mengikut definisi itu beliau telah mel...
Menteri Nikah Kahwin Dan Rasuah Taja Ke Makkah Bila Nak Siasat

Menteri Nikah Kahwin Dan Rasuah Taja Ke Makkah Bila Nak Siasat

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 275 hits
IBRAHIM MAT ISASalam antara dua darjat Kerumunan ini hanya seramai 20 orang sahaja mereka semua telah disaman kompaun kerana langgar SOP semasa PKP ketika majlis nikah si pompuan itu Alhamdulillah Yang anda nampak ramai sangat itu hanya sek...
Kartel Rasuah Pdrm 10 Soalan Untuk Perdana Menteri Gobind Singh

Kartel Rasuah Pdrm 10 Soalan Untuk Perdana Menteri Gobind Singh

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 139 hits
Astro AwaniApril 19 2021 Kerajaan Perikatan Nasional didakwa gagal menyelesaikan isu kartel dan amalan rasuah dalam Polis Diraja Malaysia KUALA LUMPUR Kerajaan Perikatan Nasional didakwa gagal menyelesaikan isu kartel dan amalan rasuah dala...
Tiada Lagi Pelancong Mengunjung Peniaga Pasar Seni Rindu Hari Tanpa Pandemik

Tiada Lagi Pelancong Mengunjung Peniaga Pasar Seni Rindu Hari Tanpa Pandemik

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 233 hits
Ada yang masih yakin untuk teruskan perniagaan namun lebih ramai anggap pandemik ranapkan segalanya Peniaga di Pasar Seni kini berdepan kesukaran kerana pengunjung terus berkurang akibat pandemik Covid 19 Setahun yang lalu pelancong memenuh...
Bekas Pengurus Nlb Dipenjara Kerana Terima Rasuah S 581 700

Bekas Pengurus Nlb Dipenjara Kerana Terima Rasuah S 581 700

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 158 hits
SINGAPURA Seorang bekas pengurus di Lembaga Perpustakaan Negara dijatuhi hukuman penjara dan penalti kewangan pada Khamis kerana mengambil rasuah sekitar S 581 700 selama empat tahun dari seorang bekas pekerja yang membekalkan sumber kepa
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Airasia Santan Menu Baru Harga

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally

Temui Onew Di Malaysia Dalam Guess Onew Fanmeeting 2024 Pada 27 Julai 2024

168slot 168slot Biz 13 Jun 2024 168slot 168 Top 35 By Christa

Puaka Cuti Semester