Rasionalisasi Subsidi Bahan Api Berpotensi Lonjak Inflasi 2024



KUALA LUMPUR: Rasionalisasi subsidi bahan api dan peningkatan cukai perkhidmatan berpotensi mendorong inflasi tahun ini ke paras 3.2% hingga 3.6% berbanding purata 2.5% tahun lalu, kata RHB Investment.
Ahli ekonomi firma penyelidikan itu, Chin Yee Sian berkata momentum inflasi dijangka meningkat seawal suku kedua 2024 susulan pelaksanaan beberapa cukai dan pelarasan harga.

Beliau berpandangan bahawa rasionalisasi subsidi bahan api dan kenaikan cukai perkhidmatan berkemungkinan mempunyai kesan material terhadap trajektori inflasi manakala pelarasan tarif air dan elektrik memberi kesan langsung yang terhad.
“Semua langkah dasar yang dinyatakan di atas akan mempunyai potensi peningkatan langsung kepada inflasi utama sebanyak 0.7% hingga 1.1%, mendorong julat inflasi untuk 2024 kepada 3.2% hingga 3.6% berbanding purata 2023 pada 2.5% tahun ke tahun.
“Kami mengekalkan unjuran inflasi utama dan inflasi teras bagi 2024 pada 3.3% dan 3.6% tahun ke tahun, dengan risiko cenderung kepada peningkatan,” ujar beliau dalam laporan Ekonomi Global dan Strategi Pasaran.
Chin menjelaskan bahawa magnitud sebenar risiko kenaikan akan bergantung kepada beberapa faktor utama seperti tarikh kuat kuasa pelaksanaan semakan dasar, kuantum pelarasan harga dan tarif, serta kekuatan kesan pusingan kedua inflasi terhadap perbelanjaan isi rumah dan kos perniagaan.
Selain itu, ia turut bergantung kepada potensi kesan daripada cukai barang bernilai rendah (LVGT) dan cukai barang bernilai tinggi (HGTV) yang tidak dapat diukur ketika ini.
Menurut Chin, firma itu mengandaikan sekiranya harga diesel meningkat 5% atau 10 sen bermula April ini daripada harga semasa RM2.15 seliter, Indeks Harga Pengguna (IHP) utama mungkin meningkat antara 0.10% hingga 0.15%.

Anggaran ini adalah lebih rendah daripada unjuran terdahulu firma itu antara 0.2% hingga 0.3% disebabkan oleh kejelasan tarikh pelaksanaan manakala andaian terdahulu telah dibuat untuk keseluruhan ekonomi Malaysia, yang kemudiannya dumumkan bahawa dasar rasionalisasi diesel tidak termasuk Sabah dan Sarawak.
“Begitu juga dengan andaian bahawa harga RON95 meningkat pada kadar yang sama sebanyak 5% atau 10 sen bermula Jun daripada harga semasa RM2.05 seliter, IHP utama mungkin meningkat 0.15% hingga 0.2%,” tambahnya.
Sementara itu, kenaikan cukai perkhidmatan daripada 6% kepada 8% yang dijangka bermula pada 1 Mac merangkumi semua perkhidmatan kecuali makanan dan minuman, perkhidmatan tempat letak kereta dan telekomunikasi.
Chin berpendapat bahawa kadar cukai perkhidmatan yang disemak naik ini dianggarkan mendorong kenaikan IHP utama antara 0.3% hingga 0.6%. - Dagang News

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2024/02/rasionalisasi-subsidi-bahan-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foto Btn Berupaya Jaga Pertumbuhan Kpr Di Tengah Kenaikan Harga Rumah Subsidi Pada 2024

Foto Btn Berupaya Jaga Pertumbuhan Kpr Di Tengah Kenaikan Harga Rumah Subsidi Pada 2024

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 274 hits
BTN berupaya semakin kreatif dalam memfasilitasi masyarakat untuk memiliki rumah termasuk ketika harga rumah bersubsidi diputuskan naik
Isyarat Dagangan Untuk Bitcoin Pada 31 Januari 2024 Beli Di Atas 42 300

Isyarat Dagangan Untuk Bitcoin Pada 31 Januari 2024 Beli Di Atas 42 300

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 333 hits
Pada awal sesi Eropah Bitcoin sedang berdagang di sekitar 42 890 di bawah 4 8 Murray di atas SMA 21 dan di atas EMA 200 dengan kecnedeurn tetapi menunjukkan tanda tanda keletihan Bitcoin mengalami kejatuhan ketara setelah cuba memecahkan 4 ...
Cuti Umum Melaka 2024 Dan Tahun Melawat Melaka 2024

Cuti Umum Melaka 2024 Dan Tahun Melawat Melaka 2024

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 259 hits
Cuti Umum Melaka 2024 dan Tahun Melawat Melaka 2024 9 Cuti umum Melaka 2024 merupakan hari Kelepasan Am negeri Melaka yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Cuti umum ini berlaku untuk seluruh negeri Melaka Oleh itu artikel ini menyenaraikan ...
Tarikh Hari Guru 2024 Tema Hari Guru 2024 Dan Ucapan Selamat Hari Guru

Tarikh Hari Guru 2024 Tema Hari Guru 2024 Dan Ucapan Selamat Hari Guru

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 293 hits
Hari guru 2024 adalah merupakan hari yang di mana para guru seluruh malaysia dihargai dan dihormati kerana jasa mereka mencurahkan ilmu dan bakti dalam dunia pendidikan Guru adalah merupakan nissan yang sangat berjasa kepada murid dalam mel...
Piala Dunia Hoki 5s 2024 Cipta Sejarah Malaysia Melangkah Ke Final

Piala Dunia Hoki 5s 2024 Cipta Sejarah Malaysia Melangkah Ke Final

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 255 hits
Skuad hoki nbsp lima sebelah lelaki negara melakar sejarah apabila nbsp berjaya nbsp mara ke final nbsp Piala Dunia Hoki 5s 2024 nbsp selepas nbsp menundukkan Poland 4 3 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Muscat Oman awal pagi tadi...
Sukseskan Pemilu 2024 Polres Rohul Pastikan Hak Pilih Tahanan Terpenuhi

Sukseskan Pemilu 2024 Polres Rohul Pastikan Hak Pilih Tahanan Terpenuhi

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 113 hits
Tahanan belum memiliki KTP akan dilakukan perekaman yang bekerja sama dengan Dukcapil
Tarikh Valentine Day 2024 Ucapan Valentine Day Dan Hukum Sambut Valentine Day

Tarikh Valentine Day 2024 Ucapan Valentine Day Dan Hukum Sambut Valentine Day

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 224 hits
Tarikh Valentine Day 2024 Ucapan Valentine Day dan Hukum Sambut Valentine Day 16 Valentine Day biasanya disambut dengan bertukar tukar Valentine buatan tangan atau yang dibeli di kedai atau tanda kasih sayang lain seperti coklat dan bunga D...
Tarikh Bayaran Sara Setiap Bulan Februari 2024

Tarikh Bayaran Sara Setiap Bulan Februari 2024

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 254 hits
Tarikh Bayaran SARA Setiap Bulan Februari 2024 Kepada penerima bantuan SARA 2024 anda pasti ingin tahu jadual tarikh bayaran Bantuan SARA setiap bulan bagi memudahkan anda untuk claim dan membuat tebusan serta membelanjakan duit SARA di ked...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord