7 Kelebihan Menulis Yang Tentu Anda Akan Rasa Pelik Tetapi Benar




Jika anda cari maklumat buta huruf di Malaysia, tentu akan rasa bangga dengan apa yang rakyat negara kita telah capai. Hanya kurang dari 5% rakyat Malaysia yang buta huruf.
Kadar itu naik dan turun sedikit sahaja tahun demi tahun.
Hampir semua orang boleh membaca. Sudah tentu mereka juga tahu menulis. Tapi berapa ramai yang ambil masa untuk menulis?
Maksud saya menulis panjang. Bukannya sekadar lemparkan pandangan ringkas di media sosial.
Saya sering syorkan pada kawan-kawan yang mahu membuat perubahan dalam hidup, agar memulakan satu perkara baru. Tak perlu perkara sukar. Cari saja yang mudah.
Antara aktiviti mudah yang hampir semua mampu lakukan sekarang adalah menulis. Oleh kerana anda sudah tahu menulis, maka elok dipanjangkan lagi mengamalkan ilmu tersebut secara yang lebih bermanfaat.
Ruang untuk melakukan penulisan sangat luas di zaman sekarang. Namun jarang sekali kesempatan itu digunakan untuk menulis. Tak ramai yang mahu ambil kesempatan membuat penulisan yang diolah sendiri yang boleh mendatangkan faedah besar terutamanya pada diri sendiri.
Blog contohnya, merupakan salah satu cara menarik yang mana boleh anda gunakan untuk mula menulis. Anda boleh tumpahkan buah fikiran dalam bentuk penulisan yang santai atau serius di blog anda sendiri. Semuanya percuma, asalkan anda ada akaun gmail.
Niat menulis ada tapi ..Ramai juga kawan-kawan yang saya kenal, memang ada keinginan untuk menulis, tapi setiap kali mereka mencuba untuk melakukannya, ada saja masalah datang.
Paling kerap, setiap kali nak menulis di blog, jari jemari mula menjadi kaku, fikiran terhenti secara tiba-tiba dan tidak tahu di mana harus bermula. Akhirnya hanyut, sekadar menjadi pembaca dan leka melayan FB atau tiktok.
Jika anda juga ada masalah seperti itu, saya mahu berikan motivasi yang diharapkan dapat membantu anda paksa diri untuk mula menulis.
7 kelebihan menulisBerikut disenaraikan 7 kelebihan yang anda akan dapat dari aktiviti menulis.
1. Membuatkan anda rasa bahagiaPelik tetai benar. Menulis mampu membuatkan anda jadi bahagia. Kajian mendapati bahagia dicetuskan oleh 3 faktor berikut di bawah.
a. Aktiviti terancang – 40%
b. Faktor genetik – 50%
c. Keadaan semasa atau suasana – 10%
Melakukan aktiviti terancang bagi mencetuskan kepuasan dan kebahagian boleh diberikan tumpuan jika anda mahu hidup tenang dan bahagia.
Antara aktiviti seperti itu yang terbukti memberikan kepuasan hidup, ketenangan dan rasa bersyukur adalah dengan amalkan menulis sekurang-kurangnya 3 tulisan yang menzahirkan rasa kesyukuran anda dalam bentuk surat atau artikel. Anda boleh buat semua itu di blog anda sendiri atau di media sosial.
2. Turunkan berat badanIni juga agak pelik tetapi benar! 
Anda boleh menguruskan berat badan dengan hanya menulis berdasarkan satu kajian yang dilakukan terhadap wanita yang mahu menurunkan berat badan mereka.
Apa yang ada perlu buat adalah tulis sesuatu yang menyentuh nilai-nilai murni kehidupan yang anda pandang tinggi. Contohnya seperti disiplin, keyakinan, akhlak yang baik, cara hidup yang sihat dan lain-lain seumpamanya.
Dalam kajian tersebut, saintis mendapati mereka yang berbuat begitu berjaya menguruskan berat badan tanpa disedari.
Bukankah itu sesuatu yang hebat yang semua orang boleh lakukan secara percuma dan tidak perlu pergi ke akedemi menguruskan badan?
3. Mereda kekecewaan dari perpisahanPerpisahan kebiasaannya mengundang rasa marah, dendam, kecewa dan tidak tenteram. Untuk mengatasi masalah itu, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan menulis semula cerita asal terjadinya perpisahan itu.
Tulis semula kenapa ia berlaku, bagaimana ia berlaku dan apakah kelebihan atau faktor positif terhadap segala yang telah terjadi.
Kajian terhadap mereka yang berbuat sebegitu mendapati, mereka berjaya melupakan cerita lama dan memulakan fasa baru kehidupan dengan lebih yakin dan bahagia.
4. Tingkatkan daya ingatanMenulis juga dapat meningkatkan daya ingatan dan kemampuan untuk anda belajar. Ini juga dirumuskan dari satu kajian
Mereka yang menulis karangan tentang apa yang telah mereka alami sebelum ini yang memerlukan luahan rasa serta emosi, telah menunjukkan peningkatan daya ingatan yang baik.
Peningkatan terhadap daya ingatan berlaku setelah para responden ditugaskan menulis selama 5 minggu.
Bayangkan jika anda menjadikan aktiviti menulis sebagai rutin harian dan ia sentiasa dilakukan selama bertahun-tahun, sudah pasti daya ingatan anda meningkat dengan amat hebat sekali.
Menulis juga membuatkan daya pembelajaran akan meningkat, namun untuk itu, anda perlu lakukan dengan menggunakan pen dan bukannya melalui keyboard.
Apa salahnya sekali sekala membuat catitan terhadap idea yang muncul atau maklumat yang anda baca atau dengar, ini diperlukan jika anda mahu tulisan anda bagus.
5. Mudah dapat kerjaMenulis membuatkan anda mudah dapat kerja. Jika anda baru saja dibuang kerja dan masih dalam trauma dan tak tahu nak buat apa, boleh tulis pengalaman bagaimana anda hilang pekerjaan tersebut.
Tuliskan segala-galanya dan luahkan perasaan. Nyatakan juga kesan baik serta buruk daripada pengalaman tersebut. Anda sudah tidak perlu pergi kerja, jadi tentu ada banyak masa untuk semua itu.
Kajian terhadap mereka yang dibuang kerja lalu disuruh menulis apa yang saya nyatakan di atas mendapati mereka yang menulis berjaya mendapatkan pekerjaan jauh lebih cepat dan baik daripada yang tidak menulis.
6. Percepatkan penyembuhan lukaBunyi macam pelik sedikit tetapi itulah yang berlaku apabila mereka yang luka disuruh menulis dan meluahkan pengalaman ketika mengalami trauma.
Satu kumpulan lagi yang turut sama luka disuruh menulis tentang pengurusan masa didapati tidak menunjukkan sebarang perubahan berbanding mereka yang menulis pengalaman trauma.
7. Meningkatkan daya saingJika anda alami tekanan kerana terpaksa menghadapi cabaran temuduga atau peperiksaan dan sebagainya, selesaikan semua itu dengan menulis secara terperinci apa yang anda risaukan.
Mereka yang berbuat begitu ternyata jauh lebih baik mengharungi cabaran tersebut berbanding yang tidak menulis.
Banyak lagi kesan positif yang mampu diraih jika anda mula menulis terutamanya dari segi kemahiran anda bercakap memberikan penerangan kepada orang lain.
Dengan menulis juga anda dapat memperbaiki perhubungan, mencapai sasaran atau matlamat. Anda juga boleh melupakan kenangan pahit masa lalu dengan kerap menulis.
Jadi bagi anda yang memang ada keinginan untuk menulis tapi masih tak buat-buat sampai sekarang, diharapkan senarai panjang di atas mampu memberikan anda motivasi.
Apa lagi! mulkana menulis!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/04/7-sebab-kenapa-anda-perlu-belajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Zulin Aziz Umum Bakal Berpisah Netizen Luah Rasa Terkejut Tunjuk Mesra Jaga Perut Suami Tup Tup

Hiburan Zulin Aziz Umum Bakal Berpisah Netizen Luah Rasa Terkejut Tunjuk Mesra Jaga Perut Suami Tup Tup

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 187 hits
Terdahulu dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai perpisahan rumah tangga selebriti iaitu pelakon yang memberi bayangan sudah tidak lagi bersama suami Farhan Norzaini Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram...
Ayah Ditukarkan Sekolah Turun Pangkat Secara Mengejut Tanpa Alasan Setelah 30 Tahun Berkhidmat Anak Luah Rasa Sedih

Ayah Ditukarkan Sekolah Turun Pangkat Secara Mengejut Tanpa Alasan Setelah 30 Tahun Berkhidmat Anak Luah Rasa Sedih

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 376 hits
Seorang guru dari Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya yang telah bertugas selama 30 tahun di sekolah itu telah ditukarkan sekolah serta diturunkan pangkat secara mengejut tanpa diberi sebarang sebab Sebuah video tular yang dimuatnaik oleh an...
Hidangan 1001 Rasa Sempena Ramadan Di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur

Hidangan 1001 Rasa Sempena Ramadan Di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 170 hits
Buat julung kalinya pada tahun ini The Grand Campbell Hotel yang terletak di Kompleks Campbell yang dimiliki oleh Kumpulan SHAPADU akan menyediakan Buffet Ramadan yang berkonsep Hidangan 1001 Rasa pada harga RM 78 00 untuk dewasa dan RM 55 ...
Rasa Sakit Dan Terdapat Benjolan Di Belakang Lutut Itu Mungkin Tanda Baker Cyst

Rasa Sakit Dan Terdapat Benjolan Di Belakang Lutut Itu Mungkin Tanda Baker Cyst

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 259 hits
1 Baker cyst adalah kantung yang dipenuhi dengan cecair menyebabkan benjolan dan rasa tidak selesa di belakang lutut terutama bila melipat atau meluruskan kaki 2 Ia bermula apabila tulang rawan pada sendi lutut mengalami keradangan selaluny...
Syaikul Dah Terbiasa Hidup Tanpa Ayah Tapi Sumayyah Belum Faham Datin Patimah Luah Rasa Sedih Nasib Cucu

Syaikul Dah Terbiasa Hidup Tanpa Ayah Tapi Sumayyah Belum Faham Datin Patimah Luah Rasa Sedih Nasib Cucu

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 259 hits
Kemelut rumah tangga pelakon popular Puteri Sarah Liyana dengan suami pengarah popular Syamsul Yusuf bakal terlerai pada hari ini setelah hampir 5 tahun bertahan dalam kemelut rumah tangga Namun ibunda syamsul yusof iaitu Datin Patimah melu...
Risau Anak Tak Sihat Musim Raya Boleh Buatkan Healing Soup Manis Manis Rasa Lai Chi Kang

Risau Anak Tak Sihat Musim Raya Boleh Buatkan Healing Soup Manis Manis Rasa Lai Chi Kang

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 149 hits
Musim nak beraya ni ibu ayah kena lebih berjaga jaga Risau juga kalau anak jatuh sakit Maklumlah banyak berjalan dan berjumpa ramai orang mungkin mudah terdedah dengan virus yang menyebabkan anak tak sihat Kalau anak dah mula menunjukkan ta...
Tambah Tenaga Tak Cepat Letih Boleh Buat Air Jamu Ni Rasa Berangin Sedap Badan Lepas Minum

Tambah Tenaga Tak Cepat Letih Boleh Buat Air Jamu Ni Rasa Berangin Sedap Badan Lepas Minum

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 238 hits
Dalam kesibukan membuat persiapan hari raya pasti kaum ibu akan merasa letih Sakit badan dan rasa penat akan membuatkan kita mungkin akan menjadi stres dan mulalah hilang mood Salah satu cara nak hilangkan rasa lemau tu bolehlah dibuat air ...
Rendang Udang Apam Johol Antara Resipi Menarik Yang Dikongsi Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style

Rendang Udang Apam Johol Antara Resipi Menarik Yang Dikongsi Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 229 hits
Minggu kedua Rasa Nostalgia Kampung Style menyaksikan lima orang selebriti tanah air iaitu Betty Rahmad Sazzy Falak Ezzrin Loy Ustazah Asni Mansor dan Aishah Retno bersama Chef Wan dan Chef Ismail sebagai hos jemputan berkongsi resipi nosta...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian