Rasuah Projek Perumahan Seorang Lagi Pegawai Daerah Juruukur Ditahan


BernamaPegawai daerah dan juruukur itu direman selama lima hari bermula hari ini selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim, membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.PUTRAJAYA: Dua lagi individu iaitu seorang pegawai daerah dan seorang juruukur bahan ditahan hari ini, susulan penahanan tiga individu termasuk dua bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran di Selangor dan seorang kontraktor semalam disyaki menerima rasuah daripada kontraktor.
Kedua-dua individu tersebut direman selama lima hari bermula hari ini selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim, membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.
Menurut sumber SPRM, kedua-dua individu terlibat telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 9 dan 10 malam tadi, ketika hadir memberi keterangan.
Katanya, individu terbabit dipercayai bersekongkol bersama syarikat kontraktor yang merupakan sindiket kartel projek, bagi membolot projek-projek bernilai puluhan juta ringgit di sekurang-kurangnya empat daerah di Selangor sejak 2012.
“Dalam tempoh empat tahun di sebuah daerah sahaja, kontraktor terlibat boleh memperoleh pelbagai projek bernilai anggaran RM20 juta. Difahamkan terdapat kira-kira 70 syarikat yang digunakan untuk membolot projek-projek tersebut, termasuk kira-kira 16 syarikat milik keluarga mereka dan selebihnya merupakan kroni atau proksi,” kata sumber SPRM itu.
Sumber itu turut berkata, kontraktor ni akan menjaga dan berdampingan dengan pegawai-pegawai terlibat seperti menaja bermain golf, percutian ke luar negara dengan membiayai perbelanjaan sekeluarga.
Katanya, pegawai daerah yang direman hari ini dipercayai telah menerima suapan bernilai anggaran kira-kira RM125,000 dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, pengubahsuaian rumah, deposit kereta dan bayaran perubatan.
“Suapan itu adalah sebagai balasan untuk membantu syarikat-syarikat milik kontraktor mendapatkan kerja-kerja pembersihan kawasan, penyelenggaraan dan lain-lain kerja secara sebut harga dan tender di kawasan sekitar Selangor. Keseluruhan nilai projek-projek tersebut berjumlah kira-kira RM3 juta,” katanya.
Sumber SPRM itu juga berkata, juruukur bahan itu pula dipercayai telah memperoleh suapan sebanyak satu peratus daripada nilai projek, selain wang tunai berjumlah anggaran RM90,000 dan sebuah basikal bernilai RM3,000.
Katanya individu tersebut dipercayai telah membocorkan maklumat-maklumat berkaitan tender kepada kontraktor, bagi kerja-kerja pembersihan kawasan dan penyelenggaraan di sebuah daerah lain pula di Selangor.
Semalam, media melaporkan SPRM menahan tiga individu termasuk dua pegawai daerah di Selangor kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor projek dan pemaju perumahan di kawasan masing-masing.
Menurut sumber, kedua-dua mereka yang juga bekas YDP Majlis Perbandaran di Selangor, masing-masing berusia 47 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan kelmarin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/rasuah-projek-perumahan-seorang-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Lagi Direman Berkait Rasuah Projek Air Kelantan

Seorang Lagi Direman Berkait Rasuah Projek Air Kelantan

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 215 hits
Lelaki terbabit yang juga pemilik syarikat perundingan penyelenggaraan air ditahan malam tadi selepas hadir ke pejabat SPRM Kota Bharu untuk memberi keterangan PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan reman seorang lagi ...
Kerajaan Kelantan Beri Kerjasama Kes Rasuah Projek Aksb

Kerajaan Kelantan Beri Kerjasama Kes Rasuah Projek Aksb

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 288 hits
Kerajaan negeri Kelantan akan memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes rasuah projek RM27 juta melibatkan bekas pengurus besar syarikat Air Kelantan Sdn Bhd Set...
Sprm Tahan Seorang Pegawai Tadbir Pbt Di Syaki Terima Wang Suapan Bernilai Rm30 000

Sprm Tahan Seorang Pegawai Tadbir Pbt Di Syaki Terima Wang Suapan Bernilai Rm30 000

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 220 hits
SHAH ALAM Seorang pegawai tadbir sebuah majlis perbandaran ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor selepas disyaki menerima wang suapan berjumlah lebih RM30 000 sebagai balasan untuk mengesahkan perakuan siap kerja bagi kerj...
Unit Dron Polis Kesan 2 Kenderaan Rentas Daerah Beli Durian Ditahan Di Sipitang

Unit Dron Polis Kesan 2 Kenderaan Rentas Daerah Beli Durian Ditahan Di Sipitang

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 227 hits
Kenderaan van penumpang dan lori berkenaan dipercayai bergerak dari Kota Kinabalu hanya bertujuan untuk membeli durian Sipitang Dua kenderaan membawa muatan durian ditahan selepas gagal menunjukkan permit polis rentas daerah di Kampung Nalu...
65 Pati Ditahan Sekitar Daerah Kundasang Ranau

65 Pati Ditahan Sekitar Daerah Kundasang Ranau

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 270 hits
Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin bersama operasi dijalankan bahagian penguatkuasaan JIM Ranau Ranau Jabatan Imigresen Malaysia berjaya menahan seramai 65 pendatang asing tanpa izin dalam serbuan di 10 lokasi sekitar daerah Ra...
Pegawai Imigresen Didenda Rm30 000 Kerana Rasuah

Pegawai Imigresen Didenda Rm30 000 Kerana Rasuah

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 334 hits
Pegawai Imigresen Dina Azanina Morshidi dijatuhi hukuman denda RM30 000 selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan di Mahkamah Khas Rasuah Kuching hari ini Foto NSTP Nadim Bokhari KUCHING Seorang pegawai Imigresen didenda RM30 000 oleh Mahka...
Seramai 64 Orang Termasuk Pegawai Polis Daerah Kuantan Di Sahkan Positif Covid 19

Seramai 64 Orang Termasuk Pegawai Polis Daerah Kuantan Di Sahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 200 hits
KUANTAN Seramai 63 anggota termasuk pegawai polis daerah Kuantan disahkan positif COVID 19 manakala 39 lagi kini menjalani proses kuarantin sejak Selasa lalu Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata darip...
Kerajaan Selangor Tidak Kompromi Dengan Pegawai Rasuah

Kerajaan Selangor Tidak Kompromi Dengan Pegawai Rasuah

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 234 hits
Kerajaan Selangor tidak akan berkompromi dengan salah laku yang dilakukan oleh penjawat awam Hal itu ditegaskan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berhubung penahanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas ka...
Tarik Balik Darjah Pingat Pegawai Kerajaan Ahli Politik Rasuah Titah Sultan Selangor

Tarik Balik Darjah Pingat Pegawai Kerajaan Ahli Politik Rasuah Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 239 hits
Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah gejala yang boleh merosakkan masyarakat serta menjatuhkan negara PETALING JAYA Darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor dikurniakan ke...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan