Rasuah Berjemaah Melibatkan Beberapa Adun Di Negeri Manakah Ia Berlaku






10 November 2024


Sejak semalam, Malaysiakini telah melaporkan tentang perlakuan rasuah di sebuah negeri yang melibatkan beberapa Adun di negeri berkenaan.


Sehingga ini, tidak dipastikan negeri mana yang terlibat dan tidak diketahui sama ada ia di bawah tadbiran PH/BN ataupun PN.


Dalam laporan tersebut, dikatakan sekurang-kurangnya lapan rakaman video mengaitkan beberapa Adun yang didakwa membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit yang diberikan kepada mereka sebagai balasan untuk mendapatkan projek di sebuah negeri.


Ini termasuk mereka yang memegang jawatan kanan dalam pentadbiran negeri tersebut.


Difahamkan terdapat lebih banyak rakaman video juga melibatkan Adun-Adun lain daripada negeri itu.


Malaysiakini telah melihat lapan video itu dan tidak akan mendedahkan identiti ahli politik berkenaan sehingga mendapatkan salinan rakaman serta komen daripada mereka yang terlibat.


Sumber memberitahu Malaysiakini, pemberi maklumat sedang cuba mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sebelum meneruskan lebih lanjut.


Sumber itu berkata SPRM telah dimaklumkan mengenai rakaman video tersebut.


Difahamkan, pemberi maklumat telah melantik peguam Izwan Azmi daripada Izwan Mazniza Kamil & Associates untuk meneruskan perkara itu.


Malaysiakini juga ditunjukkan salinan dua surat daripada peguam kepada SPRM bertarikh 24 Okt dan 29 Okt untuk mendapatkan pertemuan berhubung mendapatkan perlindungan.


Kedua-dua surat mengandungi cop “resit akui”.


“Pemberi maklumat bersedia untuk mendedahkan maklumat sulit berhubung isu ini tetapi dia mahu memastikan perlindungan untuk dirinya diperolehi terlebih dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya,” kata sumber itu.


Akta Perlindungan Pemberi Maklumat bertujuan untuk menggalakkan pendedahan maklumat mengenai rasuah atau salah laku lain dan menyediakan perlindungan kepada pemberi maklumat termasuk daripada tindakan sivil, jenayah, atau disiplin.


Malaysiakini juga ditunjukkan dokumen-dokumen berkaitan projek tersebut serta butiran perbankan dalam talian berkaitan dakwaan rasuah.


Dalam rakaman yang dipercayai dibuat awal tahun ini, seorang ahli perniagaan yang wajahnya tidak kelihatan boleh didengar berbincang dengan para Adun berkenaan mengenai rasuah yang telah diberikan kepada setiap seorang daripada mereka.


Difahamkan, pertemuan berlaku selepas kerajaan negeri membatalkan lesen projek tersebut, menyebabkan ahli perniagaan itu menuntut agar para Adun berkenaan mengembalikan wang yang telah diberikannya yang merupakan bayaran awal daripada jumlah sebenar yang dijanjikan.


Ahli perniagaan tersebut juga memberikan kelonggaran kepada para Adun terbabit untuk membayar balik secara ansuran.


Jumlah yang disebut mencecah ratusan ribu ringgit dan dalam satu kes seorang ahli politik veteran diingatkan dia akan menerima hampir RM3 juta jika urusan itu berjalan lancar.


Beberapa Adun mengaku telah menggunakan wang tersebut manakala seorang lagi berkata dia boleh mengembalikan RM300,000 tanpa ansuran kerana jumlah tersebut “kecil”.


Pada salah satu video, ahli perniagaan tersebut, ketika bercakap dengan seorang pembantu salah seorang Adun, mendedahkan ratusan ribu dalam bentuk tunai telah diserahkan kepada bos pembantu itu di pejabatnya dan pembantu tersebut mengesahkan hal tersebut ada berlaku.


Sumber itu berkata apabila pemberi maklumat mendapat perlindungan, laporan akan dibuat kepada SPRM dan rakaman akan diserahkan kepada suruhanjaya tersebut bagi memudahkan siasatan.


Pemberi maklumat yang memiliki bukti video yang didakwa memaparkan beberapa Adun membincangkan penerimaan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit bagaimanapun mengaku dia bimbang mengenai keselamatannya kerana skandal itu melibatkan individu berjawatan tinggi.


“Ini melibatkan pemimpin tertinggi sesebuah negeri. Mereka ini adalah orang yang berpengaruh. Akan ada kesan politik dan peribadi yang teruk,” katanya kepada Malaysiakini.


“Inilah sebabnya saya memohon perlindungan penuh walaupun sebelum membuat laporan kepada SPRM,” katanya.


Pemberi maklumat itu berkata dia sanggup menyerahkan semua bukti kepada SPRM malah memberi keterangan di mahkamah jika dia diberi perlindungan.


Pemberi maklumat itu merayu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang berikrar tidak akan berkompromi dengan rasuah, untuk campur tangan dalam perkara itu.


“Saya yakin perdana menteri mahu kes ini disiasat. Jadi saya mohon bantuannya,” tambahnya.


Ketika dihubungi, peguam pemberi maklumat Izwan Azmi mengesahkan anak guamnya bersedia untuk tampil mendedahkan butiran skandal itu dan menjadi saksi jika diperlukan.


“Bagaimanapun, anak guam saya mempunyai pertimbangan tertentu,” katanya kepada Malaysiakini.


Izwani berkata dia akan hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya sekali lagi untuk mengulangi kebimbangan anak guamnya bagi mendapatkan perlindungan unruknya.


Perdana Menteri dalam hal ini tiada pilihan lain melainkan segera memberi jaminan kepada pemberi maklumat berkenaan perlindungan sebagai saksi, seterusnya memastikan gejala rasuah yang nampaknya masih berlaku dapat dibanteras hingga ke akar umbi oleh SPRM, apa lagi jika ia seolah-olah dilakukan secara berjemaah.


Sumber pendedahan – Malaysiakini.


https://shahbudindotcom.net/2024/11/rasuah-melibatkan-beberapa-adun-di-negeri-manakah-ia-berlaku/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/rasuah-berjemaah-melibatkan-beberapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Rasuah Pemberi Maklumat Hantar Surat Pada Pm Kait Pemimpin Tertinggi Negeri

Video Rasuah Pemberi Maklumat Hantar Surat Pada Pm Kait Pemimpin Tertinggi Negeri

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 142 hits
RK AnandPemberi maklumat yang memiliki bukti video berhubung skandal rasuah yang didakwa melibatkan beberapa ahli politik telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta diberi perlindungan sebelum membuat laporan ...
Viral Adun Rasuah Pemberi Maklumat Hantar Surat Kepada Pmx Khutbah B

Viral Adun Rasuah Pemberi Maklumat Hantar Surat Kepada Pmx Khutbah B

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 182 hits
Pemberi maklumat yang memiliki bukti video berhubung skandal rasuah yang didakwa melibatkan beberapa ahli politik telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta diberi perlindungan sebelum membuat laporan SPRM Sur...
Rasuah Adun Adun Pas Di Utara

Rasuah Adun Adun Pas Di Utara

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 170 hits
Sham GhazAdun Pas yang terima duit tu bak sini gambar dia Aman Muhammad kawe nak buat POSTER BESAR AMAN MUHAMMAD Skandal terbaru rasuah adun adun PAS PN 1 Sekurang kurangnya ada 8 rakaman video mengaitkan beberapa ADUN PAS PN berbincang men...
Video Adun Bincang Rasuah Pemberi Maklumat Minta Perlindungan Sprm

Video Adun Bincang Rasuah Pemberi Maklumat Minta Perlindungan Sprm

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 184 hits
RK AnandSekurang kurangnya lapan rakaman video mengaitkan beberapa Adun yang didakwa membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit yang diberikan kepada mereka sebagai balasan untuk mendapatkan projek di sebuah negeri Ini termasuk mere...
Sprm Sahkan 5 Yb Telah Dipanggil Dalam Kes Skandal Rasuah Adun Sabah

Sprm Sahkan 5 Yb Telah Dipanggil Dalam Kes Skandal Rasuah Adun Sabah

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 158 hits
SITI NUR ZAWANISuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabah sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan ADUN negeri itu terlibat dengan rasuah perolehan projek mineral SPRM berkata setakat ini lima orang ADUN sudah dipanggil untuk dirakam per...
Klip Audio Dakwaan Adun Terima Rasuah Terbongkar Terkini Pemberi Maklu

Klip Audio Dakwaan Adun Terima Rasuah Terbongkar Terkini Pemberi Maklu

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 128 hits
Pemberi maklumat yang baru baru ini mendakwa ada memiliki bukti video berhubung skandal rasuah melibatkan lapan Adun berkongsi satu rakaman audio kepada Malaysiakini di mana seorang ahli politik dikatakan membincangkan rasuah yang diteriman...
Segerombolan Yang Bincang Ambil Rasuah Bukan Adun Pas Pn Dan Bukan Di Utara

Segerombolan Yang Bincang Ambil Rasuah Bukan Adun Pas Pn Dan Bukan Di Utara

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 130 hits
MAKLUMAT AWAL YANG DAPAT DIUTARA TAPI BUKAN TUAN TUAN BUKAN MELIBATKAN ADUN PAS PN TETAPI IANYA DI KATAKAN DI MALAYSIA TIMUR TUAN TUAN
Skandal Rasuah Adun Sabah Saya Hanya Seloroh Kata Adun Tempasuk

Skandal Rasuah Adun Sabah Saya Hanya Seloroh Kata Adun Tempasuk

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 196 hits
FMT ReportersMohd Arsad Bistari berkata rakaman itu disunting dan disebar dengan niat jahat Adun Tempasuk Mohd Arsad Bistari berkata perbualannya dalam rakaman itu adalah komunikasi bersifat ringan yang dimanipulasikan PETALING JAYA Adun Te...
Sprm Bidas Helah Pemberi Maklumat Kes Rasuah Adun Sabah

Sprm Bidas Helah Pemberi Maklumat Kes Rasuah Adun Sabah

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 160 hits
FMT ReportersAzam Baki berkata Akta Pemberi Maklumat 2010 hanya diberi kepada mereka yang tidak melakukan salah laku dalam sesebuah kes Azam Baki berkata SPRM tidak boleh memberikan imuniti kepada individu mendakwa menjadi pemberi maklumat ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi