65 Pati Ditahan Sekitar Daerah Kundasang Ranau


Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin bersama operasi dijalankan bahagian penguatkuasaan JIM Ranau.


Ranau: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan seramai 65 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di 10 lokasi sekitar daerah Ranau, sempena Operasi Patuh Bersepadu, tengah malam tadi.

Operasi yang bermula jam 12 tengah malam itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) membabitkan 98 anggota dan pegawai.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin berkata, operasi dijalankan berdasarkan aduan awam yang diterima bahagian penguatkuasaan JIM Ranau.

Katanya, antara lokasi serbuan adalah rumah kongsi tapak pembinaan Mesilou Golf Course, Jalan Desa Cattle, Kampung Mesilou dan Loji Tapak Pembinaan Tangki Air serta sekitar Pekan Kundasang.

“Selain itu, serbuan turut dijalankan di sekitar Kuarters Pekerja MRSM, Tanah Merah, Jalan Kompleks Ranau, Kampung Babukan, Jalan Pinousuk, Ranau.

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)​ yang ditahan “Dalam operasi ini, seramai 173 orang diperiksa dan daripada jumlah itu hanya 65 individu ditahan membabitkan 28 lelaki dan 15 wanita dewasa serta 22 kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Jonathan berkata, semua ditahan selepas disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pasport atau pas yang sah serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas.


Selain itu katanya, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen Imigresen 1959/63 iaitu menggunakan dan memiliki apa-apa permit masuk, pas, dokumen perjalanan dalam negeri atau perakuan yang palsu.

“Objektif utama operasi ini dilaksanakan adalah nagi membenteras kehadiran PATI dan mana-mana orang yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen dan Akta Anti Perdagangan dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

“Tumpuan Operasi ini juga turut menjurus kepada majikan-majikan yang disyaki mengambil pekerja PATI, melindungi PATI dan sindiket yang membawa masuk PATI ke negara ini,” katanya.


Jonathan berkata, tindakan akan diambil selaras dengan peruntukkan undang-undang tanpa kompromi.

Katanya, dalam pada itu, semua tahanan juga diarahkan menjalani proses tapisan kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan COVID-19 bagi memastikan tidak wujud penularan jangkitan di depot tahanan Imigresen.

“Ia seiring dengan Prosedur Operasi Standard(SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” tegasnya.

Sementara itu, Jonathan berkata, sepanjang tahun ini, sebanyak 601 operasi sudah dijalankan JIM Negeri Sabah dan berjaya menahan seramai 1,061 PATI.


Katanya, dalam tempoh sama, seramai 34 orang majikan juga sudah didakwa manakala 1,739 orang tahanan warga asing sudah diusir balik ke negara asal.

“JIM Negeri Sabah ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya sejumlah PATI yang tidak mematuhi undang-undang.

“Saya menasihatkan masyarakat supaya tidak sesekali cuba melindungi PATI di negeri ini dan melaporkan dengan segera sekiranya terdapat aktiviti PATI di kawasan mereka,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/65-pati-ditahan-sekitar-daerah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Penjawat Awam Ditahan Guna Kenderaan Kerajaan Bawa Pati

3 Penjawat Awam Ditahan Guna Kenderaan Kerajaan Bawa Pati

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 253 hits
Willie JudeKOTA KINABALU Polis menahan tiga penjawat awam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin menggunakan kenderaan kerajaan bagi melepasi sekatan di Jalan Kunak Tawau minggu lalu Dalam kejadian kira kira 10 malam 14 Julai la...
Rasuah Projek Perumahan Seorang Lagi Pegawai Daerah Juruukur Ditahan

Rasuah Projek Perumahan Seorang Lagi Pegawai Daerah Juruukur Ditahan

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 397 hits
Pegawai daerah dan juruukur itu direman selama lima hari bermula hari ini selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia PUTRAJAYA Dua lagi individu iaitu seorang pegawai dae...
Penagih Dadah Lepas Gian Dalam Kereta Ditahan Polis Ranau

Penagih Dadah Lepas Gian Dalam Kereta Ditahan Polis Ranau

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 330 hits
Suspek ditahan di dalam keretanya Gambar Polis Ranau Ranau Seorang lelaki ditahan selepas didapati menagih dadah ketika berada di dalam keretanya yang diletakkan ditepi jalan di Kampung Lohan di sini semalam Dalam kejadian jam 2 30 pagi itu...
6 Pati Ditahan Bersama Syabu Di Beluran

6 Pati Ditahan Bersama Syabu Di Beluran

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 362 hits
6 pendatang asing yang ditahan Beluran Enam pendatang asing tanpa izin ditahan dalam serbuan yang dijalankan terhadap sebuah rumah tidak bernombor di Ladang Terap Mamahat di sini semalam Operasi yang diarahkan Pegawai Pemerintah Pasukan Ger...
Sandwich Ashrin Food Penghantaran Sekitar Kuala Lumpur

Sandwich Ashrin Food Penghantaran Sekitar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 208 hits
Siapa tak suka sandwich Sandwich lah paling sedap dan senang nak buat Terutama waktu pagi Tapi disebabkan kesuntukkan masa nak buat pun tak sempat kan Kadang kadang malas nak buat Ada hari kita rajin ada hari satu benda pun kita malas kalau...
Imbas Semburan Belerang Sekitar 20 Ton Ikan Di Danau Batur Mati

Imbas Semburan Belerang Sekitar 20 Ton Ikan Di Danau Batur Mati

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 213 hits
Namun untuk kerugian belum bisa dihitung karena proses evakuasi ikan yang telah mati masih dilakukan hingga saat ini Tetapi untuk harga ikan nila di pasaran perkilo gramnya sekitar Rp 28 ribu
Kementerian Alam Sekitar Dan Air Gantung Lesen Kilang Cemarkan Sungai Ulu Keratong

Kementerian Alam Sekitar Dan Air Gantung Lesen Kilang Cemarkan Sungai Ulu Keratong

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 279 hits
PUTRAJAYA Kementerian Alam Sekitar dan Air akan bertindak menggantung lesen kilang yang menjadi punca kepada pencemaran sungai di Ulu Keratong Daerah Rompin Pahang Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Jabatan Alam Sekitar neg...
Sekitar Suasana Perkarangan Cac Stadium Melawati Hari Ini

Sekitar Suasana Perkarangan Cac Stadium Melawati Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 262 hits
ARIF ATAN Foto WAN ZAHARI WAN SALLEHRibuan pesakit pelbagai peringkat usia berbaris panjang di perkarangan Pusat Penilaian Covid 19 di Stadium Malawati pagi tadi Keadaan sesak CAC tersebut dengan para petugas mengenakan kelengkapan perlindu...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff