Rasuah Pecah Amanah Felda Isa Samad Minta Dibicarakan


Bekas pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad berdepan 1 pertuduhan rasuah dan 9 pecah amanah melibatkan Felda. – Foto New Straits Times
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad yang didakwa atas 1 pertuduhan pecah amanah dan 9 pertuduhan rasuah lebih RM3 juta akan bermula di Mahkamah Tinggi di sini, pada 7 Okt ini selama 13 hari.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh berkenaan selepas Isa, 70, mengekalkan pengakuan tidak bersalah ke atas semua pertuduhan di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 7 sehingga 9 Okt dan bersambung 14 sehingga 25 Okt.
Hari ini merupakan sebutan kali pertama kes itu di Mahkamah Tinggi selepas kes berkenaan dibenarkan dipindahkan dari Mahkamah Sesyen.
Terdahulu, Isa yang hadir ke mahkamah memakai kot kelabu dibacakan semula 10 pertuduhan itu satu persatu dan beliau berkata, “minta bicara” ketika ditanyakan jurubahasa apakah pengakuannya terhadap semua pertuduhan itu.
Bagi pertuduhan pertama, Isa didakwa sebagai pengarah syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd, yang diamanahkan dengan dana syarikat itu melakukan pecah amanah ke atas dana tersebut dengan meluluskan cadangan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak dengan harga RM160 juta tanpa kelulusan ahli Lembaga Pengarah Felda.
Perbuatan itu bertentangan dengan keputusan mesyuarat ahli Lembaga Pengarah Felda Bilangan 303 bertarikh 25 Jun 2013 yang dibuat berkenaan pelaksanaan amanah itu yang mana ahli Lembaga Pengarah Felda memberi mandat kepada ahli Lembaga Pengarah syarikat FIC Sdn Bhd dalam membuat keputusan pelaburan melibatkan projek bernilai RM100 juta ke bawah.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 50, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, dekat sini pada 29 April 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua hingga Ke-10, Isa didakwa secara rasuah menerima suatu suapan untuk dirinya, iaitu wang tunai, yang kesemuanya berjumlah RM3,090,000.00 daripada Ikhwan Zaidel iaitu ahli Lembaga Pengarah syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd melalui Muhammad Zahid Md Arip sebagai upah bagi membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching oleh syarikat FIC Sdn Bhd yang bernilai RM160 juta.
Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai memohon mahkamah mengekalkan jaminan berjumlah RM800,000 yang dikenakan ke atas Isa ketika kali pertama didakwa di Mahkamah Sesyen sebelum ini.
Hakim Mohd Nazlan membenarkan Isa mengguna pakai jaminan terdahulu dan mengarahkan beliau menyerahkan pasport kepada mahkamah. – Bernama / Majalah Review Malaysia
KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir
KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion
KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin
KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar
KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah
The post Rasuah pecah amanah Felda, Isa Samad minta dibicarakan appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191546/rasuah-pecah-amanah-felda-isa-samad-minta-dibicarakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Perisik Kerajaan Najib Dibicarakan Pecah Amanah Rm50 4 Juta

Ketua Perisik Kerajaan Najib Dibicarakan Pecah Amanah Rm50 4 Juta

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 449 hits
Hasanah Abdul Hamid didakwa melakukan pecah amanah AS 12 1 juta atau RM50 4 juta milik kerajaan BN pimpinan Najib Razak Foto Sinar Harian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini menetapkan 15 hari bermula 3 Februari tahun depan untuk ...
Belanja Rm140 Juta Gaji Lebih 2juta Anwar Mahu Penjelasan Dari Isa Samad

Belanja Rm140 Juta Gaji Lebih 2juta Anwar Mahu Penjelasan Dari Isa Samad

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 364 hits
nbsp nbsp Foto sumber internetKUALA LUMPUR 10 April Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa bekas pengerusi Felda menjelaskan perbelanjaan RM140 juta termasuk lawatan ke luar negara bersama keluarga Loading var D new Date d docu
Streram Pecah Amanah

Streram Pecah Amanah

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 242 hits
Updated 6 15pmLAPORAN POLIS KE ATAS TIMBALAN KETUA CABANG PKR REMBAU KERANA MENIPULaporan di Balai Polis Segamat JohorNo Report Kajang 008524 19Tarikh 8 Mac 2019Pengadu YB Dato Sri Dr Santhara Kumar Umur 47 tahun 11 bulanLaporan di tulis se...
Anwar How Did Isa Find Rm140m Felda Money To Spend Including On Family Trips

Anwar How Did Isa Find Rm140m Felda Money To Spend Including On Family Trips

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 243 hits
Tan Sri Mohd Isa Samad filepicKUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim wants an explanation on how RM140mil was spent by former Felda chairman Tan Sri Mohd Isa Samad including on overseas trips with his family members Is it true that the forme...
Isa Pertahan Tindakan Felda Beli Ehp

Isa Pertahan Tindakan Felda Beli Ehp

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 297 hits
Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad mempertahankan tindakan Felda membeli saham syarikat Indonesia Eagle High Plantations Tbk dua tahun lalu Mohd Isa berkata pembelian EHP merupakan suatu kisah yang panjang untuk diperjelaskan namu...
Rm 6 23 Billion Untuk Felda Wow

Rm 6 23 Billion Untuk Felda Wow

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 357 hits
Kerajaan akan memberi bantuan kewangan RM6 23 bilion dalam bentuk geran pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat mengikut keperluan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu FELDA Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Moha...
Kerajaan Setuju Berikan Suntikan Kepada Felda Sebanyak Rm6b

Kerajaan Setuju Berikan Suntikan Kepada Felda Sebanyak Rm6b

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 341 hits
Demi membantu FELDA kerajaan kini telah bersetuju untuk memberi suntikan wang berbentuk geran pinjaman dan jaminan kerajaan sebanyak RM6 23 dan akan diberikan mengikut keperluan Azmin Ali sebentar tadi telah membentang Kertas Putih FELDA di...
Kerajaan Ph Sediakan 6 23 Billion Bantu Pulihkan Felda

Kerajaan Ph Sediakan 6 23 Billion Bantu Pulihkan Felda

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 397 hits
KUALA LUMPUR Putrajaya akan memperuntukkan sebanyak RM6 23 billion bagi pelan pemuihan FELDAsebagai sebahagian daripada pelan pemulihan dan pelarasan kerajaan diatas kegagalan FELDA dan kes penipuan pengurusannya Pelan ini bagi memulihkan s...
Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Sungai Golok Attackers Wore Niqabs To Hide Identities Says Deputy Mayor

Ministry To Address Corruption In Ums Says Deputy Minister

Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

Achey Tantari Baby Feaaa Ragam Raya Chord

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah

Balik Asrama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raikan Hari Raya Bersama Kempen Serlahkan Perayaan Mu Dengan Guardian

Geek Bar Raih If Design Award 2025 Untuk Dua Produk Konsep Inovatif

Lirik Lagu Balaklava Fetya

Mencari Al Khaliq

Iman Troye Salam Salam Lebaran Chord

Mal Hamka Thamiera Chan Athalia Nadia Rosli Pokai Raya Chord