Rasuah Dianggap Jenayah Ringan Lama Lama Jadi Amalan


Dr Mahathir Mohamad

KATA MP | Sikap kita terhadap jenayah rasuah tidak seperti sikap kita kepada lain-lain jenayah. Kita pandang ringan kepada rasuah sehingga jika disogok kita orang biasa sanggup terima.

Kita tidak berasa bersalah atau malu menerima walaupun diketahui orang. Apalah sangat kesan dari perbuatan kita.
Apabila masyarakat kita anggap rasuah bukanlah satu jenayah yang buruk, maka ia akan berkembang sehingga menjadi amalan seluruh masyarakat.

Tidak ada apa-apa khidmat yang tidak melibatkan rasuah. Di peringkat ini individu dalam masyarakat tidak berasa tertekan dan rela membayar. Tetapi jika diambil kira kesan terhadap pemerintahan, rasuah tetap akan menghalang proses pentadbiran negara.

Negara tetap tidak akan maju. Pada waktu ini semua rakyat akan jadi mangsa amalan rasuah.
Rasuah biasanya melibat khidmat Kerajaan. Segala urusan memerlu kelulusan dari Kerajaan. Ini memberi peluang (dan kuasa) kepada pegawai dan kakitangan Kerajaan menuntut sagu hati untuk khidmat biasa mereka.

Walaupun undang-undang boleh dikenakan kepada mereka yang menerima sagu hati, tetapi keengganan penerima melapor menjadikan undang-undang tidak berkesan.

Yang boleh menghapus rasuah ialah sifat yang ada pada kita menolak rasuah sebagai jenayah yang amat buruk dan hina dan perlu ditolak.
Negara dan masyarakat yang amal rasuah sebagai perkara biasa, tetap sukar dimajukan. Pentadbiran tetap kurang efisien dan ini mempunyai kesan buruk kepada pelaburan dan dagangan.

Tanpa atau kurangnya perniagaan, pelaburan dan dagangan negara akan jadi miskin dan rakyat akan menderita. Kita lihat semasa wabak Covid-19 semua perniagaan terhenti dan pendapatan pekerja, peniaga dan pengusaha hilang.

Semua menjadi miskin, termasuk kerajaan kerana tidak ada cukai untuk dikutip. Demikian jugalah kesan dari kekurangan aktiviti ekonomi kerana rasuah.
Dapat kuasa melalui rasuah

Dengan kemajuan dan pertumbuhan ekonomi terganggu, maka masyarakat tidak akan merasai nikmat dari kemajuan dan pertumbuhan, nikmat dari peluang kerja dan perniagaan. Pada masa itu barulah rakyat akan rasai kesan dari amalan rasuah.
Dalam negara demokrasi tiap rakyat memiliki kuasa mengundi. Kuasa, atau power, mengundang rasuah. Rakyat sebagai pengundi terdedah kepada rasuah.
Undi menentukan menang atau kalah seseorang calon. Tujuan memberi kuasa memilih kepada rakyat ialah supaya mereka akan pilih calon yang terbaik yang akan diri Kerajaan yang prihatin terhadap masalah rakyat.

Apabila kerajaan terdiri dari orang yang baik iaitu tidak terima rasuah maka negara akan maju dan pengundi akan dapat banyak nikmat. Segala urusan dengan kerajaan menjadi mudah, kos akan berkurangan dan masa tidak dibazirkan.
Tetapi orang yang ingin merebut kuasa kerajaan untuk kepentingan diri sendiri akan melihat pemilihan wakil rakyat sebagai cara untuk mendapat kuasa kerajaan melalui rasuah.
Sepatutnya pengundi tidak akan undi calon yang tidak baik jika mereka tahu calon itu tidak baik. Tetapi jika calon tidak baik, menghulur wang, besar kemungkinan ramai pengundi ketepikan pentadbiran yang baik dan kemajuan negara. Mereka akan terima sogokan.

Setelah menerima sogokan, mereka akan beri undi kepada penyogok. Lebih banyak wang yang didapati lebih bersedialah pengundi memberi undi kepada perasuah.
Bagi calon yang berduit, samada duit sendiri atau yang dipinjam atau dicuri, ramailah yang akan sogok pengundi. Besarlah kemungkinan calon yang guna wang untuk sogok akan menang.
Dengan ini pencuri dan perasuah dapat diri Kerajaan. Mungkin juga mereka ini dibiayai oleh orang tertentu yang merancang untuk merebut kuasa Kerajaan untuk kepentingan mereka.
Dengan kerajaan dikuasai oleh perasuah, kepentingan negara dan rakyat akan diketepikan.
Jika rakyat menentang kerajaan perasuah ini, maka rakyat pun akan disogok dengan wang Kerajaan. Demikian BR1M dicipta dan berbagai pemberian wang percuma diadakan.
Dalam masyarakat yang anggap rasuah sebagai jenayah kecil, kesediaan menerima sogokan akan menghilangkan tentangan terhadap Kerajaan yang buruk.

Dana untuk pengurusan dan pembangunan akan berkurangan kerana diguna untuk sogokan ini. Negara terpaksa hutang dan tanggung beban pembayaran dan faedah. Infrastruktur tidak dapat dibina dan taraf hidup rakyat akan menurun.
Negara perasuah tidak akan menarik pelabur dan peniaga, sebabnya ialah kerana rasuah meningkat kos dan melewatkan kelulusan. Tanpa pelaburan peluang pekerjaan akan berkurangan. Kemiskinan akan bertambah dan negara tidak akan membangun.
Rakyat terpaksa bergantung kepada Kerajaan untuk kehidupan mereka. Malangnya kerajaan pula kekurangan dana kerana jumlah cukai berkurangan akibat kemerosotan ekonomi. Rakyat seperti ini tidak dapat sumbang kepada pertumbuhan negara. Maka lagi miskinlah negara.
Kita sudah lihat apa yang sudah berlaku apabila pengundi kita pilih kerana disogok dalam PRU. Tetapi mungkin kita fikir tak akanlah negara akan jadi begitu buruk kerana kita terima sedikit sagu hati.
Tak mungkinlah kita alami kemerosotan hanya kerana kita seorang terima rasuah. Percayalah jika kita anggap rasuah sebagai jenayah ringan, besar kemungkinan orang lain juga mempunyai sikap yang sama.
Maka jadilah kita negara perasuah yang tidak mungkin berjaya.
DR MAHATHIR MOHAMAD merupakan ahli parlimen Langkawi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/rasuah-dianggap-jenayah-ringan-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Contoh Amalan Rasuah Paling Buruk Tun M

Sabah Contoh Amalan Rasuah Paling Buruk Tun M

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 240 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa budaya lompat parti di negeri itu baru baru ini adalah contoh amalan rasuah paling buruk Bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu mendakwa ia dib...
10 Amalan Ringan Pahalanya Setara Dengan Ibadah Berhaji

10 Amalan Ringan Pahalanya Setara Dengan Ibadah Berhaji

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 310 hits
Menunaikan ibadah haji merupakan impian setiap muslim Ibadah yang dilakukan setahun sekali itu merupakan rukun Islam kelima yang hanya dapat ditunaikan oleh muslim yang terpanggil dan mampu untuk melaksanakannya Banyak diantara muslim yang ...
Bakal Bersalin Tak Lama Lagi Fasha Aidil Mohon Doa Dari Semua

Bakal Bersalin Tak Lama Lagi Fasha Aidil Mohon Doa Dari Semua

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 249 hits
Pelakon Fasha Sandha nampaknya bakal melahirkan bayi dalam kandungan pada bila bila masa sahaja dari sekarang Dalam perkongsian terbaru Fasha di Instagram miliknya pelakon itu memohon agar semua mendoakan kesejahteraan dirinya dan anak dala...
Bape X Clarks Originals Akan Datang Tidak Lama Lagi

Bape X Clarks Originals Akan Datang Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 414 hits
Tahun 2020 merupakan tahun yang bermakna untuk jenama A Bathing Ape kerana telah berkolaborasi dengan pelbagai jenama hebat Kolaborasi BAPE yang terbaru adalah dengan syarikat pengeluar kasut Clarks Originals Koleksi BAPE x Clarks Originals...
Parti Mahathir Mampu Menjadikan Mukhriz Presiden Tetapi Tidak Boleh Bertahan Lama

Parti Mahathir Mampu Menjadikan Mukhriz Presiden Tetapi Tidak Boleh Bertahan Lama

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 300 hits
Dr M perlu akar umbi untuk jadi kuasa ketiga Penganalisis Pembentukan parti berasaskan Melayu dan Pribumi oleh Dr Mahathir Mohamad dilihat masih terlalu awal untuk menjadi kuasa penentu atau kuasa ketiga dalam politik tanah air Penganalisis...
10 Pengharum Ruangan Racikan Sendiri Yang Minim Bahan Kimia Murah Meriah Tahan Lama Wanginya

10 Pengharum Ruangan Racikan Sendiri Yang Minim Bahan Kimia Murah Meriah Tahan Lama Wanginya

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 266 hits
Bahannya cuma dari buah buahan bunga atau rempah yang dicampur dengan air atau dibikin lilin aromaterapi Praktis sekali
Lama Sungguh Diam Ingat Dok Bertapa Di Gua Perlis Dak Pun Naik Bukit Mengkuang

Lama Sungguh Diam Ingat Dok Bertapa Di Gua Perlis Dak Pun Naik Bukit Mengkuang

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 416 hits
IBRAHIM MAT ISADah lama aku tak follow kuliah Mufti Perlis Baru ni aku bertaubat dan berasa nak follow balik kuliah asatizah tersohor itu Ternyata beliau masih lagi meriwayatkan kisah palsu mengenai tukang supir di Langkawi Dan kenangkan ki...
Sebagian Besar Ekonomi Asia Tenggara Butuh Waktu Lama Untuk Keluar Dari Resesi Khususnya Indonesia

Sebagian Besar Ekonomi Asia Tenggara Butuh Waktu Lama Untuk Keluar Dari Resesi Khususnya Indonesia

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 261 hits
Beberapa kekuatan ekonomi di Asia Tenggara diprediksi lebih berhasil dalam mengatasi wabah virus corona Tetapi menurut seorang ekonom dari bank Jepang Nomura ketidakpastian global akan membatasi tingkat pemulihan ekonomi di kawasan tersebut...
Berapa Lama Daging Korban Boleh Disimpan

Berapa Lama Daging Korban Boleh Disimpan

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 306 hits
Berapa Lama Daging Korban Boleh Disimpan Assalamualaikum Salam hari Jumaat yang mulia Apa khabar semua Maafkan mama sekarang ni teramat busy dengan kerja di office Kalau ikut sejarah memang setiap tahun waktu ni memang mama akan super busy ...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan

Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital