Kes Rasuah Projek Solar Hibrid Rosmah Fail Rayuan


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Sep 2, 2022 6:28 PM
Rosmah Mansor hari ini memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan bagi mengketepikan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah di atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi sekolah luar bandar bernilai RM1.25 bilion.

Peguamnya, Meor Hafiz Salehan, dari firma guaman Akberdin & Co, mengesahkan bahawa isteri bekas perdana menteri yang sedang dipenjarakan, Najib Razak itu telah memfailkan notis rayuannya petang ini.

Ketika dihubungi, peguam itu menambah bahawa dia juga telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan supaya hakim perbicaraan Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar dan membuat keputusan dalam kes solar tersebut.

Rosmah merayu keputusan semalam atas tiga pertuduhan rasuah yang dikaitkan dengan projek untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Semalam, Zaini yang melakukan penilaian maksimum terhadap kes itu, mendapati Rosmah gagal untuk menyangkal anggapan rasuah mengikut Seksyen 50 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata pembelaan Rosmah adalah penafian kosong semata-mata yang dibuat tanpa bukti yang boleh dipercayai dan tidak berasas bagi menimbulkan keraguan yang munasabah.

Rosmah didakwa meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak, daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd iaitu Saidi Abang Samsudin.

Rasuah itu diterima melalui bekas pegawai khas suaminya, Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Zaini kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta kepada Rosmah serta tambahan 30 tahun penjara lagi jika dia gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, dia membenarkan penangguhan pelaksanaan pelaksanaan hukuman itu, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Hakim perbicaraan itu juga menolak permohonan Rosmah agar dia digugurkan daripada mengadili perbicaraan kes rasuah projek tenaga solar hibrid tersebut atas alasan yang dikaitkan dengan dakwaan kebocoran penghakiman mahkamah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/kes-rasuah-projek-solar-hibrid-rosmah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Putuskan Rosmah Bersalah Kes Rasuah Projek Hibrid Solar

Mahkamah Putuskan Rosmah Bersalah Kes Rasuah Projek Hibrid Solar

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 218 hits
Keputusan hari ini disampaikan selepas baru sahaja lebih kurang seminggu lalu suaminya Najib Razak menjalani hukuman penjara 12 tahun bagi kes penyelewengan dana SRC International Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Rosmah Mansor bersal...
Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Bersalah Ketiga Tiga Pertuduhan

Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Bersalah Ketiga Tiga Pertuduhan

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 190 hits
KUALA LUMPUR 1 Sept Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas ketiga tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1 25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak Hakim Mohamed ...
Rosmah Bersalah Terima Dan Minta Rasuah Projek Solar Hibrid Bernilai Rm1 25 Bilion

Rosmah Bersalah Terima Dan Minta Rasuah Projek Solar Hibrid Bernilai Rm1 25 Bilion

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 179 hits
KUALA LUMPUR Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah meminta rasuah RM187 5 juta dan menerima suapan RM6 5 juta membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1 25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak AdvertisementHakim Mahkamah T...
Kes Rasuah Projek Solar Pendakwaan Bantah Permohonan Rosmah Agar Hakim Tarik Diri

Kes Rasuah Projek Solar Pendakwaan Bantah Permohonan Rosmah Agar Hakim Tarik Diri

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 247 hits
freemalaysiatoday com September 1 2022 12 00 PMPendakwa raya ad hoc Gopal Sri Ram berkata penghakiman bocor yang dirujuk oleh Rosmah Mansor dalam permohonannya bukan penghakiman bertulis KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan hari ini membantah perm...
Kes Rasuah Solar Rosmah Dipenjara 10 Tahun Denda Rm970 Juta

Kes Rasuah Solar Rosmah Dipenjara 10 Tahun Denda Rm970 Juta

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 185 hits
Kes rasuah solar Rosmah dipenjara 10 tahun denda RM970 jutaFirdaus AzilSeptember 1 2022Kegagalan membayar denda tersebut akan mengakibatkan Rosmah dipenjara sepuluh tahun bagi setiap pertuduhan dan perlu dijalankan secara berturutan fotoREU...
Rasuah Projek Solar Adakah Rosmah Akan Menurut Jejak Najib

Rasuah Projek Solar Adakah Rosmah Akan Menurut Jejak Najib

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 230 hits
Selepas hampir empat tahun perbicaraan Datin Seri Rosmah Mansor akan mengetahui esok sama ada beliau akan dibebaskan atau disabitkan atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak Hakim Ma...
Kes Projek Solar Susulan Penghakiman Tular Rosmah Mohon Hakim Zaini Undur Diri

Kes Projek Solar Susulan Penghakiman Tular Rosmah Mohon Hakim Zaini Undur Diri

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 293 hits
Berapa hakim akan diminta undur pada September ini Seperti juga kes najib rakyat tak kesah semah bebas atau dihukum bersalah kerana segala pendedahan di mahkamah dalam pengetahuan rakyat untuk menilai dan membuat keputusan Keputusan rakyat ...
Rosmah Menangis Setelah Didapati Bersalah Rasuah Projek Solar

Rosmah Menangis Setelah Didapati Bersalah Rasuah Projek Solar

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1 25 bilion Hakim Mohamed Zaini ...
Keputusan Mahkamah Tepat Anak Ulas Kes Rasuah Rosmah Mansor

Keputusan Mahkamah Tepat Anak Ulas Kes Rasuah Rosmah Mansor

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 193 hits
Anak perempuan kepada Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Datin Azrene Ahmad tampil mengulas dipercayai berkaitan tuduhan rasuah bernilai RM1 25 bilion ke atas ibunya Menerusi satu hantaran di laman Instagram semalam dia berkata keputusan Mahkam...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Macam Mana Orang Malaysia Boleh Buat Rm10k Sebulan Guna Hanya Satu Pautan